Friday, September 4, 2020

Hotel Tour #8 : M Boutique Hotel Di Kampar | Attention to Details A++!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua okay okay semuanya! Last week kami ada JJCM sikit dekat Ipoh. Masing masing had a pretty hectic and rough week, even pergi Ipoh tu pun actually ada kerja yang nak kena settlekan dulu di Ipoh tu. Haa punyalah padat minggu tu, so kami decide untuk release stress dengan makan makan and chill kat Ipoh la sekejap. 

Dalam entry ni kami bukan nak share pasal tempat tempat makan best kat Ipoh, entry yang tu bakal menyusul kemudian. Entry yang ni adalah another Hotel Tour! Saja nak bawa korang tengok sikit hotel tempat kami stay itu hari. Hotel ni namanya M Boutique Hotel di Kampar.


Since kami punya trip ni agak last minit dan minggu lepas pulak ada cuti yang panjang sempena Merdeka, so memang harapan jelah nak dapat hotel yang nice kat area Ipoh. Thats why kami stay jauh sikit, Kampar, lebih kurang 45 minutes away dari Ipoh

2 benda yang kami paling suka tentang hotel ni adalah the decoration and the surrounding.

Decoration | Deco dalam hotel ni boleh dikatakan agak extravagant juga. Haha. Setiap sudut ada hiasan dan juga detailing yang cantik. Kami dapat rasa macam vibe upscale cowboy theme daripada decoration di lobby, corridor dan dalam bilik di M Boutique Hotel Kampar ni.. Nice! We loved it!









Surrounding | Hotel ni actually dikelilingi macam macam tempat makan dan minum yang best. Directly dekat sebelah hotel ni ada Old Town, di blok yang sama juga ada kedai boba The Alley & Daboba. Kiri dan kanan hotel ni memang banyak sangat pilihan tempat makan. So, plusss points di situ!

Overall hotel M Boutique Kampar ni memang exceeded our expectation. We had a very pleasant stay there and we do recommend korang stay kat situ. Especially kalau korang nak pergi Gua Tempurung or nak White Water Rafting, dekat sangat dah dengan hotel tu. Ok guys, lastly jemputlah usha short video kami tour sikit dalam bilik M Boutique Kampar Hotel ni ya. Jangan lupa subscribe channel kami! Jommsss~

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: