Tempat Makan Best Di Kulim | Padu Kah Pad Thai di Restoran Meeting Point?

By Chasing The Sun - March 03, 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kembali lagi ke segment Tempat Makan Best Di Kulim! Acewah sejak bila pula ada segment segment kat sini kan? Haaa segment tu acah sahaja ya rakan rakan. Tapi kami memang nak tuliskan satu recommendation kedai makan best untuk korang especially yang menetap di Kulim. Again kami cuba makan di restoran ni by accident, sama macam S'Antik Cafe haritu. Tiada siapa yang cadangkan , tapi kami syukur sangat-sangat yang kami dipertemukan dengan restoran ni. Nama restorannya adalah Meeting Point (by 61 Rest) dan restoran ni menawarkan masakan Thai, Western dan Bingsu! 


Sebagai peminat tegar makanan Thai, sudah semestinya kami nak kena cuba dan verify betapa sedap dan betapa dekatkah rasa masakan Thai di  restoran Meeting Point ni dengan makanan yang memang authentic dari Thailand. Dengan pengalaman keluar masuk Thai dah beberapa kali ni,  rasanya kami boleh judge sama ada masakan Thai kat sini Yay ataupun Nay. Menu yang berjaya memenangi hati kami adalah the iconic Pad Thai. Kalau sedap Pad Thai kat sesebuah restoran masakan Thai tu, maka sedaplah semua menu Thai dia. Itu prinsip kami bila bercakap soal restoran Thai.Haha. Turut kami cuba Daging Namtok dan juga Bingsu coklat.


So the verdict is,obviously lah excellent kan! Kalau tak, takdalah kami nak sarankan dekat korang. Pad Thai dia cukup pedas, udang banyak, portion pun not bad. Kalau korang jenis makan pedas, mintak nak extra chili flakes ataupun lada hitam. Kasi terbakar bibir tu, baru ada umph! Saya rasa tukang masak masakan Thai kat Meeting Point ni adalah orang Thai. Rasa memang authentic! Trust me, I know my Thai food!Korang kena rasa Pad Thai kat sini okay! Datang dari jauh pun takpa, kami gerenti berbaloi. Daging Namtok pun sedap dan Bingsu , of courselah sedap kan. Can never go wrong with dessert right?


Mungkin orang Kulim pun masih ramai yang belum pernah dengar tentang Meeting Point ni sebab melihatkan pada ruangan dalaman, dan hiasan restoran ni, diorang masih baru lagi. Ruangnya kemas , tempat solat besar dan selesa. pencahayaan pun cerah untuk korang selfie dan tangkap gambar makanan. Memang overall a very positive experience dan kami pun dah kali kedua datang sini, sudah pastinya akan datang lagi  selepas ni untuk penuhi craving Pad Thai kami!


Ok lah, saya tinggalkan lokasi mereka dibawah kalau korang nak pergi. InshaAllah takkan tersesat punya, dekat sahaja dengan UNIKL MSI dan Politeknik Kulim. Alright, rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ni. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments