Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, November 9, 2019

Assalamualaikum dan Hai Semua | Pernah tak korang dan kawan-kawan tiba-tiba rancang puntuk food hunting di Ipoh? Rasanya benda ni sudah tidak asing lagi bagi kita semua kan. Sememangnya tidak dapat dinafikan kota Ipoh sememangnya terkenal dengan makanan-makanan yang boleh membuatkan anda kecur air liur! Bermula daripada sarapan di Hollywood, nasi ganja, laksa saranghae dan macam-macam lagi, ternyata Ipoh tidak pernah mengecewakan kita. Tetapi pernah tak terlintas untuk luaskan sedikit perjalanan dan teruskan penjelajahan jalan-jalan cari makan ke sebuah kota warisan di Perak iaitu Taiping? Beberapa minggu yang lepas, saya dan Kimi telah menjelajah ke Taiping atas tujuan food hunting. Trust me, Taiping has so many good eating places! Sumpah sedap. Jadi, saya akan buat sedikit perkongsian tentang makanan-makanan yang saya dan Kimi sempat cuba di sana. 


1. Doli Kuey Teow Goreng

Sekali dengar macam Dolly Dim Sum kan? Tetapi bukan ya, menu utama di restoran ini tidak lain dan tidak bukan iaitu Kuey Teow Goreng. Senang je nak cari, tepi jalan. Seriously, kalau korang ke Taiping wajib singgah restoran ni! Kitorang dah cuba kuey teown goreng kat sini, memang terbaik. Kuey teow kat sini tak kering tapi tak juga terlalu basah macam char kuey teow. Just nice. Yang paling best udang diorang letak banyak gila! Siap kopek kulit lagi. 


Menu kedua yang saya dan Kimi cuba ialah mi rebus. Again, saya dan Kimi terkejut tengok betapa tak kedekutnya restoran ni, belambak telur rebus dia bagi.  Rasa kuah dia pula memang padu. Sedap dia boleh dikatakan memang another different level!



Jangan lupa cuba dua menu ni jika ke Doli Kuey Teow Goreng. Sudah lah harga murah, berbaloi pulak tu.


2.Ansari Cendol

Kalau google makanan menarik kat Taiping, semua orang akan mention Ansari Cendol. Ansari Cendol ni dah lama sebenarnya, dah beberapa generasi pun. Authentic cendol I could say. Tapi masih utuh berdiri dan dikunjungi ramai sangat pelanggan. Yang best sekali, harga cendol kat sini murah gila. Hanya RM 1.80 untuk cendol kacang. Cendol pulut pun ada! Cuma nasib kami tak baik, dah sold out haritu. 
Lokasi Ansari ni senang je nak cari. Memang dah ada dalam waze dan kedai dia paling hujung sekali, tepi jalan je. 

3. Lepak Kitchen

Kedai ni ialah highlight trip kami kali ni. Pada mulanya kami hendak makan yong tau foo di area Jalan Tupai, tapi secara tak dirancang, tiba- tiba tukar direction ke hidden gem yang satu ni. Tak sia- sia kami tukar plan, memang sedap sangat. Boleh dikatakan the best western foods I have had so far! Bukan nak exaggerate tapi memang kedai ni layak diberi 5 bintang. 

Interior kedai ni juga agak wow, terasa vibe hipster tu. Yang bestnya, siap ada live band lagi. Sebaik sahaja order makanan, Kimi terus set timer jam untuk tengok berapa lama waiting time untuk dapat makanan. Pada anggapan kami, mesti agak lama memandangkan volume customer yang datang sangat ramai. Masa kami datang, boleh dikatakan full house la. Tapi tak da la sampai kena menunggu turn table, just nice je sebab diorg ada banyak space yang boleh cater semua inshaAllah. 

Tunggu punya tunggu akhirnya makanan sampai! Cuba teka berapa lama? Tak sampai 10 minutes! Exactly 9 minutes. Efisien betul servis kedai ni. Kimi order Spaghetti Meatball dan saya pula order Lamb Chop. Rasa jangan la, memang sedap. Yang paling penting, harga makanan kat sini murah yang luar biasa. Cuba bayangkan, harga nasi goreng kat sini average RM4 sahaja!

Bagi sesiapa yang ke Taiping, tolong la pergi kedai ni, best!

4. Roti Bakar Arang Fadzil House

Ada tak sesiapa kat sini peminat menu sarapan pagi? Siapa je tak suka nasi lemak, betul tak? Salah sebuah kedai yang popular di Taiping ni ialah Roti Bakar Arang Fadzil House. Waze je inshaAllah jumpa. Menu menarik di kedai ni ialah roti bakar telur goyang. Memang best sangat roti, plus portion telur dia besar, dua biji okay! Kalau pecahkan egg yolk tu memang banjir. Kami juga sempat cuba nasi lemak di sini. Boleh la..biasa-biasa saja bagi saya. Yang pasti, wajib cuba menu roti-roti kat sini!




5. Kedai Nasi Daging Batu Kurau

Satu nota tambahan untuk semua, ada satu lagi kedai makan best untuk breakfast. Tapi bukan lah exactly di Taiping. Kedai ni terletak di Batu Kurau, lebih kurang 20 minit dari Taiping. Kedai ni ialah kedai nasi daging. Dia ada satu menu sahaja iaitu nasi daging masak kicap. Rasa nasi daging dia perghh, sedap gila! Pedas dia cukup, rempahnya cukup, memang ngam. Portion dia pun just nice untuk breakast. Lokasi kedai ni agak susah untuk diceritakan. Dia terselit di antara kedai-kedai, sudah la tak ada papan tanda. Pokoknya memang payah sikit lah nak cari. Rasanya orang-orang di kawasan Pekan Batu Kurau tahu tentang kedai ni sebab masa kami datang tu kedai tu penuh dengan orang dan tak putus putus pengunjung yang datang untuk bungkus. Dekat bawah ni saya selitkan map okay! 

 

Sekian dahulu setakat ni. InshaAllah kalau nanti kami datang ke Taiping lagi dan ada tempat makan baru yang best, akan kami update disini dari semasa ke samasa. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: