Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, June 30, 2020

MyeongDong Topokki : Restoran Street Food Korea di Pulau Pinang
Assalamualaikum & Annyeonghaseyo Sunchasers | Salam PKPP to all. Harap-harap kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan. Setelah penat menyepi dalam rumah disebabkan PKP, mesti ramai kat luar sana yang dah start craving macam-macam jenis makanan kan. Termasuk lah dengan mek penulis sorang ni. Bagi yang kaki makan macam saya ni, seriously dah teringin nak makan macam-macam. Mana tak nya berbulan menghadap makanan sendiri masak, boleh sakit jiwa tau. Nasib baik sedap juga rasanya 😝

Sebelum kita cakap pasal makanan, siapa kat sini minat drama korea? “Me!”. Siapa kat sini suka juga tengok Running Man? “Me!” Again. Bagi yang dah jadi peminat tegar cerita korea ni, saya yakin korang mesti teringin nak rasa makanan- makanan korea kan. 100% confirm teringin!  Serious weh, dalam tv tengok diorang makan, nampak sedap betul! Nyum nyum. 
Disebabkan teringin sangat nak makan makanan korea, saya pun mula lah mencari cafe korea halal di sekitar Kedah & Penang. Kecewa. Tak banyak ya,  berbeza dengan KL, merata-rata. Cari punya cari, terbaca yang MyeongDong Topokki dah buka cawangan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Apa lagi, terus tayar kereta bergolek bersama 4 penumpang yang lapar daripada Sungai Petani. Tak susah untuk mencari cafe ini, masukkan sahaja di dalam waze, and let the magic navigate your way 😎