“Korea, lagi? Hmm. Bosan.”
“Asyik-asyik dengar cerita orang pergi Korea, macam takde tempat lain.”
“Orang yang minat Kpop je pergi travel kat Korea ni.."
Bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki di Korea mungkin
tertanya-tanya, “Ada apa dekat Korea yang ramai sangat orang pergi?”. Untuk post kali ini saya akan meyakinkan anda untuk masukkan
Korea dalam senarai negara yang wajib anda lawati. Tapi sebelum itu, jom kita
ambil tahu sedikit mengenai negara Korea Selatan ini.
KOREA NI ADA KAT MANA?
The Whereabout| Korea terletak di tengah-tengah antara negara China, Jepun,
Taiwan dan Korea Utara. Korea Selatan dan Korea Utara adalah sebuah negara
sebelum terpisah disebabkan peristiwa Perang Korea yang bermula semasa pasca
Perang Dunia Kedua. Pada awal tahun ini kedua negara telah menandatangani
persetujuan untuk menamatkan 68 tahun perang dingin di antara mereka. Kini,
hubungan kedua negara semakin pulih dan bertambah baik. Jadi, anda tak perlu
risau kalau-kalau Korea Utara melancarkan serangan secara tiba-tiba ke atas
Korea Selatan semasa anda melawati negara tersebut.
Perjalanan menaiki kapal
terbang ke Korea Selatan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Sedikit tips untuk anda yang bercadang untuk ke Korea, anda boleh menempah
penerbangan tengah malam dari Kuala Lumpur dan sampai di Korea pada keesokan
harinya.
MATA WANG
Korea menggunakan mata wang Korean Won (KRW). RM1 kita di Malaysia merupakan 1,000KRW mereka, tapi
nilainya berbeza.
RM1 = 270.5KRW atau 1,000KRW = RM3.69 = 0.88USD
Apa yang anda boleh dapatkan dengan 1,000KRW?
Sebotol minuman yogurt atau dua tin kecil
soda
Sepaket heat pack untuk menghangatkan tangan di musim
sejuk
3-5 ketul “bungeo bbang” atau kuih bakar atau waffle
berbentuk ikan
dengan inti kacang merah atau krim kastard
Kimbab tuna saiz biasa
IKLIM KOREA
The Seasons| Sebagaimana yang kita tahu, Korea merupakan negara 4 musim. Di awal tahun musim sejuk, kemudian
musim bunga diikuti musim panas dan musim luruh. Menjelang akhir tahun, bermula
semula musim sejuk yang akan berlanjutan sehingga awal tahun yang seterusnya.
Musim Sejuk (Winter),
Akhir November – Pertengahan Mac
Suhu di kawasan utara Korea iaitu ibu kota Seoul adalah
diantara -15°C sehingga 3°C dan purata suhu Seoul pada bulan Januari adalah -4°C. Cuba
bayangkan bertapa sejuk Seoul pada ketika itu. Sebagai penduduk negara Khatulistiwa,
walaupun sangat sejuk saya tetap teruja dan sangat gembira sepanjang percutian
ke Korea pada musim sejuk kerana saya dapat merasai pengalaman yang saya tak
akan dapat rasai di Malaysia.
Musim Bunga (Spring),
Pertengahan Mac – Mei
Suhu pada ketika ini sangat sesuai untuk travel iaitu
sekitar 3°C – 20°C. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas yang boleh
membuatkan kita berpeluh macam kat Malaysia. Musim bunga adalah musim di mana
pokok ceri mengeluarkan bunganya atau lebih dikenali sebagai Cherry Blossoms.
Bukan hanya pokok ceri saja, bunga lain juga turut menunjukkan diri selepas berakhirnya
musim sejuk. Tetapi ingin saya ingatkan, pada musim ini penduduk Korea mula
keluar untuk menikmati cherry blossoms dan matahari dan jumlah pelancong yang
datang ke Korea juga meningkat. Jadi, anda perlu bersiap sedia dengan keadaan traffic pelancong pada ketika itu. Selain itu, hujan dijangkakan lebih kerap pada musim
ini sehingga akhir musim panas.
Musim Panas (Summer),
Jun - Ogos
Cuaca sama seperti di Malaysia. Namun pada tahun ini, suhu
tertinggi pada musim panas di Korea adalah 41°C. Walaupun sedikit panas dan kerap
hujan, waktu siang pada musim panas adalah panjang. Jadi, anda mempunyai masa
yang panjang untuk melawati tempat-tempat menarik di Korea.
Musim Luruh (Autumn), September – Akhir November
Cuaca sangat meyenangkan pada musim ini. Sama
dengan musim bunga, suhu semakin menurun menandakan musim sejuk hampir tiba.
Hujan semakin berkurang dan daun mula berguguran. Akhir bulan Oktober adalah
kemuncak musim gugur di mana daun bertukar menjadi warna kuning dan
kemerah-merahan sebelum gugur menjelang awal Disember.
Our recommendation| Waktu yang sesuai untuk anda yang bercadang ke Korea adalah
pada awal bulan April, akhir Oktober dan pertengahan Januari. Secara peribadi
saya lebih memilih untuk tidak mengunjungi Korea pada musim panas dan lebih
memilih musim sejuk. Korea adalah salah satu negara termurah untuk sesiapa yang
ingin menikmati salji dan bermain ski. Dan sebagai traveller on budget, saya
lebih memilih kos yang rendah berbanding Jepun dan negara lain di Eropah dengan pengalaman yang sama.
KOREA TERKENAL DENGAN?
‘Hallyu’ (Korean Wave)
atau gelombang korea yang dirasai di seluruh dunia ini melibatkan beberapa
perkara seperti K-Pop, K-Drama, K-Beauty dan K-Food.
K-Pop| Siapa yang
tidak tahu K-pop? Muzik Pop Korea. Walaupun anda bukan penggemar K-Pop,
mungkin ada rakan anda merupakan penggemar sehingga anda pun turut tahu akan
kewujudannya. Bagi saya sendiri, saya mengenali K-pop dari zaman sekolah
menengah kerana rakan seasrama saya mendengarkan lagu Big Bang. Namun
Big Bang adalah kumpulan penyanyi yang sudah lama di industri muzik Korea.
Sekarang semakin banyak kumpulan artis lelaki mahupun perempuan yang mula melebarkan
sayap mereka ke luar negara, sehingga ke seluruh asia dan ke Eropah sekali pun.
Jadi kalau anda minat K-Pop dan merupakan peminat kepada mana-mana artis, anda
mungkin ingin melancong ke Korea untuk berjumpa dengan artis kesayangan anda.
Atau hanya sekadar ingin bernafas udara yang sama dengan mereka. Siapa tahu?
K-Drama|Serasa
saya, sebelum K-Pop, K-Drama lebih dahulu memasuki pasaran Malaysia. Saya masih
ingat drama pertama yang saya nonton semasa saya di Darjah 3 iaitu Winter Sonata. Demam
drama Korea saya pada usia semuda itu berlanjutan sehingga di
zaman Univeristi. Di zaman universiti saya mula menonton rancangan TV Korea antaranya adalah 'Running Man', 'Returns of Superman' dan 'Law of the Jungle'. Running Man sangat
popular dan saya rasa 80% dari anda tahu akan rancangan TV tersebut.
Keputusan
saya untuk melawati Korea buat pertama kalinya pada tahun 2015 adalah disebabkan
oleh pengaruh K-Drama dan 'Running Man'. Lokasi penggambaran kebanyakan drama dan 'Running Man' membuatkan saya teringin untuk ke sana. Sehingga kini, setiap kali
ke Korea saya akan mungunjungi bebrapa lokasi pengambaran drama atau rancangan
TV untuk mengambil gambar kenangan dan
saya percaya ramai pelancong yang mengunjungi Korea turut melakukan perkara
yang sama.
K-Beauty| Standard
kecantikan Korea semakin meningkat sejak tertubuhnya kumpulan artis yang
terlihat cantik, kurus dan tinggi lampai di kaca TV. Selain itu, kecantikan menjadi salah satu keperluan untuk penduduk di Korea untuk merebut peluang
pekerjaan yang semakin sukar kerana jumlah graduan bertambah. Jadi, permintaan terhadap
produk dan pembedahan kecantikan semakin bertambah. Jumlah pelancong yang
datang ke Korea untuk K-Beauty ini semakin meningkat kerana keberkesanan pengiklanan
dan kualiti produk.
Saya lebih memilih untuk berbelanja produk kecantikan di Korea kerana jauh lebih murah dari harga di Malaysia. Saya akui produk meraka sangat baik dan agak murah jika dibanding dengan produk kualiti yang sama dari negara lain. Disebabkan terlalu banyak Jenama produk yang ada di Korea, banyak promosi, barang percuma dan diskaun akan diberikan untuk menarik pengguna. Mungkin disebabkan itu ramai wanita yang datang ke Korea akan pulang dengan pelbagai produk kecantikan walaupun sebagai buah tangan sahaja.
K-Food| Bermula
dari Seoul Garden, Hanbing, Dubuyo dan KyoChon, kini semakin banyak restoran
makanan Korea yang kita boleh kunjungi di Malaysia. Bertumbuhnya
restoran-restoran Korea ini di Malaysia juga disebabkan oleh Hallyu yang
melanda Malaysia di industri muzik dan drama. Ramai yang tertarik untuk mencuba
makanan Korea yang lebih autentik di Korea disamping merasai street foods yang
menggiurkan.
Halal Industry| Sekarang, kerajaan Korean semakin tertarik dengan industri makanan halal kerana permintaan dari penduduk muslim Korea dan pelancong muslim seperti dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Jadi, restoran halal di Korea juga semakin bertambah. Anda tidak perlu risau akan makanan semasa di Korea dan tidak perlu membawa beras, ayam dan daging dari Malaysia kerana anda juga boleh mendapatkan makanan kering dan basah untuk di masak di kedai runcit Halal.
BUSTING THE MYTH.
“Susah nak cari makanan halal.Harga pun mahal.”
“Saya tak tahu nak cakap dan baca Bahasa Korea..”
“Tiket penerbangan ke sana mahal..”
The Food| Okay, pertama, makanan. Harga makanan di restoran halal memang agak mahal jika dibanding
dengan harga makanan di restoran tempatan kerana mereka menggunakan bahan mentah yang diimport
seperti daging halal dari Australia. Alternatif kepada restoran yang mahal adalah
anda boleh makan di restoran tempatan dengan hanya memesan makanan laut atau
minta makanan anda diasingkan dari daging atau ayam yang tidak disembelih. Terdapat
banyak restoran makanan laut di Korea semestinya tidak menghidang daging babi dan beberapa restoran yang hanya
menggunakan minyak sayuran dalam masakan. Harga makanan halal yang mahal biasanya lebih
meyakinkan. Jadi terpulang pada anda untuk membuat pilihan mengikut keyakinan
anda.
Set ikan bakar untuk seorang dengan harga 7,000KRW
Anda boleh tambah air dan 'banchan' atau lauk sampingan dengan percuma.
Makan malam untuk 2 orang di restoran halal Malaysia, Myeongdong, 22,000KRW
The Language| Kedua, bahasa. Setakat ini saya dapat lihat papan tanda di
Korea dengan tulisan bahasa Korea yang disertakan dengan bahasa Inggeris di merata
tempat. Di Korea, semakin ramai yang boleh berkomunikasi dengan bahasa Inggeris yang asas.
Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang boleh berkomunikasi dengan bahasa Inggeris
dengan baik. Jadi, tidak merupakan suatu masalah buat anda. Namun sekiranya
anda tidak fasih atau tidak yakin, anda boleh gunakan aplikasi ‘Google
Translate’ untuk memudahkan anda menterjemah bahasa Korea ke bahasa Malaysia.
Anda boleh menterjemah suara dan tulisan menggunakan aplikasi percuma tersebut.
The Flight Ticket| Dan ketiga, tiket penerbangan ke Korea yang mahal. Pertama kali
ke Korea, saya mendapatkan tiket penerbangan dengan harga RM800++ (pergi-balik) pada saat akhir
di musim kemuncak iaitu musim bunga. Tetapi saya terpaksa transit di negara lain
sebelum tiba di Korea. Kali kedua saya berjaya mendapatkan tiket penerbangan
AirAsia yang sedang promosi pada ketika itu dengan harga RM500++ (pergi-balik).
Tarikh penerbangan adalah lebih kurang setahun dari tarikh semasa saya menempah
tiket tersebut. Sekiranya anda ingin menempah tiket penerbangan saat akhir, tiket yang termurah yang anda boleh dapatkan adalah dengan AirAsia iaitu pada harga
kurang dari RM1500 (pergi-balik) atau dengan Vietnam Airlines yang memerlukan anda transit di Vietnam pada harga kurang dari RM1200 (pergi-balik). Oleh itu, jadilah traveller yang bijak dan
rancang percutian anda lebih awal.
Bagi yang mempunyai keraguan untuk mengujungi Korea pada
tahun ini, anda mungkin boleh mulakan perancangan untuk tahun hadapan pula. Tunggu
post saya yang selanjutnya untuk mendapatkan lebih tips untuk melancong ke
Korea.
By Chasing The Sun Guest Writer
Perkara menarik untuk dilakukan di Korea, Lokasi makanan halal di seoul, Harga makanan di korea, tiket flight korea, tempat makanan halal di korea, maklumat train di korea
0 comments:
Post a Comment