Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, June 26, 2020

Kedai Makan Western Best di Penang | Pengalaman Bak Makan Di Hotel @ Restoran Kook

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Setelah sekian lama menyepi , Alhamdulillah kami kembali! Harap korang semua sihat walafiat dan selamat lah dari musuh kita semua sekarang ini iaitu virus Covid-19. Entri kali ni adalah satu review untuk sebuah restoran makanan western yang terletak di Bandar Perda , Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Namanya, Restoran Kook.

Orang utara, kalau korang tetiba ada craving nak makan western platter ataupun apa-apa jenis makanan western la, saya dengan beraninya akan mencadangkan untuk korang datang makan di Restoran Kook ni. Untuk rating pengalaman makan malam kami semalam di Restoran Kook ni, kami bagi 4 Bintang! . Dan ini adalah sebab kenapa kami pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira semalam.

1. Service.
Walaupun restoran kelihatan penuh dari luar, tapi sesampai saja kami di pintu restoran terus ada staff yang sambut dan terus tolong dapatkan meja untuk kami. Cepat dan tangkas. Selepas order, waiting time untuk makanan sampai, tak sampai 10 minit dan dalam masa yang singkat tu pun ada staff yang sentiasa check on us dan pastikan kami semuanya okay, staff ni kami nampak memang pergi dari meja ke meja untuk berinteraksi dengan pelanggan, lebih kurang macam Maitre D lah. Dah macam makan kat restoran Gordon Ramsay perasaannya. Kami suka servisnya.

2. Atmosphere.
Keadaan dalam kedai pun selesa, vibe cafe hipster tu nyata terserlah. Coffee bar di tengah hall dan dekorasi dalam restoran ni berjaya menimbulkan rasa macam kita tengah lepak di sebuah cafe hipster. Pada firasat kami, Kook Restoran ni mesti antara lokasi study group favourite pelajar-pelajar dari UiTM or Politeknik di Seberang Perai. Feeling macam lepak kat Starbucks & McDonalds boleh dapat kat sini, is what I'm saying.
3. Food
Kami order Western Platter untuk 3 Pax (RM60). Sebagai cubaan pertama makan di Restoran Kook ni, rasanya platter ni adalah pilihan yang paling tepat kot sebab kami dapat cuba beberapa jenis items dalam sekali makan. Dalam Western Platter ni ada Meatball, Grilled Lamb, Grilled Chicken, Spaghetti Carbonara, Sausages, Fries & Salad. Penuh satu talam weh.  Mula-mula tu takut juga nak makan sebab macam banyak sangat tapi bila dah rasa satu per satu, laju ja habis. Laju sebab apa? sebab sedap lah! Setiap satu item dalam platter tu semuanya on point. Sebelum mula makan, kami dah plan nak minta bekas untuk tapau siap2 tapi bila dah mula makan, tak boleh stop sampai licin satu talam. Haha. Korang kena cuba nanti ok!


Jadi itulah sedikit review dari kami tentang Restoran Kook. Pengalaman dining kami di sana memang positif dan kami definitely akan datang balik InshaAllah. Kami juga sarankan korang datang dan rasai sendiri ya! Korang pasti akan bercakap tentang betapa bagusnya servis di Restoran Kook ni.  Kat bawah ni kami kongsikan lokasi dan juga laman social Restoran Kook untuk korang check out. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: