Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, August 23, 2019

Lebih Pedas Dari Samyang 3X Spicy!

Aglio Olio BigBob Cafe Ini Lebih Pedas Dari Samyang 3X Spicy! 

Berita baik untuk para penggemar makanan pedas di sekitar utara! Kalau korang pernah rasa Samyang 3X Spicy dan korang rasa itu belum cukup pedas, marilah datang ke BigBob Cafe Bertam ni dan pesan Aglio Olio 3X Pedas, pasti korang takkan complain lagi dah! BigBob cafe ada beberapa cawangan di sekitar Pulau Pinang dan pertama kali saya cuba makan di salah satu cawangan BigBob ni adalah beberapa tahun yang lepas dan pada waktu tu memang jelas BigBob Cafe ni berada dalam kelas yang tersendiri untuk masakan western.

Mungkin melihatkan trend semasa rakyat Malaysia yang saling bersaing untuk mencuba makanan paling pedas, BigBob Cafe juga taknak terlepas untuk sama-sama memberikan pilihan masakan pedas kepada semua peminat makanan pedas ni. Yang lainnya di sini adalah, mereka mempertaruhkan signature dish mereka iaitu Aglio Olio yang mana korang boleh pilih tahap kepedasan hingga ke tahap ke-3. Pertama kali saya cuba Aglio Olio ni beberapa bulan yang lepas memang sedikit skeptikal, jadi saya terus order level yang paling pedas sambil dalam hati berbisik "pedas sangat ka? I doubt it.". Tapi selepas suapan pertama, ternyata I doubted my decision that night. Lepas suapan pertama dah mula rasa kebas di bibir, pipi dan lidah ya kawan-kawan sekalian. Cuba bayangkan nak habiskan satu mangkuk tu, hampir saja transfer kekebasan tu pada kerusi dan meja, berdesing telinga! Pedas dia sedikit lain dari Samyang sebab pedas diorang ni memang natural dari cili segar yang korang sendiri boleh nampak memenuhi pinggan korang tu. Dan yang bestnya, dari segi rasa, memang sangat memuaskan dan membuatkan korang taknak putus asa untuk habiskan keseluruhan Aglio Olio tu. Pasti korang nak datang balik untuk 'seksa' diri sekali lagi. 
Kalau taknak menduga tahap toleransi pedas korang, korang boleh la order Aglio Olio yang normal ataupun boleh order masakan western yang lain, saya jamin disini memang korang takkan kecewa. Honorable mention adalah diorang punya Meatball dan juga Quesadilla. Boleh check out google maps dekat hujung entri untuk lokasi BigBob Cafe ni ok. Oklah, rasanya itu sahaja untuk kali ni, jumpa lagi di lain entri!


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: