Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, July 22, 2020

Hotel Tour #5 : Pengalaman Menginap Di Hotel Mewah Avani Sepang Goldcoast Resort!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Memandangkan Avani Sepang Goldcoast Resort sudah kembali menerima penginap, kami ingin berkongsi sedikitlah pengalaman kami menginap 2 Hari 1 Malam di hotel ini. Avani ni merupakan di antara hotel paling mahal lah yang pernah kami cuba, jadi kami punya expectation tu memang melambung tinggi lah. Haha. Lebih lebih lagi kami stay tu untuk meraikan anniversary perkahwinan kami yang pertama. Ok jom kita tour ini hotel!


Kami sampai agak tengahhari dan sementara menunggu untuk check in pada jam 3.00pm, kami makan lunch dahulu di Hai Sang Lou, salah sebuah restoran yang terdapat di Avani ni. Korang boleh baca review kami untuk restoran tu di sini Selepas makan, kami sempat menjengah kepala tengok diorang punya spa. Mampu jengah ja guys, tak mampu nak book. Haha.

Friday, January 10, 2020

Hai Sang Lou @ Avani Sepang Goldcoast Resort | Makanan Lazat dan Restoran Cantik !
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang sihat walafiat semua ya. Untuk pengetahuan korang hujung bulan tahun lepas, pada tarikh 22 December 2019 kami berdua berkesempatan menginap di salah satu hotel idaman kami kat Malaysia ni iaitu Avani Sepang Goldcoast Resort. Ni boleh kira percutian sempena penutup tahun 2019 dan juga sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Kononnya, saya nak buat surprise dekat Hana, rupa rupanya dia dah tahu tentang ‘surprise’ ni sejak sebulan lepas lagi. Haha..Anyway, yang bestnya adalah pihak pengurusan Avani bermurah hati untuk upgrade bilik kami ke bilik diorang yang baru siap renovated dengan susun atur dan gabungan warna yang baru untuk  kami share dengan pembaca di Chasing The Sun. Waktu kami stay kat situ, bilik dengan design baru tu msih belum open untuk pelanggan yang lain,  in fact sekarang pun diorang masih  belum lancarkan lagi design tu, jadi sebagai menghormati pihak Avani, kami takkan share lagi gambar gambar dalam bilik tu ya.