Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Pada entry kali ini, kami akan berkongsi tentang pengalaman seorang sahabat kita iaitu Wanee Bhrn yang telah pergi ke Kashmir, India selama 8 hari 6 malam pada November yang lepas. Kashmir ni memang terkenal dengan pemandangan yang sangat cantik, sehinggakan mendapat gelaran The Paradise on Earth.
POV: Wanee Bhrn
ITINERARY 8D 6N @ KASHMIR, INDIA
9 Nov - 17 Nov 2022
Season : Winter
Total cost : 7.5k (3 pax)
Total untuk 3 orang termasuk flight, visa, insurans, hotel 6 malam, transport, simcard, entrance fee, segala activiti, makan, shopping & tips.
Tips murah: Book semua hotel direct owner.
Sewa kerete untuk perjalanan yang jauh je, contoh mcm kiteorg ada 8 hari di Kashmir, sewa kereta cuma 4 hari. Selain dari tu pakai auto rickshaw. Semua benda kena bargain bargain bargainnnn!
Flight
FLIGHT
KL - Delhi - KL by Air Asia
RM913.50
Delhi - Srinagar by Spicejet (Free 15kg luggage)
Srinagar - Delhi by Indigo (Free 15kg luggage)
RM603.50
Total flight : RM1,517.00/pax.
Tiket flight Wanee beli 2 bulan sebelum. Rezeki dapat beli time Air Asia buat promo. Tanpa reschedule, tanpa cancel. Alhamdulillah. Amek flight malam ke New Delhi dari KL. Flight ke Srinagar amek yang paling awal. So sampai je boleh sightseeing area Srinagar. Untuk ke Kashmir, nama airport dia ialah Srinagar Airport. Takde flight direct ke Kashmir. Kena transit Delhi dulu, then amek domestik flight Delhi ke Srinagar. Nak beli tiket Delhi-Srinagar-Delhi boleh beli dkt apps Air Asia jugak. Sbb kalau beli website Indigo contohnya, payment kena dalam Rupee. So susah sikit & bila convert dia jadi mahal. Better dkt Air Asia je. Ada banyak flight ke Srinagar, antaranya ialah SpiceJet, Indigo, Vistara, GoAir. Indigo paling best! Besar & selesa. Domestik flight diorang ada bagi free 15kg. Tak kisah spice jet or Indigo. Semua ada free luggage check in. Nak senang check-in kan semua luggage. Hand carry letak barang yang senang je. Masuk ke domestic departure 3-4 jam awal. Sebab semua benda kena punggah satu-satu. Airport kt sana sangatlah ketat. Semua benda kena keluarkan. Kasut pun kena scan.
Passport
Make sure passport masih valid. 6 bulan sebelum tarikh expired tu tak boleh pakai dah ya. Check betul-betul. Kalau nak renew semua kena online. Tapi nak senang, kalau area KL boleh pergi UTC Keramat, naik je tangga entrance tu ada “Kedai Gambar Ika” sebelah kanan. So amek je gambar untuk visa kat situ siap-siap & cakap nak renew passport skali. Untuk amek gambar visa, tolong mention “Visa India” sebab setiap negara ukuran visa diorang lain-lain. Jangan silap. Renew passport diorang akan buatkan. Harga standard renew dalam RM200 untuk 5 tahun. Husband je renew, Wanee punya masih valid. Upah diorang free jer. Just bayar gambar visa tu je. Tunggu 3 hari waktu bekerja dah boleh collect kat imigresen. Bawak IC, salinan IC & resit bayaran yg dia hantar dkt email. Untuk pick up passport, tolonglah datang awal pagi. Mmg ramai gila org.
Visa
Valid 6 bulan double entry - RM435.00/pax. Nak masuk India mmg kena ada visa. WAJIB. Apply sebulan before fly. Sebelum buat visa, kena ada maklumat orang kat sana contohnya driver, tour guide or agent sebab kena isi kat dalam visa tu. Visa ni tak boleh silap & salah satu pun. Once silap isi, kena buat balik & kena bayar balik RM435 seorang. So masa isi tu, setiap details double check betul-betul. Standby payment dalam cash, sebab kalau pakai card diorang caj RM20. Kena apply online. Link apply visa: https://indianvisaonline.gov.in/visa/
⁃ Dah siap isi, print.
⁃ Passport asal.
⁃ Fotostat muka depan pasport yg ada detail.
⁃ Salinan IC.
⁃ Gambar latar putih, size 2x2, 2 keping.
Pergi ke IVS Global India Visa Centre di Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
Insurans Etiqa - RM66.46 (1 family)
Travel time pandemic ni la yang paaaaaling penting. Insurans wajib amek. Before pilih mana-mana insurans baca polisi betul-betul apa yang dia cover, apa yang tak cover. Wanee pilih Etiqa sbb senang, apply online je through website dia. Terus dapat confirmation dekat email. Jangan lupa print! Pilih la yang cover flight cancel, reschedule, luggage rosak & covid.
Tukar Duit
MaxMoney Mid Valley
55,000INR : RM3,176.25.
Kat India pakai matawang Indian Rupee. Currency skrg 100INR = RM5.77. Kalau area KL boleh check through website ni, senang nak bandingkan yang paling murah. Tengok yang atas skali je. Matawang lain pun boleh check kat sini. Thanks me later! https://www.klmoneychanger.com/
Transportation
4 days trip & airport transfer : 10,000INR
Public transport : 2650INR
Shikara ride : 400INR
Total : 13,050INR/RM752
Untuk transport pulak Wanee cuma amek 4 hari je, yang perjalanannya mmg jauh. Contoh, Pahalgam, Gulmarg, Sonamarg. Untuk sighseeing area Srinagar jalan-jalan pergi temple dia ke market semua just pakai Auto Rickshaw. Lagi best! Kat sana mmg banyak rickshaw so tak perlu risau. Cakap je nak pergi mana. 5km dalam 100rs, 10km ke atas dlm 200rs mcm tu. Deal dengan org transport tu untuk airport transfer, pick up & drop off standard harga 2000rs. Untuk shikara ride tu boleh deal dengan houseboat siap-siap. Better pergi early morning, boleh pergi vegetable floating market. Best!! Tapi memang kena bangun awal pagi dalam 5am macam tu. Kalau amek petang boleh pergi Meena bazar. Wanee dapat 400rs/hour. Palingggggg murah. Standard harga 800rs/hour mcmtu.
Accomodation
17,000INR : RM981
Hotel Golden Sands (2N) @ Srinagar : 4000INR
Hotel Affarwat (1N) @ Gulmarg : 5000INR
Imperial Resort (1N) @ Sonamarg : 5000INR
Lake Palace HB (2N) @ Dal Lake : 3000INR
Datang Kashmir wajib stay dekat houseboat at least 1 malam, best gila! Ni tarikan utama dekat sana. Nak pergi ke houseboat kena naik shikara. Pilih houseboat area Dal Lake. Kalau nak high class sikit area Nigeen Lake. Dah book houseboat tanya owner Ghat/gate berapa. Sebab sana banyak gate. Kalau stay houseboat make sure amek skali dengan breakfast & dinner. Sbb susah nak gi ke darat. Semua kena naik shikara. Mcm Wanee tak amek pun sebab before balik ke houseboat dah tapau siap-siap makanan. Semua hotel/houseboat memang Wanee book direct owner/manager dia. Alhamdulillah semua hotel yang Wanee pilih semua bersih & puas hati!
Mcm mana nak book? First, buka google maps, search je area mana nak stay and akan banyak hotel keluar. Baca review betul-betul. Pilih tempat yang strategik. Dah pilih, boleh save no contact diorang & whatsapp. Bagi details semua & deal with bargain ok? Macam mana nak bargain? First dia akan bagi harga, then korang letak harga kurang lagi dari tu. Then deal la sampai puas hati. Settle. Tolong jangan booking with Agoda/booking. Sebab diorang akan bagi houseboat lain. Kalau pergi time winter tolong pastikan hotel/houseboat ada central heater, blanket heater, & shower heater atau tak. Tanya ok tanya! Ni yang paling penting, kalau takde tu merana la duduk dalam kesejukkan. Sometimes suhu boleh jadi negatif.
Kalau nak stay area Gulmarg, Sonamarg or Pahalgam please book sekali dengan dinner & breakfast. Sebab tempat-tempat macam ni susah sikit nak dapat makanan malam-malam. Plus korang akan keletihan nak keluar sebab seharian penat beraktiviti. Kalau area Dal Lake tak ambil pun takpe sebab boleh je keluar jalan kaki cari makan.
Simcard Airtel
(1.5gb/day)
200INR/RM11.54
Kat Kashmir simcard dia tak boleh beli sendiri, kalau nak beli jugak kena ada police report, salinan passport & dokumen-dokumen lain. And kalau beli simcard kat Delhi tak boleh pakai kat Kashmir. Sama jugak kalau beli kat Kashmir, tak boleh pakai kat Delhi. Rumit sikit bab ni. Alhamdulillah rezeki kami, driver kami ada extra, so dia bagi pinjam. Just topup je 200rs/RM12 untuk 1.5gb per day. Cukup ke? Cukup. Kat hotel pakai wifi, dalam kereta pakai hotspot driver. Kalau jalan sendiri-sendiri je on data. So silalah book driver saya ni. Mati kutu weh kalau takde internet.
Makan (B/L/D)
Total: 2,000INR/RM693
Penduduk Kashmir majoriti 99% Islam. So tak perlu risau pasal makanan. Makanan kat sana sumpahhhhh sedap-sedap gila. Portion kat sana banyak, 1 portion boleh makan 2 orang. Nasi selambak! Makanan diorang banyak berasaskan rempah & kari. Menu utama, kambing, ayam, daging. Ikan susah dapat & harga agak mahal. Tujj bbq dia, briyani, semua sedap. Haih rindu. Cuma jangan la makan tepi-tepi jalan sesuka hati, takut perut terkejut. As long as kalau rasa dia sesuai untuk dibeli & dimakan silalah beli.
Shopping
5000INR/RM289
Kalau nak shopping, elakkan shopping di area houseboat. Tak kisah atas shikara ke, di Meena bazar floating market ke, dekat area gate ke sbb mmg akan ada penjual datang dekat shikara korang jual itu ini. Memang mahal gila dia letak harga. So kalau nak shopping pergi local market diorang area Lal Chowk, Dargah market. Situ murah-murah & still boleh bargain. Kat Kashmir banyak shawl, sari. Memang cantik-cantik. Jgn lupa bargain!
Kat airport, dah keluar tu ramai akan datang dekat kita untuk tolong bawakkan beg. Kalau cakap taknak pun diorang akan tarik jugak beg kita. Hahaha yang ni macam takleh mengelak. Bagi jela tips sikit. Kat Kashmir mmg kena standby tips lebih. Semua nak tips. Tolong bawak gi bilik pun nak tipsssss! Anggaran bagi tips dlm 50-100 rupee.
ITINERARY
Rabu 9/11/2022 (Day 1)
Fly from KLIA2 to New Delhi
Arrived New Delhi
Tandas kat airport New Delhi terpaling bersih & wangi! Tak tipu. Bersih sampai rasa nak tido je dalam toilet tu. Haha. Sampai New Delhi, jangan lupa claim free wifi dekat kiosk yang disediakan. Scan passport then keluar resit. Tak tahu tanya je orang yang jaga kat situ.
Khamis 10/11/2022 (Day 2)
Breakfast at New Delhi Airport
Fly from New Delhi to Srinagar.
Arrived Srinagar Airport.
Check in @ Hotel Golden Sands
Lunch at Shamyana Restaurant
Dinner at Shera Cafeteria & Bistro Cafe
Day 2 - Expenses
Breakfast airport - 517rs
Tips beg - 50rs
Lunch syamyana - 693rs
Gondola ride - 1480rs
Topup - 199rs
Rickshaw - 100rs
Dinner shera cafeteria - 320rs
Dinner bistro - 340rs
Total : 3,599rs/RM207.66
Lepas check in hotel, driver bawak pergi topup simcard & tapau makanan dekat Syamyana then makan kat hotel sbb masing-masing dah barai. Petang tu baru keluar naik rickshaw ke Khayam Chowk. Tujj hunting. Sedap gila tujj dkt Shera Cafeteria tu.
Kitorang mintak tolong driver belikan tiket gondola sebab kena beli online & pakai duit rupee. Tiket gondola tak boleh beli walk-in. Sekarang semua online.
Jumaat 11/11/2022 (Day 3)
Breakfast - Apple Resort
Pahalgam
Baisaran/Pony ride
ABC Valley/Taxi
Dinner - Tujj Anatnag
Day 3 - Expenses
Breakfast apple resort - 385rs
Pony ride - 2800rs
Entrance fee Baisaran - 60rs
Toilet - 20rs
Tips - 100rs
ABC Valley - 2100rs
Makan Chandanwari - 240rs
Entrance fee Betaab - 200rs
Asam - 100rs
Dinner tujj - 300rs
Total : 6,305rs/RM363.80
All the way ke Pahalgam kiri kanan view mmg superb! Ada ladang saffron, ada kebun apple. driver kitorang singgah untuk breakfast. Sedap!!! Dosa Masala nama dia. Dia mcm tosai & dalam tu ada kentang. Untuk ke Baisaran (Mini Swiss) memang kena naik pony. Tempat dia cantik gilaaaaa. Kat sini ada rumah Munni dalam cerita Bhajrangi Bhaijaan tu. Tapi perjalanannya sangatlah mencabar. Extreme gila. Lalu sebelah lereng bukit, curam, licin, berlecak aih macam-macam lah. Tak galakkan bawak budak, tapi kalau rasa kental boleh aja. Driver akan bawak ke pony point, kat sini bargain kaw-kaw dengan manager dia sampai puas hati. Jangan setuju dulu dengan harga yang diorang bagi sebab memang mahal. End up diorang akan tanya, “how much your budget?” Ha time tu bagi la harga ikut kewarasan. Kat situ memang ada mcm manager la gitu yang jaga, kita akan deal dgn dia. bila kita setuju dia akan panggil pekerja dia. So pekerja dia ni la yang akan bawak kita naik atas. Bila dah turun nanti wajib bagi tips dkt ponyman tu ya. Bagi la dalam 100rupee.
Next kami ke ABC Valley (Aru, Betaab, Chandanwari Valley). Untuk ke tempat ni, driver akan bawak ke taxi point. Kat situ boleh pilih nak naik kereta or van ke ABC Valley ni. Sebab driver kita sendiri tak dibenarkan masuk tempat ni. Maybe diorang nak support each other. So cite dia mmg kena amek other cab. Wanee pilih van aja. Murah. 2100rupee per van untuk 3 tempat.
Sabtu 12/11/2022 (Day 4)
Breakfast - Raja Dhaba
Check out hotel Golden Sands
Going to Gulmarg
Gondola ride
Lunch - mountains
Check in @ Affarwat Hotel
Dinner - hotel
Day 4 - Expenses
Air mineral - 150rs
Tips beg hotel - 90rs
Breakfast - 300rs
Spek coklat - 150rs
Bhelpuri - 50rs
Makan - 490rs
Cab - 200rs
Total : 1,430rs/RM82.51
Perjalanan 2 jam ke Gulmarg. Dalam perjalanan tu kitorang singgah breakfast kat Raja Dhaba. Dah sampai driver drop kt pintu masuk ke gondola. Jarak sampai ke gondola tu dlm 2km. Boleh pillih nak naik teksi or kuda. Kitorang jalan kaki je sebab saja nak rilek2 amek gambar. Balik je kitorang amek taxi sampai hotel sebab tak larat dah nak jalan
Ahad 13/11/2022 (Day 5)
Breakfast - hotel
Check out Affarwat Hotel
Going to Sonamarg
Check in Imperial Resort Sonamarg
Ponyride to Thajiwas Glacier (3000INR)
Dinner - hotel
Day 5 - Expenses
Tips beg - 20rs
Breakfast - 90rs
Pony ride - 3000rs
Meggi - 240rs
Tips ponyman - 50rs
Total : 3,400rs/RM196.18
Lepas breakfast terus check out straight ke Sonamarg. Amek masa 4 jam perjalanan. Naik kuda kat sini tak mencabar macam naik dkt Pahalgam. Sini okay sikit. Tapi kat Thajiwas Glacier ni view memang amazing!! Tempat shooting Bhajrangi Bhaijaan scene yang last tu.
Isnin 14/11/2022 (Day 6)
Breakfast - hotel
Check out Imperial Resort Sonamarg
Lunch - Winterfell Cafe
Pari Mahal
Check in Lake Palace HB/Ghat 12
Day 6 - Expenses
Taxi cab - 2000rs
Pari Mahal - 50rs
Lunch - 1674rs
Total : 3,724rs/RM214.87
Check out terus balik ke Srinagar balik. Tapi time ni dah snowfall tebal. So driver tak boleh amek. Kitorang terpaksa book jeep untuk hantar ke Gangir tempat driver tunggu. Lunch kiteorg makan dkt Winterfell Cafe. Weh sumpah sedapppp gila makanan kat sini. Harga pun tak mahal. Western food cam biasa tak boleh tinggal kemana saja. Haha. Tapau siap-siap untuk dinner. Pergi Pari Mahal then check in houseboat. Rest.
Selasa 15/11/2022 (Day 7)
Breakfast - houseboat
Lunch - Mummy Please
Local sightseeing in Srinagar
⁃ Harzatbal Masjid
⁃ Dargah Market
⁃ Lal Chowk Market
Shikara ride to Meena Bazar
Day 7 - Expenses
Buah - 100rs
Rickshaw - 200rs
Coklat - 220rs
Kacang - 20rs
Rickshaw - 200rs
Pani Puri - 60rs
Aiskrim - 110rs
Kopiah - 300rs
Kudap2 - 40rs
Sedekah - 50rs
Oren - 40rs
Stokin - 50rs
Makan - 645rs
Mineral - 20rs
Shawl - 2200rs
Total : 4,245rs/RM244.93
Free & easy day. Kiteorg amek peluang jalan-jalan pergi local market. Naik rickshaw je. Besttttt sangat market diaorg, mcm-mcm benda ada jual. Unik! Time ni la semua benda rasa nak beli. Petang tu shikara ride dulu sebelum balik houseboat. Amek shikara ride dengan owner jugak. Shopping sikit kat Meena bazar. Harga memang mahal kawkaw. So please jangan shopping kat sini. Nak murah pergi local market.
Rabu 16/11/2022 (Day 8)
Breakfast
Check out Lake Palace Houseboat
Going to airport
Day 8 - Expenses
Tips driver - 50rs
Makan - 420rs
Makan - 420rs
Flight kiteorg pukul 1.00pm ke New Delhi. Pukul 10am gerak ke airport. So kena standby 3 jam awal. Singgah tepi jalan beli coklat banyak-banyak sebab kat sini murahhh!! Borong Kitkat & Cadbury. Sebelum masuk airport kena scan bag dulu, 2-3 kali jugak.
Extra Info
Sediakan satu file isi semua salinan dokumen-dokumen penting. Since kitorang mmg DIY without agent so benda ni semua kena alert. Wanee kalau travel kemana-mana benda ni memang paling utama kena standby dulu, takut benda tak diingini berlaku. Fotostat IC, sijil lahir anak, mykid anak, kad kawin, salinan visa, salinan passport, itinerary, flight details, Air suvidha form, mysejahtera & etc. Air suvidha tu form wajib isi untuk nak masuk India. Mcm covid certificate. Lebih kurang. Boleh dapatkan link dekat google. Submit & dia akan send dekat email korang then print.
Kashmir lambat 2jam 30minit dari Malaysia. Adapter kat sana 2-pin bulat. So beli travel adapter siap-siap. Cari kat DIY. Tolong bawak pen hitam sbb nanti kat airport Delhi kena isi arrival form. Bawak iron. Hotel kat sana diaorg takde sediakan iron. Nasib Wanee bawak, kalau tak kemurungan aku. Kedut la tudung sepanjang masa. Dah la satin. Untuk baju-baju winter Wanee & husband banyak beli Uniqlo & H&M. Untuk Aqra beli kat Shopee. Actually time winter memang kena keluar duit lebih sikit sebab nak beli kelengkapan winter tak murah ye. Habis almost 3k jugak shopping baju-baju semua tapi worth it. Boleh pakai lagi untuk next trip. Standby duit kecik banyak-banyak untuk tips. Kalau pergi restaurant ke apa bagi je duit besar. Sebelum naik rickshaw, confirmkan harga dulu. Jangan naik sebelum tak deal lagi ok? Kalau dia suruh naik tanpa bagitahu berapa harga jangan naik, nanti bila sampai lain dia bagi harga. kalau pergi waktu winter, vaseline paling WAJIB! Pakai setiap masa. Baik lelaki atau perempuan. Kalau tak bibir korang kering. Dahla kering, mengelupas, pedih pulak tu. Wanee lupa bawak
Pihak Chasing The Sun mengucapkan terima kasih kepada Wanee kerana di atas kesudian belian berkongsi pengalaman dan tips di Kashmir, India. Memang power sis wanee ni bargain dekat setiap tempat yang dia pergi, kita kena belajar ni!
0 comments:
Post a Comment