Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, June 30, 2020

Assalamualaikum & Annyeonghaseyo Sunchasers | Salam PKPP to all. Harap-harap kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan. Setelah penat menyepi dalam rumah disebabkan PKP, mesti ramai kat luar sana yang dah start craving macam-macam jenis makanan kan. Termasuk lah dengan mek penulis sorang ni. Bagi yang kaki makan macam saya ni, seriously dah teringin nak makan macam-macam. Mana tak nya berbulan menghadap makanan sendiri masak, boleh sakit jiwa tau. Nasib baik sedap juga rasanya 😝

Sebelum kita cakap pasal makanan, siapa kat sini minat drama korea? “Me!”. Siapa kat sini suka juga tengok Running Man? “Me!” Again. Bagi yang dah jadi peminat tegar cerita korea ni, saya yakin korang mesti teringin nak rasa makanan- makanan korea kan. 100% confirm teringin!  Serious weh, dalam tv tengok diorang makan, nampak sedap betul! Nyum nyum. 
Disebabkan teringin sangat nak makan makanan korea, saya pun mula lah mencari cafe korea halal di sekitar Kedah & Penang. Kecewa. Tak banyak ya,  berbeza dengan KL, merata-rata. Cari punya cari, terbaca yang MyeongDong Topokki dah buka cawangan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Apa lagi, terus tayar kereta bergolek bersama 4 penumpang yang lapar daripada Sungai Petani. Tak susah untuk mencari cafe ini, masukkan sahaja di dalam waze, and let the magic navigate your way 😎

Hadapan Kedai


Lokasi | Myeong Dong Topokki ni terletak betul-betul bertentangan dengan The Light Hotel. Parking dekat sini kena guna kupon ya, tapi disebabkan kami pergi waktu weekend, rasanya MBSP cuti jadi tiada isu saman menyaman. Alhamdulillah. Harus diingatkan, nak masuk cafe ni wajib pakai mask. 

Semasa kami tiba, terdapat satu family of 8 yang sedang menunggu giliran. Kami adalah yang seterusnya. Sementara tunggu giliran, boleh pilih siap-siap makanan yang nak order dengan merujuk kepada paparan menu di luar kedai. 


Setelah hampir 20 minit menunggu, akhirnya kami dipanggil masuk ke dalam. Konsep makan di sini ialah order dahulu di kaunter dan tunggu makanan siap ikut no giliran yang tertera di resit. 


Interior kedai ni menarik, hipster la jugak cumanya kedai ni memang agak kecil sedikit. Ditambah pula dengan SOP PKPP, makin sedikit pula meja makan. Tapi nak buat macam mana kan, norma baru.

Antara makanan-makanan yang kami order ialah:
1. Cheese Topokki
2. Jjangmyun
3. Sundubu Jigae
4. Spicy Korean Fried Chicken
5. Chicken Ramyun

Semu menu ni adalah set menu dan datang sekali dengan air green tea yang boleh refill kecuali Topokki dan Spicy Korean Fried Chicken. 

Komen Jujur | Item yang paling sedap yang kami order ialah sundubu jigae so dont forget to order that dish! Rasa dia memang mantap. Satu lagi yang menarik juga ialah fried chicken, my favourite juga since saya memang suka spicy food. Saga boleh habiskan the whole basket sorang-sorang! Topokki pula memang sedap, portion banyak boleh kongsi. For jjangmyun, rasa ok cuma untuk saya yang tak pernah try jjangmyun di mana-mana cafe korea sebelum ni, saya tak boleh nak cakap adakah betul-betul menjadi masakan ni. Almaklumlah, tak boleh nak compare. Kalau berdasarkan cerita Running Man yang saya tengok, kuah jjangmyun ni selalunya likat. Tetapi di sini, kuahnya agak kering. For those yang dah pernah rasa tu nanti boleh kongsi dengan saya ya! Ramyun pun nice tapi rasa dia terlalu Malaysian. Macam mana tu? Sedap je, cuma this is my least favourite.

Item Paling Sodap : Sundubu JJigae
The good thing is, bagi sesiapa yang baru nak cuba makanan Korea dan risau tak kena dengan tekak anda, jangan risau. Makanan-makanan di sini mempunyai rasa Korea yang tidak terlampau ketara dan sesuai lah dengan tekak Malaysian. For those yang betul-betul  nak authentic Korean food, that jigae hit the home run!

Overall, Chasing The Sun bagi rating 3/5 ⭐️⭐️⭐️ untuk MyengDong Topokki.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: