Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, November 1, 2019

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat dan terima kasih sudi singgah di blog kami ni ya. Jadikan persinggahan ini satu tabiat okay! Kalau korang ada baca beberapa entri yang sebelum ni saya ada kongsikan senarai restoran makanan halal di Seoul Korea yang sempat saya kunjungi sewaktu kunjungan saya di sana. Kalau korang perasan, ada satu 'street food' ikonik Korea yang saya tak cuba dan sebut langsung dalam entri berkenaan. Apakah street food tu? Ianya adalah, Tteok-bokki ataupun Topokki. Saya pun tak pasti kenapa langsung tak teringin nak cuba makanan tu di sana, tapi bila dah balik Malaysia baru teringin. Halamak!


Kebetulan pulak Hana pun ada sebut yang dia sendiri teringin nak makan makanan Korea. Jadi, apa lagi, misi memburu makanan Korea pun bermula lah! Nasib baik di Sungai Petani ni ada sebuah restoran makanan Korea halal iaitu Cottiny Cafe. Kitorang pun baru tahu sebenarnya. Yelah, selama ni mana nak pernah teringin mahupun ambil tahu tentang makana Korea ni. Tapi kalini dah tekak tu terasa nak makan makanan Korea, kena lah ambil tahu.


Lokasi Cottiny Cafe ni sebenarnya dekat dengan rumah parents saya, jadi memang dipermudahkan sungguh urusan kami. Haha. Terletak berdekatan dengan persimpangan lampu trafik sebelum Tol Utara Sungai Petani, korang kena hati-hati sikit takut terlepas lorong untuk masuk ke blok bangunan kedai di mana Cottiny Cafe ni berada. Kitorang pergi waktu tengah hujan, terlepas lorong tu dan terpaksa masuk di lorong yang tak sepatutnya. Saya kongsikan lokasi diorang di bawah nanti ok.

Restoran 2 tingkat ini punyai hiasan dalaman yang agak hipster juga, kitorang pilih untuk makan di tingkat bawah. Di tingkat atas masa tu kelihatan macam ada disediakan prop prop KPOP untuk korang pakai dan ambil gambar. Haa kalau dah lama memendam rasa nak fefeeling di Korea, mari sini okay! 

Hana order Sundubu-jjigae + Rice dan saya pula order semestinya Tteok-bokki Extra Cheese. Banyak lagi menu-menu yang menarik kalau korang nak cuba. Untuk yang first timer, rasanya wajib cuba Tteok-bokki diorang ni. Kalau tambah dengan Extra Cheeese lagi mantap. 

 Cheese dia leleh weh!

Terubat lah akhirnya keteringinan nak makan Tteok-bokki. Walaupun tak merasa yang authentic dari Korea tapi ni pun dah okay sangat dah. Kepada penduduk sekitar Sungai Petani, kita bertuah sebab dapat juga merasa keunikan menu dari Korea ni, jadi manfaatkan peluang ni okay! Kalau dalam korang dok layan KDrama tu tiba tiba tekak teringin nak rasa masakan Korea ni. Boleh la datang sini ya. Ok setakat ini dulu untuk perkongsian kali ni. InshaAllah kita jumpa di lain entri!

Facebook Cottiny Cafe : https://web.facebook.com/cottinycafe/

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: