Sunday, September 27, 2020

Tempat Makan Best Di Penang | Korean Food Restaurant Daseo Antara Yang Terbaik di Penang!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Annyeonghaseyo! Ada tak peminat makanan Korea di sini? Untuk post kali ini kami akan share tentang penemuan sebuah cafe Korea di Penang yang sedap gilaaa. Sampai sekarang masih terbayang kesedapan kat situ. Maklumlah, di belah utara tanah air ni, kafe korea tak sebanyak kafe-kafe Korea di Kuala Lumpur. Nak jumpa yang betul-betul sedap tu memang memerlukan pencarian dan kesabaran yang tinggi!

Alhamdulillah, baru-baru ini kami telah ke Taman Negara Pulau Pinang. Selepas penat-penat jungle trekking, tergerak pula untuk cuba satu kafe Korea ni iaitu Daseo yang terletak di dalam Queensbay Mall, Penang. Memang tepat pilihan kami kali ni, kalau tidak, tak merasa lah penangan makanan korea ni.

Senang je nak cari Daseo ni, dia terletak berhampiran dengan pintuk masuk Aeon. Kedai ni luas jadi kami tak perlu nak beratur pun, terus masuk dapat table. Di tengah-tengah meja ada stove ala-ala Seoul Garden. Antara menu-menu yang kami cuba ialah:




1. Kimchi Shimson Stew




Keempat-empat menu yang kami order memang sedap sangat. Cheese dalam Shimson Stew tu pun boleh tahan banyak, kiri kanan siap. so kami guna juga untuk dip our fried chicken? Gotta be creative right? Hehe. Yang paling best sebab dia akan boil stew tu dekat depan kita. Sedap gila makan panas-panas. Boleh pilih dia punya soup base. Kami order Spicy Soup base memandangkan semua kaki makan pedas. Still, tak berapa pedas juga. Hehe. 

2. Korean Fried Chicken



3. Korean Fried Rice - Beef
4. Robokki


Sengaja kami order robokki set yang ada topokki dan rice ball sekali. Terbayang pula rice ball anchovy yang makan dekat K Fry dulu. Puas hati makan robokki ni, besar betul portion dia. 

Banyak lagi menu lain yang ada tapi takut tak habis pula. Stew tu sahaja dah hidangan untuk 3 orang. Kepada orang utagha yang craving makanan Korea, seriously boleh try kat sini. Kami dah cuba a few korean cafe and this cafe is the best so far! Apa-apa pun kami akan meneruskan lagi pencarian kafe Korea di utagha dan akan update jika ada lagi yang best okayyy. Ada cadangan guys? Boleh tulis di komen kat bawah ni ya! Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: