Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, January 25, 2023

Itinerary 8D 6N @ Kashmir, India | Tips , Hack & Pengalaman Sebelum dan Semasa Trip!
Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Pada entry kali ini, kami akan berkongsi tentang pengalaman seorang sahabat kita iaitu Wanee Bhrn yang telah pergi ke Kashmir, India selama 8 hari 6 malam pada November yang lepas. Kashmir ni memang terkenal dengan pemandangan yang sangat cantik, sehinggakan mendapat gelaran The Paradise on Earth. 

POV: Wanee Bhrn

ITINERARY 8D 6N @ KASHMIR, INDIA
9 Nov - 17 Nov 2022 
Season : Winter 
Total cost : 7.5k (3 pax) Total untuk 3 orang termasuk flight, visa, insurans, hotel 6 malam, transport, simcard, entrance fee, segala activiti, makan, shopping & tips. 

Tips murah: Book semua hotel direct owner. 
Sewa kerete untuk perjalanan yang jauh je, contoh mcm kiteorg ada 8 hari di Kashmir, sewa kereta cuma 4 hari. Selain dari tu pakai auto rickshaw. Semua benda kena bargain bargain bargainnnn!

Flight
FLIGHT KL - Delhi - KL by Air Asia RM913.50 
Delhi - Srinagar by Spicejet (Free 15kg luggage) 
Srinagar - Delhi by Indigo (Free 15kg luggage) RM603.50 
Total flight : RM1,517.00/pax. 

Tiket flight Wanee beli 2 bulan sebelum. Rezeki dapat beli time Air Asia buat promo. Tanpa reschedule, tanpa cancel. Alhamdulillah. Amek flight malam ke New Delhi dari KL. Flight ke Srinagar amek yang paling awal. So sampai je boleh sightseeing area Srinagar. Untuk ke Kashmir, nama airport dia ialah Srinagar Airport. Takde flight direct ke Kashmir. Kena transit Delhi dulu, then amek domestik flight Delhi ke Srinagar. Nak beli tiket Delhi-Srinagar-Delhi boleh beli dkt apps Air Asia jugak. Sbb kalau beli website Indigo contohnya, payment kena dalam Rupee. So susah sikit & bila convert dia jadi mahal. Better dkt Air Asia je. Ada banyak flight ke Srinagar, antaranya ialah SpiceJet, Indigo, Vistara, GoAir. Indigo paling best! Besar & selesa. Domestik flight diorang ada bagi free 15kg. Tak kisah spice jet or Indigo. Semua ada free luggage check in. Nak senang check-in kan semua luggage. Hand carry letak barang yang senang je. Masuk ke domestic departure 3-4 jam awal. Sebab semua benda kena punggah satu-satu. Airport kt sana sangatlah ketat. Semua benda kena keluarkan. Kasut pun kena scan.

Passport
Make sure passport masih valid. 6 bulan sebelum tarikh expired tu tak boleh pakai dah ya. Check betul-betul. Kalau nak renew semua kena online. Tapi nak senang, kalau area KL boleh pergi UTC Keramat, naik je tangga entrance tu ada “Kedai Gambar Ika” sebelah kanan. So amek je gambar untuk visa kat situ siap-siap & cakap nak renew passport skali. Untuk amek gambar visa, tolong mention “Visa India” sebab setiap negara ukuran visa diorang lain-lain. Jangan silap. Renew passport diorang akan buatkan. Harga standard renew dalam RM200 untuk 5 tahun. Husband je renew, Wanee punya masih valid. Upah diorang free jer. Just bayar gambar visa tu je. Tunggu 3 hari waktu bekerja dah boleh collect kat imigresen. Bawak IC, salinan IC & resit bayaran yg dia hantar dkt email. Untuk pick up passport, tolonglah datang awal pagi. Mmg ramai gila org.