Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, July 29, 2019

Food Hunting Ringkas Di Hatyai!
Assalamualaikum semua. Harap sesiapa yang baca ni, ke mana pun kaki korang melangkah, korang dalam keadaan yang baik dan dalam lindungan dan rahmat Tuhan. Saya sebenarnya baru sampai rumah dari trip ke Hatyai bersama Hana. Trip yang singkat, 2 hari 1 malam sahaja dan perancangan pun last minit. Memandangkan kami belum pernah dapat peluang untuk teroka, ataupun lebih tepat lagi buat 'foodhunting' di Hatyai, jadi inilah masa yang paling sesuai. Jangan risau, rasanya penulisan kali ni takkan sepanjang yang cerita cerita sebelum ni ok!


The lies| Lets back up a little bit shall we? Sebenarnya sepanjang minggu lepas, kami bercadang nak buat trip naik motor ke Cameron Highland tapi tak jadi sebab berisiko hujan, bahaya. Tapi kami memang nak pergi ke mana-mana tempat yang kami boleh siapkan beberapa tugasan yang kami dapat dari tempat kerja masing-masing. Kalau di rumah kononya susah sangat nak siapkan tugasan tu sebab chillax sangat. Jadi teori kami, kena pergi tempat yang asing dengan harapan persekitaran yang asing tu boleh dorong kami subconsciously untuk lebih semangat buat kerja. *Ternyata ini semua hanyalah alasan mengada kami untuk travel*. Akhirnya kami setuju untuk menghala ke Perlis dan kalau ada kesempatan untuk masuk ke Thailand, mungkin kami masuk sekejap, jadi kami bawa passport bersama. Ada dua plan, yang pertama kalau sempat kejar train jam 3.50pm ke Hatyai, kami akan terus ke sana pada hari pertama. Plan kedua, bermalam di Perlis dan selesaikan tugasan kami, kemudiannya masuk ke Hatyai pada hari kedua.
Life Changing Laksa | Kami bergerak dari Sungai Petani menuju ke Padang Besar pada jam 1.30pm.  Oh ya, kali ni kami tak naik train macam trip kami yang sebelum ni, kali ni kami drive dan cuma naik train dari Padang Besar ke Hatyai. Kami berhenti sekejap di R&R Gurun untuk makan asam laksa dekat gerai My Laksa di R&R tu. Sejak dari kami try asam laksa di My Laksa R&R Gurun ni beberapa bulan yang lepas, memang kami takkan pernah terlepas makan kat sini setiap kali lalu. I'm not a fan of Laksa, tapi My Laksa ni lain macam. Korang yang belum cuba boleh la cuba ya. Setelah selesai solat kat situ kami sambung perjalan menuju ke utara.
The Time Issue| Dari Gurun tu, kami tukar giliran drive, Hana pula drive dan saya pula online untuk betul-betul pastikan adakah memang 3.50pm tu train terakhir ke  Hatyai. Risau sebab pada kadar sekarang, memang tak sempat rasanya nak kejar train tu. Dalam dok baca-baca tu barulah terperasan, 3.50pm yang dimaksudkan adalah waktu Thailand yang mana lewat sejam dari masa Malaysia. Maksudnya, kami dapat advantage sejam! Masa tu dah pakat pakat tersenyum dan saya dah mula buka Booking.com & Agoda untuk survey hotel dekat Hatyai. Haha.

Sampai di Stesen KTM Padang Besar jam 4.12pm bersamaan 3.12pm waktu Thailand. Kami terus bergegas masuk sebab ada beberapa proses perlu dilalui. Mula-mula beli tiket, dah ada tiket, kami terus dapatkan White Card daripada seorang lelaki Thai yang tunggu dekat imegresen Thai. Sambil beratur untuk lalu imegresen Malaysia, kami siapkan isi White Card masing-masing. Haa lupa nak bagitau, trip petang ni kelihatannya tak seramai trip pagi. Keseluruhan proses dekat kedua-kedua imigresen tu ambil masa tak sampai sejam. Berbeza dengan trip kami yang lepas yang mana makan masa lebih dua jam beratur. Inferens kami, ramai orang ambil trip pagi supaya dapat luangkan lebih masa di sana berbanding kalau pergi petang yang dah memang sampai-sampai konfirm dah tak ada apa sangat nak dibuat. Terpulang lah dekat masing-masing punya perancangan ya. Train bergerak jam 4.30pm waktu Thailand dan seperti biasa boleh beli simkad dekat atas Train tu, RM 25 unlimited internet tahan seminggu dan boleh aktifkan balik kalau masuk Thailand dalam tempoh 3 bulan. Kalau ada yang beminat nak masuk Thai dan malas nak beli Simkad, boleh pm tepi okay.
Alhamdulillah kalini kami dapat tempat duduk dan boleh lah nikmati pemandangan sepanjang perjalanan ni. Fuh, plan yang baru decided pagi tadi nampaknya berjalan lancar setakat ni. Haha. Seronok memasing dapat lari sekejap ke kampung halaman kedua kami ni. Train selama sejam ni merentasi kampung-kampung, sawah dan hutan yang tak berbeza sangat dengan apa yang ada di Malaysia, cuma sekali-sekali train akan melintasi wat wat gergasi majestic yang memang unik dan jarang nak dapat tengok kat tempat kita. Sementara bateri telefon masih banyak, kami cepat-cepat survey hotel dan akhirnya decided untuk menginap di Friendlytel Hotel melihatkan lokasinya yang dekat dengan stesen keretapi, harga yang berpatutan (RM84 per night) dan paling penting dapat review tinggi untuk wifi!
Tiba di Hatyai Junction Train Stesen jam 5.30pm kami terus bergerak keluar dan memandangkan lokasi hotel tu hanya 15minit dari stesen ni, kami putuskan untuk jalan kaki sahaja ke hotel. Cuaca pun baik, baru lepas hujan,jadi tak panas sangat. Sepanjang berjalan kaki tu, sempat kami pergi tukar duit dan tengok-tengok kedai yang ada buat sewaan motor in case boleh dapat yang murah, kami memang nak naik motor ja. Sampai ke hotel kami lebih kurang 6.30pm (tempoh berjalan jadi lebih kurang sejam sebab banyak berhenti cuci mata tengok baju seluar murah-murah). Korang, kali ni sekali lagi kami hit the jackpot untuk bilik hotel kami! Jackpot yang lepas adalah dekat Lopburi dan kali ni sekali lagi kami dapat bilik yang luas dengan harga yang murah. Ceritanya, kami book bilik saiz Deluxe tapi bila kami sampai bilik Deluxe semua dah fully booked dan yang tinggal hanyalah Family Suite. Jadi, diorang pun terpaksa bagilah memandangkan kami dah bayar. Seriously lain macam luas dia. Kira boleh panggil jiran-jiran bilik sebelah buat zumba lah dalam tu. Kami settle down sekejap dan keluar balik lepas Maghrib.
Kami keluar dari hotel dan terus ke salah sebuah operator motor sewa yang juga sebuah restoran, namanya Kelantan Restoran. Setelah di kira kira, kalau kami bergerak naik Grab/Tuk Tuk/ SongThaew memang akan lebih mahal dari sewa motor ni, kami pun buat keputusan untuk sewa saja motor. Harganya 350Baht sehari. Selepas ambil motor kami terus gerak ke lokasi kami iaitu Khlong Hae Floating Market. Kami agak risau sebenarnya sebab pasar ni hanya buka sampai jam 9.00pm saja and kami gerak tu pun dah 7.40pm. Tapi pergi jugakla memandangkan tak jauh mana. Sampai sahaja di Khlong Hae Floating Market tu, seperti yang kami risaukan, memang banyak dah vendor-vendor yang dah kemas-kemas barang nak balik. Tapi masih ada juga yang masih lagi menjual, dapatlah tangkapan juga untuk kami malam tu. Beli mee sup thai, otak-otak dalam buluh, phad thai , ayam goreng tepung thai dan ketam goreng. Kami spend lebih kurang RM25 untuk semua tu. Kira oklah kannn. Kalau pergi awal sikit memang confirm boleh try macam macam lagi. Korang datang awal ok!
Dah kenyang makan, kami bergerak pulak ke ASEAN Night Market untuk cuci-cuci mata tengok baju, seluar, topi & souvenir. Waktu tu pun kalut-kalut juga kami ke sana sebab ASEAN Night Market ni tutup pukul 10.30pm. Aduh, jenuh kerja masa.  Tapi nasib baik sempat sampai waktu semua kedai masih cerah dan beroperasi. Jalan-jalan cuci cuci mata dan terbeli pula dah topi dan baju. Oops. Tapi memang murah harga kat sini. Jadi, kalau nak cari barang pakaian, boleh lah singgah sini ok. Habis dekat ASEAN Night Bazaar ni, kami pun terus balik lah ke hotel. Singgah sekejap di 7/11 untuk beli minuman wajib setiap kali datang Thai, Jele collagen. Balik hotel dan we called it a day.
Esoknya, kami keluar seawal jam 7.00am untuk ke lokasi popular yang berikutnya dan tempat ni memang famous sebagai lokasi sarapan di Hatyai, Chabura Dimsum. Waktu kami sampai tu, kami perasan ada dua kedai dimsum kat situ, jadi kami tak pasti nak pergi yang mana satu, then tiba-tiba datang seorang kakak ni, mungkin dia nampak kami ni macam kebingungan, dia pun kata "Dua dua kedai sama ja dik! Satu bangunan lama satu lagi bangunan baru!", ooh, ok kami pun masuk lah dekat yang baru, since nampak masih tak ramai orang. Pergh memang banyak pilihan dimsum dia, warna warni dan nampak menyelerakan. Harga pun okay, 15Baht untuk piring kecil dan 20Baht untuk besar. Selepas pilih dimsum, pilih tempat dan crew diorang datang untuk bawa dimsum tu untuk di stim dekat belakang. Kalau korang nak tambah nasi goreng ka, tomyum ka, macam-macam lagi menu lain pun ada dekat sini. Pengalaman yang positif, rasa,service dan harga memang nice! They deserved all the hype. 
Selepas selesai makan, kami bergerak ke Hatyai Municipal Park sekejap untuk tenangkan fikiran relax relax tengok pokok pokok sikit. Lepastu kami pergi ke Kim Yong Market untuk beli souvenir nak bawa balik kat parents. Kim Yong Market ni macam Pekan Rabu punya style. Baju seluar pun ada, buah buahan pun ada, kering keringan pun ada (kering keringan macam buahan kering, kerepek dan sebagainya lah). Kami tak spend lama kat sini sebab nak pergi masuk Central Festival sekejap dan kemudian nak check out hotel pukul 12.00pm. Kalau korang datang dengan Mak Ayah, boleh luangkan masa lebih sikit dekat Kim Yong Market ni, diorang mesti suka! Dekat Central Festival  Mall ni kami just pusing-pusing saja dalam tu, kebetulan ada ekspo SME sempatlah melawat ekspo tu juga, ada pula yang jual Boba halal kat situ, haa apa tunggu lagi, memBoba la kan.
Habis Boba, kami terus balik ke hotel untuk kemaskan barang dan check out dari bilik tersayang yang besar gila tu. Lepas check out, dalam jam 12.00pm, sudah tiba masa untuk lunch dan disebabkan lunch ni sangatlah penting, kami tak berani nak ambil risiko cuba kedai-kedai yang baru, kami just pergi dekat kedai yang kami pasti memang sedap, mana lagi kalau bukan Kai Tod Decha Halal Restauran. Tomyum dia memang pekat dan padu. Cumanya kat sini dari segi harga tu sedikit mahal la. Untuk dua orang makan, kami guna dalam RM60++. Sebenarnya kami memang plan nak bersederhana ja makan lunch Kai Tod Decha kali ni. Tapi bila sampai depan menu diorang, automatik ja order macam-macam. Korang jangan lemah macam kami ok! Anyway, takpelah, setahun sekali makan sini kan. Selepas lunch, kami terus pergi pulangkan motor sewa dan bergerak pulang ke Malaysia.
Alhamdulillah, trip yang sekejap tapi boleh dah tick dalam travel list kami, 'foodhunting di Hatyai', walaupun ada kekalutan sikit masa hari 1st tu tapi secara keseluruhannya satu pengalaman yang positif dan takda benda yang tak diingini berlaku. Bilik hotel yang cantik dan luas, makanan padu, dan pemandangan yang cantik, boleh dikatakan trip yang lengkap. Alhamdulillah sekali lagi untuk peluang ni. Okaylah korang, maaflah terpanjang berjela pula walaupun awal tadi kata taknak tulis panjang kan? Kita jumpa di lain entri ya. Assalamualaikum.

By Kimi
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: