Tuesday, July 14, 2020

Tempat Makan Best Di Kulim | Kedai Kuey Teow Tanpa Nama di Taman Mutiara

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang tengah mencari lokasi nak makan Kuey Teow Goreng yang confirm puas hati di sekitar Kulim, kami ada satu kedai untuk sarankan dekat korang. Kedainya terletak di Taman Mutiara dekat Sungai Kob. Kedainya tak ada nama dan di pasang di kaki lima kedai lain, tapi Kuey Teow dia memang yummms bintang lima! Kami kongsikan lokasi kedai tu di bawah nanti ya. ( Tempat Makan Best Kulim 1 & 2 )


Kami dah beberapa kali datang makan di sini dan rasa Kuey Teow Goreng di sini consistently spot on! Kuey Teow Basah or Kering dua dua pun sedap. Cuma kalau korang first time try makan sini, saya sarankan cuba Kuey Teow Kerang Special, nak lagi best minta sekali Roti Canai or Roti Telur.



Kami nak highlightkan dekat sini, specialnya dekat kedai ni adalah 'rasa' Kuey Teow tu tau. Over kan kami? Padahal apa yang beza sangat rasa Kuey Teow kan? Makan mana mana pun rasa lebih kurang ja ka? haa.. Itu yang buatkan kami nak tulis pasal kedai ni. Sebab dia memang sedap lebih sikit dari the ordinary Kuey Teow yg kita dok makan. So orang sekitar Kulim, marilah cuba!




  
Kedai ni sebenarnya dah memang terkenal dalam kalangan orang Taman Mutiara dan Sungai Kob, tapi kami rasa ramai lagi perlu tahu tentang kedai ni. Jadi, berikut adalah jadual dan lokasi diorang kalau korang rasa nak pergi. Ok guys, jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.
  1. Pagi - 6.30am sampai 12pm: Selasa - Ahad (Isnin diorang tutup pagi )
  2. Malam - 6pm sampai 10pm : Selasa - Khamis

Previous Post
Next Post

post written by:

1 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

aduh, kecur nampak ada cili padi jeruk dalam sudu kueyteow