Tentu anda semua pernah mendengar tentang percutian menaiki caravan bukan?
Seperti yang
diketahui umum, caravan ialah sebuah mini bas/van yang turut dilengkapi dengan facilities
seperti tempat tidur, dapur dan juga tandas. Rumah bergerak lah senang kata. Di
negara-negara seperti New Zealand yang memerlukan banyak road trips untuk anda benar-benar
menikmati keindahan negaranya, caravan kerap menjadi pilihan travellers.
Percutian menggunakan caravan sesungguhnya adalah agak mencabar. Namun bagi
saya ianya adalah suatu pengalaman menarik yang akan dikenang seumur hidup!
1. Jenis caravan
dan rental
Caravan terdiri
daripada beberapa size bergantung kepada fungsi dan bilangan penghuni yang perlu
ditampung. Caravan kecil selalunya hanya memuatkan tandas mini dan juga tempat
tidur bagi dua orang. Caravan yang besar pula adalah bersaiz bas dan mampu
menampung seramai 6-7 orang, serta siap dilengkapi dengan tandas/bilik mandi,
dapur dan tempat tidur. Kerana kumpulan trip saya ke New Zealand terdiri
daripada 14 orang, kami menyewa dua buah caravan bersaiz besar. Sebuah untuk
lelaki, sebuah untuk golongan wanita.
Di New Zealand,
terdapat banyak company company yang menawarkan perkhidmatan caravan, jadi anda
boleh pilih yang bersesuaian dengan keperluan percutian. Sebelum menyewa,
sangatlah disarankan untuk buat perbandingan harga dan features terlebih
dahulu. Bagi saya dan rakan-rakan, Britz menjadi syarikat pilihan kami. Antara
sebab kami memilih Britz adalah kerana semua caravannya adalah auto, walaupun
sedikit mahal. Ada company yang caravannya sedikit murah, namun ada chance
untuk anda mendapat caravan manual sekiranya caravan auto adalah fully-booked.
Bagi saya, caravan dari Britz adalah highly recommended kerana caravannya
memang cantik, bersih dan lengkap dengan semua keperluan.
Sebelum berangkat ke New Zealand, kami telah pun siap-siap buat online booking untuk caravan ini. Apabila tiba di Auckland, kami hanya pergi pick-up caravan ini di centernya, belajar tentang cara pengendalian, dan settle kan payment yang berbaki. Jangan risau kalau anda tak tahu cara-cara mengendalikan caravan (water storage tank, fuel, cara nak assemble tempat tidur etc) kerana semuanya akan diajar oleh staf syarikat. Kita jugak akan diberikan buku manual dan juga video untuk rujukan lanjut sepanjang percutian, so jangan bimbang!
Okay, here is the
most important bit about choosing a caravan package for me. Insurance. Walaupun
mengambil package insurance memang akan melonjakkan total kos penyewaan
caravan, namun saya sangat sarankan untuk ambil package insurance.
Sekiranya kita terlibat dalam sebarang kemalangan yang menjejaskan sama ada
caravan kita mahupun kenderaan lain, package insurance inilah yang akan
menyelamatkan kita. Bagi saya, apabila pergi bercuti di negara orang, perkara
seperti ini sangatlah perlu dititikberatkan. Tambahan pula apabila
mengendalikan kenderaan besar seperti caravan yang kita tak biasa handle. We
never know what may happen. Saya dan rakan-rakan memang ambil package insurance. Dan alhamdulillah kami membuat keputusan ini, kerana hari
pertama perjalanan sahaja, caravan kami telahpun terlibat dalam sebuah
kemalangan kecil. Alhamdulillah tiada apa apa yang serius, dan kos damage ke
atas caravan dan kenderaan third party ditanggung sepenuhnya oleh package
insurance Britz kami.
2. Features
I did a tour video of the caravan but can't seem to find it now!! So can click this link to get an overview of our caravan's interior okayyy. Tengok yang 360 interactive tour tu tau.
Tempat tidur| Caravan yang saya
naiki mempunyai sebuah bunk bed yang boleh accommodate 3-4 people at a time,
bergantung kepada saiz badan. Bunk ini terletak di atas tempat memandu, dan
perlu guna tangga untuk naik. Kemudiannya, ada katil sofa besar (untuk 2 orang)
dan katil sofa kecil (untuk 1 orang). Katil sofa ini pada waktu siang adalah
seat yang dilengkapi dengan meja, namun boleh diassemble menjadi katil sofa
untuk tidur pada waktu malam. Caravan ini turut dilengkapi dengan selimut,
tilam, dan bantal yang cukup. Empuk lah jugak. Jadi, tak perlu nak bawa siap siap dari
rumah.
Dapur| Dapur caravan ini
walaupun kecil tapi sangatlah lengkap. Ada empat stove electric, microwave, peti
ais dan perkakasan memasak dan makan yang lengkap. Cukup lah tu, bukannya nak buat pertandingan Masterchef kannn. Yang tidak yakin dengan
status kelengkapan ini bolehlah bawa sabun samak untuk basuh dulu kelengkapan
tersebut. Dalam caravan ni jugak ada banyak storage area untuk anda
simpan makanan dan barang-barang lain. Sepanjang seminggu kami mengembara menggunakan caravan,
kami memang masak sepenuhnya menggunakan dapur ini. Sangatlah jimat dari segi
kos makanan.
Water tank, dump tank, electricity| Di dalam caravan, ada meter yang menunjukkan volume air,
dump tank dan electricity yang berbaki. Sumber air di dapur dan bilik mandi
datangnya dari water tank caravan. Saya pun dah tak ingat berapa banyak volume
air yang boleh ditampung oleh tank ini, namun agak banyak juga. Kami sangatlah
berjimat dari segi penggunaan air, dan sebolehnya cuba untuk pergi ke public
toilet dan mandi di public shower. Air sangat penting di dalam caravan okeiii rakan rakan. Sekiranya betul betul berjimat, air
water tank ini cukup untuk memasak, basuh pinggan, dan untuk penggunaan
emergency bilik mandi/tandas untuk dua hari. Ini kerana kami hanya masuk ke powered
site setiap dua hari. Saya akan jelaskan lebih lanjut tentang powered site di
point yang seterusnya nanti.
Another reason kami
cuba mengelakkan menggunakan toilet caravan ialah kerana dump tank! Dump tank
inilah yang menyimpan segala mak nenek benda yang kita keluarkan apabila ke
tandas. Huhu. Penggunaan dump tank ini tak ada masalah, dan takda bau pun dalam
caravan. Tetapiiii, ia mestilah dikosongkan apabila penuh! Haa ni yang ngeri ni. Part ini lah yang
paling semua orang takuti. Makanya, kami buat rules bahawa sesiapa yang gunakan
toilet, dia lah yang bertanggungjawab untuk clearkan dump tank apabila kami
masuk ke powered site. Haaaa pandai pandai lah kau. Haha.
Caravan juga turut
dilengkapi dengan sumber electricity untuk kegunaan mengecas peralatan, juga
untuk penggunaan electric stove, peti ais dan microwave. Untuk topup balik
sumber electricity ni, caravan perlu di-recharge di powered site.
3. Caravan Site
Caravan site ialah
tempat untuk kita parking caravan untuk tidur/masak/mandi di waktu malam. Adalah
menjadi suatu kesalahan untuk parking caravan overnight di tempat selain caravan
site dan boleh disaman. Kalau ke negara seperti New Zealand di mana
percutian caravan memang popular, sangatlah banyak caravan site yang boleh
masuk. Namun, sangatlah recommended untuk rancang perjalanan siap-siap dan tentukan site manakah yang akan disinggahi setiap malam.
Manalah tahu tempat yang kita pergi nanti tu tak ada caravan site yang
berdekatan ke, kan dah menjadi masalah untuk berhenti bermalam?
Caravan site ni terbahagi
kepada dua jenis. Unpowered site dan powered site. Unpowered site ialah site tak berbayar, tapi tak ada facility lah untuk recharge dan refill caravan. Basically ia hanyalah sebuat site untuk parking caravan untuk
bermalam. Namun, pilihlah site yang ada public shower dan toilet supaya kita tidak perlu menggunakan air dari water tank caravan untuk mandi dan cleaning.
Save air. Sekiranya anda bijak merancang dan memilih, boleh dapat
unpowered caravan site yang view tip top,
seperti yang kami dapat di Owhiri Bay. View menghadap laut yang memang cantik,
lengkap dengan toilet dan shower room yang selesa. Ada jugak yang view ladang, boleh tengok lembu dengan sheep pagi pagi. Baru lah dapat feel New Zealand tu kan! :P
Ini view from one of the sites, cantik sangat pagi pagi! |
Powered site pula merupakan site yang dilengkapi dengan facilities khas untuk recharge dan refill caravan. Tapi kami hanya masuk ke powered site setiap dua hari, kerana powered site ini berbayar. Nak save cost maklumlah students. On average, bayaran masuk ke powered sites di NZ adalah dalam linkungan $12 ke $22 (equivalent to RM 36 to RM 66) per head. Di New Zealand, banyak juga powered site yang merupakan site percutian untuk keluarga-keluarga camping dan bersantai. Jadi tolonglahhhh survey betul betul dan pilih site yang facilities best dan boleh buat activities okey!! Sepanjang pengembaraan kami dekat New Zealand, kami memang sangat ternanti-nanti malam yang boleh masuk ke powered site, sebab memang best! Di powered site ni, setiap caravan akan dapat unit tapaknya yang tersendiri, dan setiap unit akan ada facilities untuk recharge electric dan refill air caravan. Juga ada site untuk kosongkan dump tank kepada yang perlu bertanggungjawab hewhew. Cara untuk recharge electric dan refill water storage caravan jugak sebenarnya senang je. Dah ada port port di caravan ini yang dikhaskan untuk tujuan ni. Jadi cuma perlu attach kan cable dan hose ke port nya yang betul dan detach balik apabila dah full. Tak perlu pun nak angkat angkat tangki air bagai. Senang je.
Selalunya, caravan
site jugak ada bilik air dan kitchennya yang tersendiri. So memang senang untuk
mandi dan masak. Kami memang hit a jackpot with one of our powered site
choices. Te Aroha Holiday Park namanya. Tempat ni memang best. Ada banyak
tempat untuk bersantai. Siap ada game room untuk lepak main board game dan
snooker. Kemudian ada mini go cart untuk round keliling park, ada trampoline
besar dan beberapa aktiviti high ropes yang macam flying fox. Best sangat.
Kawasannya pun bersih dan cantik.
4. Pembahagian
tugas
Memang penting untuk mempunyai pembahagian tugas apabila travel menggunakan caravan. Walaupun
kelihatan seperti remeh, kerana kita menghabiskan kebanyakan masa
percutian di dalam caravan, memang cepat stress kalau tugas tak dibahagi
betul-betul. Jadi, buatlah duty roster siap-siap. Yang simple simple sahaja
dah cukup. Tentukan siapa yang bertanggungjawab drive, co-drive, masak, basuh pinggan, mengemas caravan dan plan perjalanan setiap hari. Sebelum
masuk ke powered site juga, bahagikan tugas seperti siapa yang akan refill air
caravan, charge battery, kosongkan dump tank supaya tak ada tugas yang
tertinggal.
5. Stock up
Di New Zealand (saya percaya ini juga applicable kepada banyak negara lain),
kawasan caravan travel selalunya ialah kawasan yang kurang developed. Selalunya
adalah area area yang penuh dengan nature sahaja, dan sekali sekala je akan
singgah masuk bandar. Jadi, setiap kali masuk bandar, remember to stock up
on makanan dan bahan masakan! Saya dan rakan-rakan sememangnya
tak banyak bawa makanan dari rumah kerana kami nak save luggage space
kami untuk barang barang yang lebih penting. Jadi whenever caravan kami singgah
sahaja di bandar, kami akan terus pergi ke supermarket (Woolworths for NZ because
you can get everything hereeee) untuk stock up bahan masakan dan snacks. Tolonglah
beli snacks banyak banyak sebab trust me the long hours you spend in the
caravan will make you want to munch on something. Untuk memudahkan pengembaraan, tolong lah jugak beli air dalam tank yang ada dispenser macam ni untuk
keperluan minum sepanjang perjalanan. Jimat dan mudah.
Beli yang macam ni. Murah lepastu ramai orang boleh minum. Saya and kawan kawan kalau pergi road trip around Australia pun selalunya akan beli air macam ni. |
Jenis bahan masakan
yang saya recommend beli adalah jenis makanan yang senang dimasak. Contohnya
seperti spaghetti, sauce spaghetti, telur dan paste paste dalam jar atau tin.
Jangan lupa beli keperluan memasak seperti minyak masak, kicap, garam gula,
bawang, dan beras juga! For breakfast, boleh beli loaf bread yang banyak banyak
tu and pelbagaikan dengan tuna, telur rebus, jam, nutella etc, supaya anda tak
bosan makan the same thing je everyday. This is why percutian caravan adalah lebih berbaloi dan best apabila anda bercuti dalam group. Kerana kita boleh berkongsi
kos makanan, we can afford to have more variation in our meals! Makanan banyak = happy tummy = happy people! Untuk saya
dan rakan-rakan yang memang tekak melayu, kami memang aim nak makan nasi at
least sehari sekali (either lunch or dinner), so kami bawa rice cooker
siap-siap dari rumah untuk masak nasi. Gigih tau.
6. Rancang perjalanan
Sebelum memulakan percutian
caravan, sangatlah disarankan untuk anda plan dulu tempat-tempat yang akan
anda lawati atau singgahi. Map kan siap siap laluan anda. Ini adalah kerana di negara-negara
seperti New Zealand, jarak dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah
agak jauh. Jadi, plan kan perjalanan anda supaya anda tidak berulang alik dari
satu tempat ke satu tempat. Optimise kan perjalanan kerana time is gold okay!! Ini
adalah apa yang kawan-kawan saya buat menggunakan Google Maps untuk journey
kami. Pandai sangat diorang ni tauuuuuuu.
For your reference, boleh view dekat sini |
Tempat tempat yang
kami nak singgah kami dah mark siap siap dalam map. So, semasa perjalanan
boleh check je apa the next place in map. Jarak dan ETA semua dah ditunjukkkan
oleh Google Maps, so senang lah sikit kehidupan di situ kann. One thing yang
penting untuk take into account when mapping your journey adalah untuk make
sure yang apabila malam, anda berada di kawasan yang ada caravan site okay!
Karang tak pasal pasal kena drive sepanjang malam huhuhu. Alsooo another important bit
to consider ialah, tempat tempat nature kiri kanan ada sheep je ni, banyak yang
tak ada mobile coverage! So, masukkan siap siap destination yang nak dituju tu
dalam GPS caravan. Kalau coverage takda, sekurang kurangnya tak ada lah sesat
jalan (This is another reason we chose Britz. Caravan dia dah diequipped dengan
GPS siap siap so we don’t have to fully depend on GPS telephone). Oh satu pesanan dari sis adalah, plan tu plan jugak, but be flexible in your planning okay!
Ini lah serba
sedikit tips dan pendedahan tentang percutian menggunakan caravan. Percutian caravan memang boleh jadi meletihkan kerana anda makan, tidur
dan travel in just one shared tiny space for a week. Perjalanan dari satu
tempat ke satu tempat juga selalunya adalah sangat panjang. Perasaannya adalah
seperti anda pergi bercamping. Boleh jadi stressful sekiranya anda tak ada apa
apa aktiviti untuk dilakukan dalam caravan. Jadi, always try to find some stuff to do with
your friends supaya anda tak berasa bosan dan stress terperangkap di suatu
ruangan yang sama. Also, don’t forget to fully take in and
enjoy the amazing view throughout your journey! It will definitely be a
worthwhile trip. Walaupun kedengaran seperti mencabar, percutian caravan
sebenarnya tidak lah sesusah mana, jadi jangan bimbang! Just go for it! After
all, travelling is all about experiencing new things, right?
By Chasing The Sun Guest Writer
6 comments:
Thanks. Info bagus nak travel ni.
@Kak Feni You are most welcome. Semoga bermanfaat ya.
Perjalanan dari Auckland sehingga ke Wellington termasuk time singgah2 bermalam di tempat2 tertentu mengambil masa berapa hari/ minggu?
@demorigin If takda singgah mana mana, around 8 hours dah boleh sampai Wellington from Auckland. Ini kalau mengikut jalan ke arah selatan seperti dekat kiri map dekat atas. Disebabkan saya singgah singgah di tempat lain dalam perjalanan, so take almost one day untuk sampai Wellington. Then dari Wellington kami sambung road trip up north pula (yang right side of map) sehingga sampai balik ke Auckland. Yang ni take around 5 days sebab banyak singgah singgah.
Ok, Terbaik dan Terima kasih👍🏼
Post a Comment