Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, December 19, 2018

The Cambodia Report | Itinerary Trip Bajet Ke Siem Reap (15 USD Sahaja Untuk 4H 3M)

How we had a great trip in Siem Reap for 4 Days 3 Nights with only USD 115?
Forgotten kingdom| Mengapakah Angkor Wat sering dikaitkan dengan ‘the lost city of Angkor’? Apa agaknya yang berlalu di sini dahulu? Menyingkap kembali sejarah, kompleks Angkor ini telah didiami oleh kerajaan Agraria, iaitu sebuah tamadun awal di Asia Tenggara. Namun, ketika Angkor Wat ditemui oleh pengembara dari Perancis di tengah-tengah hutan belantara, kompleks Angkor ini kosong seolah-olah sudah lama ditinggalkan. Persoalannya, ke mana perginya kerajaan di sini? Seni bina Angkor Wat jelas sekali menunjukkan pembentukan sebuah kerajaan di sini dahulu. Ada juga mitos yang mengatakan bahawa Angkor Wat ini dahulunya didiami oleh jin. Walaupun agak tak logik, tapi inilah kepercayaan penduduk setempat. 

Bagi memenuhi bucket list saya untuk berkunjung ke sekurang-kurangnya 5 wonders of the world sebelum berusia 30 tahun, maka saya mengambil keputusan untuk membuat kunjungan yang pertama ke one of the wonders of the world iaitu Angkor Wat. Seperti biasa, mestilah Nurul orang pertama yang saya cari demi merealisasikan dream holiday ni. Kami pun terus buat keputusan untuk ke Siem Reap. Masalah kami sekarang cuma satu je, mampu ke kami nak survive di Siem Reap yang menggunakan matawang USD? Maklumlah kami tak berapa ada duit sangat waktu tu. Alhamdulillah, dengan berbekalkan 115 USD, tidak lebih dan tidak kurang kami berjaya menamatkan pengembaraan ke Siem Reap selama 4 hari 3 malam dengan penuh bermakna. 

Last Minute Planning| Disebabkan trip ke Cambodia ini sangat last minute, buat pertama kalinya kami mengambil pakej flight dan hotel sekali menerusi AirAsiaGo dengan harga RM350 seorang. Tidak lah murah mana, tapi boleh dikira masih berbaloi. Nak buat macam mana, kami dah terlepas free seat Air Asia untuk ke Siem Reap dengan harga serendah RM37. Jadi bagi sesiapa yang hendak ke Siem Reap, pastikan anda beli tiket semasa promo, jangan jadi seperti kami yang main hentam keromo saja. 

Pakej yang kami ambil di AirAsiaGo ini merangkumi tiket flight pergi dan balik dan penginapan selama 4 hari 3 malam di The City Premium Guest House. Guest House ini dimiliki oleh pasangan suami isteri dari Jepun. Lokasinya juga sangat strategik di tengah-tengah kota Siem Reap. Bukan sahaja guest house ini selesa dan bersih, tetapi owner juga sangat baik dan banyak membantu. Mereka siap belikan kami extension plug lagi apabila tahu yang plug di Malaysia tidak sama dengan di Cambodia. Bilik yang kami ambil di sana ada dua single beds. Tapi size katil dia macam queen size setiap satu. Nak duduk 4 orang sebilik pun tiada masalah rasanya. Memang sangat puas hati.
Touch Down| Sesampainya di Airport iaitu kira-kira jam 7.50 pagi masa Cambodia (masa di sini lewat sejam dari Malaysia), driver tuk tuk kami iaitu Sofian sudah pun sedia menunggu. Sofian agak pendiam orangnya dan dia juga kurang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. Nasib baik dia faham tempat yang hendak dituju. Sepanjang di Siem Reap, kami menggunakan servis tuk tuk dari Salim, dan kos sewa tuktuk untuk 4 hari 3 malam ialah sebanyak USD 45. Sangat recommended untuk ambil servis daripada team Salim kerana semua driver Salim beragama islam dan tahu selok belok makanan halal di Siem Reap. Memandangkan majoriti penduduk di Siem Reap ini bukan beragama islam, memang penting sangat untuk dapatkan driver muslim kerana kedai makanan halal adalah sangat terhad. SANGAT. Satu lagi yang best tentang perkhidmatan Salim ialah mereka menyediakan free flow mineral water. Cuba bayangkan jika kami perlu membeli sendiri air mineral, USD 1 pun sudah dikira mahal untuk satu botol kecil air mineral! Ditambah pula dengan cuaca yang panas dan kering, trust me you need to drink a lot!
Settling Down| Sebaik sahaja selesai check in di guest house, kami terus dibawa makan tengahari di The Siem Reap Backpackers Restaurant and Bakery atau lebih dikenali sebagai kedai Pak Nasir. Pak Nasir dan isterinya sangat fasih berbahasa Melayu, memang seronok berbual dengan pasangan ini. Makanan di kedai ni juga agak murah dan sedap! Yang paling best, kedai ni menyediakan free flow nasi dan air. Nak tambah berapa kali pun boleh. Sempat juga kami mencuba signature dish di Siem Reap seperti Lembu Naik Bukit, nasik laklok dan amok ikan. Portion makanan di Siem Reap ni memang agak besar. Satu hidangan lauk sahaja dah memadai untuk dikongsi dua orang. Disebabkan setiap masa kami asyik dibawa makan di kedai Pak Nasir, mula lah gatal hendak tukar selera. Bukan main lagi request untuk cuba masakan di kedai lain tapi akhirnya kedai Pak Nasir juga yang kami cari kerana makanan di kedai lain mahal dan tak berapa kena dengan tekak melayu kita. 

Cuba tengok harga makanan kat sini! 

Home of Thousand Lotus| Selesai sahaja makan tengahari, kami request kepada Sofian untuk bawa kami ke Lotus Farm. Bayaran masuk ke sini ialah USD 1 untuk dua orang. Seperti namanya, Lotus Farm ni dipenuhi dengan bunga teratai. Yang menariknya, ada disediakan pondok-pondok kayu di sini untuk beristirehat. Dalam keasyikan mengambil gambar dan video, kami disapa oleh  dua orang budak kecil sekitar usia 6-7 tahun. Mereka menghulurkan bunga teratai kepada kami. Kami pun terus sahaja ambil tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba sahaja "1 dolar, 1 dolar" perkataan ini diulangnya berkali-kali. Aduh, kami terkena. Nak dipulangkan teratai, mereka tak nak ambil. Maka terbanglah 2 USD di sini, terkesan juga sebab USD kan, tapi tak apa lah, anggap saja sedekah. Tak lama lepas tu mereka datang lagi dengan tangkai bunga teratai pula, memang tak la terkena lagi buat kali yang kedua. Kesian memang lah kesian, tapi apa boleh buat kami pun hanya bawa duit cukup-cukup sahaja. 
 
Cultural Village| Kami kemudiannya mengajak Sofian ke Cultural Village pula. Tempat ini boleh dikatakan ala-ala Taman Mini Malaysia di Melaka tu. Bayaran masuk ke sini ialah sebanyak USD 15 untuk seorang. Besar jugak tempat ni. Ada banyak rumah-rumah tradisional yang boleh dilawati. Di sini juga diadakan persembahan kebudayaan bermula jam 11 pagi hingga 8 malam. Kami sendiri berpeluang menyaksikan tarian dan upacara perkahwinan masyarakat tempatan. Walaupun tak faham apa yang dituturkan, tetapi terhiburlah juga melihat tarian Kemboja. Kami kemudiannya ke Kedai Pak Nasir untuk dinner dan terus pulang ke guest house.
The Tuk Tuk Adventure| Pada hari kedua, kami berdua membuat keputusan untuk bersiar-siar dengan menaiki tuk-tuk di sekitar pekan Siem Reap. Kami hanya mampu melihat dan bergambar dengan National Museum Angkor di bahagian luar sahaja, tak berani nak masuk kerana bayaran entrance fees agak mahal. Memikirkan esok banyak duit perlu digunakan untuk masuk ke Angkor Wat, maka kami hanya berjalan-jalan di kawasan persekitaran. Agak terkilan juga kerana tak dapat masuk ke muzium, tapi tak mengapalah. Kami kemudiannya berjalan di sekitar Royal Palace dan sempat juga mengunjungi Killing Field iaitu tempat pembunuhan beramai-ramai rakyat Siem Reap semasa pemerintahan Khmer satu ketika dahulu.

Sesudah itu, kami bergerak pula ke Artisan De Angkor iaitu tempat buatan ukiran tangan. Bayaran masuk ke sini ialah percuma. Yang menariknya di sini, ada tour guide yang dah tunggu di pintu untuk bawa kita tour dan bagi penerangan secara terperinci. Di sinilah tempat masyarakat Siem Reap mengukir patung-patung buddha mereka. Selepas itu, kami berkunjung pula ke Senteur De Angkor. Personally saya suka sangat tempat ni. Disebabkan ini pun adalah salah satu tempat yang mengetengahkan hasil kraf penduduk setempat, jadi bayaran masuk di sini juga ialah percuma. Banyak produk tempatan yang dijual di sini seperti scented candle, chocolate, spices, soap, lipbalm, mask dan macam-macam lagi lah. Kebanyakan pekerja di sini ialah orang pekak dan bisu. Semua benda yang dijual di sini ialah buatan penduduk tempatan. Kepada yang nak beli souvenirs, boleh beli di sini siap-siap kerana harganya tak jauh beza dengan yang dijual di market. Kami juga berpeluang minum kopi dan teh yang disediakan di sana. Pun secara percuma! Apa yang saya perasan di Siem Reap ni, kerajaan ambil banyak sangat inisiatif untuk membuka mata orang luar tentang budaya masyarakat tempatan jadi sebab itu lah bayaran masuk tidak dikenakan di kebanyakan tempat.
Silk Farm| Sofian kemudiannya membawa kami ke Silk Farm. Agak jauh sedikit silk farm ini dari pekan tapi sebab kami berdua suka sangat naik tuk-tuk, tak terasa pun jarak perjalanan ke sini. Sekali lagi, bayaran masuk ke silk farm juga adalah percuma. Di sini, kami melihat sendiri cara penghasilan sutera daripada kepompong ulat sehinggalah terhasilnya kain sutera. Patutlah sutera dijual dengan harga yang mahal, bayangkan nak hasilkan selembar benang pun jenuh bak kata orang Kedah.

Sesudah makan tengahari di tempat biasa, kami buat keputusan untuk pulang ke hotel dan keluar pula pada sebelah petang nanti untuk ke Night Market, Pub Street dan dinner. Seronok juga ada trip yang tak terkejar-kejar macam ni, siap boleh balik hotel untuk rehat lagi. Semasa di Night Market, dalam pada duit tak berapa nak meriah, saya dan Nurul TERbeli baju dan seluar Angkor. Kononnya nak pakai ke Angkor Wat esok. Alasan. Kami kemudiannya terus balik dan tidur kerana keesokan harinya kami perlu bangun awal untuk melihat sunrise di Angkor Wat.
Angkor Wat| Esoknya, pagi-pagi lagi saya dan Nurul dah bangun dan bersiap untuk ke Angkor Wat seawal jam 4 pagi. Walaupun pagi-pagi camni, di entrance Angkor Wat dah pernuh orang beratur. Tiket berharga USD 37 seorang (Initially 20USD). Uniknya, mereka akan cetak gambar kita di tiket masuk! Ini sebenarnya bagi mengelakkan orang tukar-tukar tiket. Tiket ke Angkor ni ada banyak jenis. Ada yang jenis sehari, 3 hari dan ada juga yang seminggu. Ehh, tak kan lah sampai seminggu. Nak buat apa lama sangat? Tapi bila dah masuk sendiri ke dalam kompleks Angkor, baru lah saya faham kenapa. Kompleks ni besar sangat. No wonder! Bagi yang ambil tiket sehari, nak balik rehat dulu pada sebelah tengahari dan pergi semula ke Angkor Wat sebelah petang pun tiada masalah, asalkan dalam hari yang sama. Dalam kompleks Angkor ni bukannya ada Angkor Wat saja tapi banyak lagi temple lain seperti Angkor Thom, Bayon, Ta Phrom, Angkor Wat dan Phnoem Bakhaeng. Normally, orang ramai akan berkumpul di depan tasik berhadapan Angkor Wat untuk tengok sunrise. Ramai yang gigih tunggu di sekitar tasik untuk capture bayang-bayang Angkor Wat di tasik semasa sunrise. Satu tips penting untuk masuk ke temple-temple ini ialah untuk hafal pintu masuk dan keluar. Bila da masuk ke dalam nanti, semua temple nampak sama je jadi dinasihatkan perhati betul-betul jalan masuk. Kebiasaannya driver tuk-tuk akan tunggu di pintu keluar. Make sure juga untuk bawak air mineral, sebab di dalam nanti susah nak jumpa. Kalau ada pun, harganya agak mahal!


Angkor Wat merupakan temple yang pertama kami kunjungi dan juga merupakan yang paling famous! Speechless saya apabila melihat sendiri betapa uniknya binaan Angkor Wat ini. Amat jelas sekali pengaruh hindu dan buddha di ukiran-ukiran yang terdapat di dinding-dinding temple. Ini lah bukti bahawa tamadun Asia Tenggara suatu ketika dahulu mampu menandingi tamadun Eropah dalam seni binaan. Angkor Wat ini juga mempunyai banyak anak tangga. Tetapi saya dan Nurul hanya pilih beberapa sahaja untuk naik, yang lain kami skip sebab dah tak larat! 



Angkor Thom| Kami kemudiannya kembali ke tuk-tuk dan dibawa ke Angkor Thom pula. Penat. Memang penat, ditambah pula dengan cuaca yang panas tetapi curiousity kami masih lagi tinggi. Bagi kami kompleks Angkor ni sangat unik, cantik dan misteri in its own way. Angkor Thom merupakan temple yang paling besar di kompleks Angkor. Di dalam Angkor Thom terdapat Bayon. Jika hendak dibandingkan dengan Angkor Wat yang sentiasa dibaikpulih, di sini terdapat runtuhan-runtuhan temple yang tidak dibaiki. Sengaja ingin ditunjukkkan keadaan asal temple yang sudah pun berusia ratusan tahun. Bayon agak lain sedikit kerana semua menara di sini bermukakan tuhan di setiap sisi menara. Ruginya semasa ke sini, kami terlepas pandang elephant terrace dan tidak berkunjung ke sana. Menurut rakan-rakan saya, kita boleh masuk ke dalam laluan tu dan jalan di dalam sangatlah berliku macam dalam cerita Maze Runner katanya.



Tha Phrom| Kami kemudiannya berkunjung pula ke Tha Phrom. Uniknya Tha Phrom berada di tengah tengah hutan. Sebab itulah kami boleh lihat sendiri akar-akar kayu membelit dinding-dinding temple. Ini menambahkan lagi keunikan Tha Phrom. Sebaik sahaja kami sampai di sini, terus kami gigih mencari akar pokok besar yang sangat famous melalui cerita Tomb Rider yang dilakonkan oleh Angelina Jolie di sini. Setelah bergambar satu dua, saya melihat-lihat juga kawasan sekeliling manalah tau boleh jumpa  laluan bawah tanah seperti dalam Tomb Rider. Tapi tak jumpa pun, mungkin rekaan semata.
Sebelum balik, sempat juga kami minta driver Tuk tuk turunkan kami di salah sebuah temple di kompleks Angkor yang tidak ada berapa ada pelancong seperti temple-temple yang lain. Seharian kami di Angkor, agak susah untuk bergambar disebabkan orang ramai. Sempatla masuk bergambar seketika dan berehat sambil melihat gambar-gambar yang diambil seharian tadi.
Kami kemudiannya makan tengahari dan balik ke Hotel. Kami memang sudah membuat keputusan untuk tidak berkunjung ke Tonle Sap kerana review-review yang kurang menyenangkan. Kami kemudiannya minta tuk-tuk datang semula ke hotel pada sebelah petang walaupun kami sudah tidak ada tempat spesifik untuk dilawati. Plan kami pada sebelah petang ialah untuk makan angin atas tuk-tuk sambil masuk ke kampung-kampung untuk melihat cara hidup masyarakat tempatan. 

Chasing The Sun| Menariknya petang itu, kami teringin pula untuk melihat pemandangan sunset di Siem Reap. Apa lagi, kami pun suruh Sofian bawa kami ke tempat yang boleh tengok sunset. Tak sangka pulak yang dia bawa kami masuk ke bukit di dalam sebuah ceruk kampung. Cuak juga saya dan Nurul apabila melihatkan seperti ada upacara sembahyang yang sedang dijalankan di kampung itu. Demi melihat sunset, kami pun gigihla hiking sehingga ke puncak bukit. Pada mulanya, kami bagitahu Sofian yang kami hendak patah balik sahaja, tetapi Sofian insist supaya kami hiking dan dia sanggup teman kami berdua sehingga ke atas. Mujur kami jumpa dua orang gadis tempatan sebaya yang sangat friendly. Jadi kami semua hiking sama-sama. Dari atas bukit, kami boleh melihat pemandangan di seluruh Siem Reap. Kompleks Angkor dan tasik Tonle Sap juga jelas kelihatan dari jauh. Pada sebelah malamnya, kami dinner dan keluar berjalan-jalan di sekitar night market dan Pub Street.

Alhamdulillah, maka berakhirlah trip kami selama 4 hari 3 malam di Siem Reap, Cambodia. Personally, saya rasa 4 hari agak lama untuk berada di Siem Reap sahaja kerana tak ada banyak sangat tempat yang hendak dilawati. Mungkin boleh berkunjung ke Sihanoukville atau Pnom Penh. 3 hari 2 malam just nice rasanya untuk Siem Reap sahaja. Apa pun, saya dan Nurul enjoy sangat percutian kami ke kota misteri ini. 

Sekian.

by Hana
Makanan Halal Di Siem Reap, Tempat Menarik Di Cambodia, Tiket masuk Angkor Wat Berapa, Tiket ke Cambodia Berapa, Ada makanan halal tak di Cambodia, Angkor Wat Mahal, 



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: