Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, January 3, 2022

Hotel Tour #15 : Rimba Jonker Melaka Heritage Residence | Untuk Yang Mahu Experience Jonker Street Sepenuhnya!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni masih lagi sorotan daripada annual year end trip kami ke Melaka tempoh hari. Untuk entri ini kami ingin berkongsi dengan korang sedikit sebanyak tentang hotel cantik yang kami stay untuk satu malam di kawasan Jonker Street. Hotelnya adalah Rimba Jonker, Melaka Heritage Residence yg terletak kurang 5 minit dari pintu gerbang Jonker Walk. Sangat strategik! Kalau nak diikutkan, Rimba Jonker ni lebih kepada apartment suites instead of hotel room, tapi still kalau nak book, diorang available jer dekat Booking.com. 

Terletak berdekatan dengan Jonker Street, tempat ni sebenarnya sebuah rumah kedai bangunan heritage yang ditukar completely menjadi sebuah hotel suite. Technically ada tiga buah bilik, tapi setiap bilik tu  ada loteng yang turut disediakan katil and setiap bilik ada 3-4 katil queen. So, Rimba Jonker ni memang sesuai sangat untuk korang yang nak datang 10-15 orang.

Interior Design & Decoration
Kalau korang sukakan Industrial + Rustic design, korang akan sukakan interior Rimba Jonker ni. Walaupun ianya rumah kedai bahagian tengah, bila korang masuk ja ke dalam, langsung tak rasa sempit atau rasa mcm hotel ni diapit, sebab dari ruang tamu depan memang takda dinding langsung hingga ke bilik pertama ditingkat bawah. Banyak juga sudut yang diorang mengunakan pencahayaan natural dari luar untuk buat ruangan dalam ni rasa lebih luas. Unsur unsur nature juga ada, yang mana korang boleh tengok sewaktu menaiki tangga dari tingkat satu ke bilik-bilik di tingkat 2. You will love the interior!










Harga
Waktu kami book tempoh hari, RM1200 untuk the whole place, dengar macam mahal, tapi bila dibahagi lima orang, agak berbaloi sebenarnya. Apatah lagi kalau korang pergi lebih ramai. Dengan harga yang mcm tu dapat penginapan yang cantik, unik, bersih , berkualiti dan lokasi pun strategik gila, memang berbaloi sangatlah kan. Boleh book dekat Booking.com dan apps yang lain jugak. Try compare harga between the apps ya.



Parking
Antara soalan yang kami banyak dapat waktu post gambar2 dan IGStory dekat Rimba Jonker ni haritu adalah soal parking. Haaa parking memang mencabar sikit ya. Ikut nasib lah senang cerita. Memandangkan area Jonker Walk tu memang area tumpuan pelancong, mmg susah sikit untuk cari parking. Betul-betul depan Rimba Jonker ni mmg ada kotak-kotak parking yang kena guna tiket majlis bandaraya ataupun guna apps, tapi kalau nasib baik dptlah ruang tu kat korang. Alhamdulillah, kami haritu dua-dua buah kereta dapat parking depan kedai ni. haha. Jadi, banyakkan berdoa okay!

Kolam
Kalau korang perasan dalam gambar kat atas tu, center piece yang menjadi element utama dekat bahagian tengah penginapan ni adalah sebuah kolam kan? Kolam ni sebenarya untuk celup kaki ja guys. haha. Tak dalam pun, mmg bukan untuk mandi manda okay. So jangan pergi terjun dalam tu pulak ya, mau tergeliat kaki nanti! 


Lokasi
Sepertimana yang kami dah sebut berulang ulang kali diatas, lokasi Rimba Jonker ni memang antara perkara yang korang akan paling appreciate sekali, sebab banyak sangat port wajib singgah yang terletak sekadar walking distance dari hotel ni. Boleh refer bawah ni location diorang.



Video Hotel Tour
Okay guys,  dah penat baca kan? Haa mari kami bawa korang tengok sedikit video tour yang sempat kami rakamkan tempoh hari. Kat area compound luar memang tak banyak nak record sebab literally just corridor lalulalang sahaja. Jom tengok!



Okaylah korang, itulah sedikit sebanyak hotel tour untuk stay kami di Rimba Jonker, Melaka Heritage Residence tempoh hari ya. Personally, kami memang puas hati dan had a really great experience waktu stay disini. Kalau pergi satu family yang 10-15 pax memang sangat sangat sangat berbaloi! Tempat ni memang sesuai sangat untuk korang yang betul2 nak experience Jonker Street sepenuhnya. Enjoy your stay! Kalau nak book, mcm biasa, boleh pergi ke Booking.com atau pun lawati Facebook diorang yang ada disediakan kat situ, semua maklumat. Facebook Rimba Jonker, Melaka Heritage Residence. Itu saja untuk kali ni. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: