'Roadtrip' ke Terengganu | Tempat Makan Mesti Cuba di Kuala Terengganu

By Kimi Jamai - December 04, 2019

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni adalah tentang satu roadtrip. Roadtrip ke Kuala Terengganu untuk raikan dua orang rakan baik kami yang bakal berkahwin awal tahun depan. 5 watak utama dalam entri kali ni adalah Hana Kimi, Nurul (Bride), Nashriq (Groom) & Aiman (Biro Aktiviti). Ya, kami ada Biro Aktiviti..Haha over ja kan. Sedikit pengenalan, Nurul kerja sebagai Doktor di Hospital di Kuala Terengganu , Nashrik Cikgu di KL dan Aiman sebagai PA juga di KL. Jadi untuk meraikan The Bride, kami semua setuju untuk buat 'Bachelor/ette ' party ni di Terengganu. Aiman dan Nashriq naik bas manakala saya dan Hana roadtrip naik kereta ke sana. Btw, kalau nak terus baca tentang tempat makan menarik di Kuala Terengganu boleh ctrl+f  "TMBKT".
Mula-mula tu memang ada rancangan nak naik bas sahaja ke sana tapi memikirkan tentang kelangsungan pergerakkan di Kuala Terengganu nanti, kami buat keputusan, drive jelah. Agak teruja dan risau juga sebenarnya sebab saya sendiri tak pernah drive sampai ke Terengganu. Drive sampai ke Tanah Merah Kelantan pun dah macam nak putus harapan ja. Tambah lagi, kami punya perancangan adalah untuk bergerak selepas waktu kerja hari Jumaat (8/11/2019), Ya agak kurang matang perancangan disitu tapi apakan daya, kerja di pejabat pun bertimbun juga so tak boleh nak ambik cuti. 

8 November 2019 | Aiman & Nashriq gerak dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 10pm. Saya dan Hana mulakan perjalanan dari Kulim jam 9.30pm. Memandangkan masing-masing belum makan, kami berhenti makan sekejap dekat kedai makan berdekatan dengan rumah kami selepas isi minyak dan beli bekalan untuk malam yang panjang ni. Perjalanan disambung dengan perut yang dah kenyang pada jam 10.15pm. Jalan malam ini kelihatan tak berapa sunyi, banyak juga kenderaan lain yang turut sama menuju ke arah lebuh raya Baling-Gerik ni malam ni. Lega sikit.

1 Hour Into The Journey | Hujan renyai renyai malam ni jadi kami maintain bawa perlahan ja, anyway memang takda rushing kejar apa-apa pun. Laluan Gerik-Baling ni walaupun kerap dilaporkan berlaku kemalangan dan tak kurang juga dengan kisah-kisah seramnya,  tapi sejujurnya saya suka highway ni. Suka sebab pemandangan sepanjang jalan raya ni lebih menarik dan cantik berbanding PLUS. Saya bukanlah kerap sangat lalu jalan raya ni , tapi setiap kali saya gunakan jalan ni, pasti kagum dengan pemandangannya. Malangnya, kali ni drive malam. Jadi, apa pun tak nampak. Baru sejam perjalanan mata dah mula berat, mujur ada isteri yang bertugas selaku co-pilot yang sangat function menemani suami dia drive.

Kami berhenti di setiap hentian rehat yang ada. Yelah, seharian duduk kat pejabat lepastu sambung pula duduk atas kereta malam ni. Memang kena berhenti dan stretching. Sampai di Jeli, kami berhenti di sebelah restoran makanan tomyam yang buka 24 jam dan tidur sekejap. Oh ya, rupanya banyak juga restoran yang buka 24 jam sekitar laluan Jeli-Machang ni. Cuma waktu kami di laluan tu, jalan dah mula kosong, jam dah lebih kurang pukul 3 pagi. Lelapkan mata dalam setengah macam tu kemudian sambung perjalanan kami.


Tak lama selepas tu, berhenti pula di Machang, kali ini sekadar untuk buat sedikit regangan. Selepas Machang, kami takda berhenti mana-mana dah. Terus shoot sampai ke Kuala Terengganu. Pergh. Masa tu dah macam Zombie dah. Kami sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 5.30am, Aiman dengan Nashriq pun dah sampai, jadi kami terus ambil diorang.

9 November 2019 | Selepas solat Subuh, kami terus ke lokasi pertama iaitu Pantai Batu Buruk. Khabarnya cantik juga pemandangan matahari terbit dari sini. Jadi sementara menunggu Nurul habis shift kerja di Hospital, kami lepak tepi pantai sambil tengok matahari. Malangya, pagi tu awan di hujung horizon agak tebal dan menutupi matahari,jadi tak dapatlah tengok matahari terbit.


Meriah juga pagi ni di Pantai Batu Buruk dan khabarnya, waktu petang lagi ramai orang dan lebih banyak aktiviti boleh dibuat. Jadi petang nanti kami plan untuk datang balik ke sini. Sementara menunggu Nurul selesai bertugas, kami pergi alas perut dahulu dekat salah satu lokasi terbaik nak makan nasi dagang di Kuala Terengganu ni (menurut Nashriq) iaitu Nasi Dagang Kak Pah, dan dengan itu, bermulalah sesi Foodhunting kami di Kuala Terengganu ni! TMBKT

1. Nasi Dagang Kak Pah di Sudut Selera Kak Pah


Saya ni bukanlah peminat paling tegar Nasi Dagang, tapi dekat Sudut Selera Kak Pah ni, Nasi Dagang dia memang exceptionally sangat sedap. Highlight utama adalah lauk nasi dagang tu, pertama sekali dari segi rasa, memang hit the spot dan paling penting, lauk nasi dagang ni free flow ya kawan-kawan. Boleh tambah lauk sampai korang puas. Lokasi makan nasi dagang wajib datang kalau korang berkunjung ke Kuala Terengganu!


2. Roti Goyang di Adil's Roti

Lokasi sarapan kedua kami adalah Adil's Roti yang disarankan oleh Nurul sendiri selaku penduduk 'hampir' tetap di Kuala Terengganu ni. Lokasi restoran ni agak unik sebab berada betul-betul di bawah jambatan Jambatan Sultan Mahmud. Anyway, yang special dekat sini adalah Roti Tisu dan Roti Telur Goyang , jadi itulah yang kami pesan. Oh ya, waktu ni Nurul dah join kami. 


Kalau korang memang jenis penggemar roti canai untuk sarapan, terus saja ke sini. Order Roti Telur Goyang tu tau. Kuah dia banjir mantap! Servis pun cepat walaupun ramai orang. Saya baru perasan orang Terengganu Kelantan ni makan pagi dioarang meriah sungguh. Macam semua orang keluar sarapan di luar. Tu juga sebabnya kat sini banyak sangat pilihan untuk sarapan. Untung orang KT!



3. Oden Oishi Pantai Batu Buruk

Memandangkan sarapan pun dah bantai dua kedai, kami setuju untuk check in AirBnb dahulu sebelum meneruskan jalan-jalan cari makan kami untuk sebelah petang pula. Selesai urusan check in dan berehat sekejap, petangnya kami terus ke Pantai Batu Buruk semula untuk makan Oden viral kat situ dan juga untuk melihat kemeriahan Pantai Batu Buruk di waktu petang.


Kami semua tak berapa lapar sangat jadi kami pakat kongsi kongsi jer Oden ni. Makan oden panas sambil layan angin sepoi sepoi bahasa tepi pantai, pergh syahdu weh. Selain dari oden viral ni, di kedai yang sama juga ada dijual sushi. Boleh tahan banyak juga pilihan sushi kat sini dan sejujurnya, rasa pun boleh tahan. Selain Oden Odeshi ni, banyak juga khemah-khemah lain menjual bermacam lagi streetfood lain. Memang hidup dan function area Pantai Batu Buruk ni.


4. Syrup Vs Soda 
Lokasi seterusnya adalah untuk makan malam dan kami decided untuk makan di Syrup Vs Soda. Malangnya waktu kami datang tu diorang dah tak terima order sebab rehat untuk persiapan solat Maghrib, akan kembali terima order selepas Maghrib. Kami pun jalan kaki ke UTC berdekatan untuk Solat Maghrib. Ok selesai solat, kami kembali ke Syrup Vs Soda, penuh weh. Memang kalau tengok dari luar macam takda peluang nak dapat meja. Mujurlah ada juga satu meja kosong masa kami masuk. Terus duduk dan order. Kami order Nasi Goreng Rameng dengan Nasi Goreng Kambing.


Oh ya, saya order Nasi Goreng Rameng tu sebab katanya nasi goreng ni level pedas dia lain macam. Sebagai seorang penggemar makanan pedas, sudah jadi satu tanggungjawab dan kewajipan untuk saya pastikan Nasi Goreng Rameng kat Syrup Vs Soda ni sebetulnya pedas. The verdict is, memang pedas nak mamp.. Haha. Pedas sampai stress. Patutnya order Nasi Goreng Kambing ja macam yang lain.  Nasi Goreng Kambing diorang padu, daging kambing memang diorang tak kedekut langsung. Reccommended! Oh btw, memandangkan orang terlampau ramai, so waktu menunggu untuk makanan sampai memang agak lama ya.

Gambar makanan kami tak sempat snap banyak sebab masing-masing lapar sangat dan makanan pun sedap, so laju ja ngap. Dah separuh jalan makan baru teringat nak ambik gambar, so hasilnya adalah seperti di bawah. Ampun!

5. Nasi Kukus Sempoi Alias 2

10 November 2019 | Lokasi makan kami yang terakhir adalah pada hari kedua, untuk lunch. Kami decided untuk makan di Nasi Kukus Sempoi Alias 2. Ingatkan kat Kuala Terengganu ni nasi dagang jer sedap, rupanya nasi kukus pun mantap. Dan untuk trip kali ni rasanya nasi kukus ni kot juaranya. Korang tengoklah gambar kat bawah ni. Tahap lain ni.



Meal lunch tu adalah penutup untuk jalan jalan cari makan kami di Terengganu ni. Selepas ni tunggu Nashriq dengan Nurul ni kahwin pula baru jumpa balik agaknya. Selepas selesai makan, saya drop diorang bertiga di Masjid berdekatan dan selepas tu masing-masing menuju ke destinasi masing masing. Saya dan Hana akan kembali ke 7 jam roadtrip kami ke Kedah. Oh sebelum terlupa, untuk dua hari satu malam kami di Kuala Terengganu ni kami menginap di Teduh Residence yang kami book dari AirBnb. Secara keseluruhannya memang puas hati dengan apartment tu. Hiasan dalaman yang  modern, dekat dengan pantai, dan dapat tengok pemandangan cantik bandar Kuala Terengganu.


1 hour into the journey | Sejam lebih perjalanan dari Kuala Terengganu baru kami perasan yang kami langsung tak beli keropok lekor. Haha. Apacerita datang Ganu tapi tak beli keropok lekor kan. Mujur teringat awal, sempatlah juga beli bawak balik.

Kali ni perjalanan pada waktu siang dan ditemani pemandangan gunung ganang yang indah, jadi tak terasa sangat kepenatan tu. Sambil drive tu, asyik dok recap balik betapa seronoknya trip kalini. Langsung tak expect yang Kuala Terengganu is so much fun. Saya ulang sekali lagi, untung orang KT! Tempat makan best banyak, tempat lepak pun tepi pantai pun ada, kami sampai terfikir nak p pindah duduk sana! haha.


Kami sampai ke Kedah haritu lebih kurang jam 10 malam, penat tapi takda penyesalan. Seronok dan harap dapat buat kerja macam ni lagi lepas ni.Hehe. Harap Bride & Groom pun seronok lah yer. Oh btw, in between acara makan makan kat tempat-tempat best kat atas tadi tu, kami ada buat game dan aktiviti lain juga untuk bachelor/ette party ni. Tapi tak larat dah nak tulis. Haha. Ampun!

Kepada Nashriq dan Nurul, if you guys ever read this entry here, Hana and I wish that the preparation for your wedding would be smooth and the wedding itself will be flawless and your marriage to be blessed by Allah. Take care of each other and accept each other weaknesses. Remember, you both are in 1 team, so always have each others back. See you guys at your wedding!

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments