Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, February 17, 2019


Tentu anda semua pernah mendengar tentang percutian menaiki caravan bukan? 


Seronok ke travelling menggunakan caravan ni? Berbaloikah menaiki caravan daripada menaiki kenderaan biasa dan tidur di hotel atau Air Bnb? Mencabar kah percutian caravan ni? Dalam entry ini saya bakal menceritakan perkara-perkara yang perlu anda tahu sebelum memilih percutian caravan sebagai percutian pilihan anda, juga beberapa tips untuk percutian menggunakan caravan! Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menaiki caravan selama 7 hari mengelilingi North New Zealand. So kepada yang berminat, stay tuned!

Seperti yang diketahui umum, caravan ialah sebuah mini bas/van yang turut dilengkapi dengan facilities seperti tempat tidur, dapur dan juga tandas. Rumah bergerak lah senang kata. Di negara-negara seperti New Zealand yang memerlukan banyak road trips untuk anda benar-benar menikmati keindahan negaranya, caravan kerap menjadi pilihan travellers. Percutian menggunakan caravan sesungguhnya adalah agak mencabar. Namun bagi saya ianya adalah suatu pengalaman menarik yang akan dikenang seumur hidup!

1. Jenis caravan dan rental
Caravan terdiri daripada beberapa size bergantung kepada fungsi dan bilangan penghuni yang perlu ditampung. Caravan kecil selalunya hanya memuatkan tandas mini dan juga tempat tidur bagi dua orang. Caravan yang besar pula adalah bersaiz bas dan mampu menampung seramai 6-7 orang, serta siap dilengkapi dengan tandas/bilik mandi, dapur dan tempat tidur. Kerana kumpulan trip saya ke New Zealand terdiri daripada 14 orang, kami menyewa dua buah caravan bersaiz besar. Sebuah untuk lelaki, sebuah untuk golongan wanita.

Di New Zealand, terdapat banyak company company yang menawarkan perkhidmatan caravan, jadi anda boleh pilih yang bersesuaian dengan keperluan percutian. Sebelum menyewa, sangatlah disarankan untuk buat perbandingan harga dan features terlebih dahulu. Bagi saya dan rakan-rakan, Britz menjadi syarikat pilihan kami. Antara sebab kami memilih Britz adalah kerana semua caravannya adalah auto, walaupun sedikit mahal. Ada company yang caravannya sedikit murah, namun ada chance untuk anda mendapat caravan manual sekiranya caravan auto adalah fully-booked. Bagi saya, caravan dari Britz adalah highly recommended kerana caravannya memang cantik, bersih dan lengkap dengan semua keperluan.
Caravan Britz yang besar tu is our caravan!! Contoh caravan yang size kecik sikit is like caravan Maui yang sebelah our caravan tu. That one is more like a van lah. Maui pun company yang selalu orang pilih jugak untuk rent caravan. 

Sebelum berangkat ke New Zealand, kami telah pun siap-siap buat online booking untuk caravan ini. Apabila tiba di Auckland, kami hanya pergi pick-up caravan ini di centernya, belajar tentang cara pengendalian, dan settle kan payment yang berbaki. Jangan risau kalau anda tak tahu cara-cara mengendalikan caravan (water storage tank, fuel, cara nak assemble tempat tidur etc) kerana semuanya akan diajar oleh staf syarikat. Kita jugak akan diberikan buku manual dan juga video untuk rujukan lanjut sepanjang percutian, so jangan bimbang!

Okay, here is the most important bit about choosing a caravan package for me. Insurance. Walaupun mengambil package insurance memang akan melonjakkan total kos penyewaan caravan, namun saya sangat sarankan untuk ambil package insurance. Sekiranya kita terlibat dalam sebarang kemalangan yang menjejaskan sama ada caravan kita mahupun kenderaan lain, package insurance inilah yang akan menyelamatkan kita. Bagi saya, apabila pergi bercuti di negara orang, perkara seperti ini sangatlah perlu dititikberatkan. Tambahan pula apabila mengendalikan kenderaan besar seperti caravan yang kita tak biasa handle. We never know what may happen. Saya dan rakan-rakan memang ambil package insurance. Dan alhamdulillah kami membuat keputusan ini, kerana hari pertama perjalanan sahaja, caravan kami telahpun terlibat dalam sebuah kemalangan kecil. Alhamdulillah tiada apa apa yang serius, dan kos damage ke atas caravan dan kenderaan third party ditanggung sepenuhnya oleh package insurance Britz kami.

2. Features

I did a tour video of the caravan but can't seem to find it now!! So can click this link to get an overview of our caravan's interior okayyy. Tengok yang 360 interactive tour tu tau.

Tempat tidur| Caravan yang saya naiki mempunyai sebuah bunk bed yang boleh accommodate 3-4 people at a time, bergantung kepada saiz badan. Bunk ini terletak di atas tempat memandu, dan perlu guna tangga untuk naik. Kemudiannya, ada katil sofa besar (untuk 2 orang) dan katil sofa kecil (untuk 1 orang). Katil sofa ini pada waktu siang adalah seat yang dilengkapi dengan meja, namun boleh diassemble menjadi katil sofa untuk tidur pada waktu malam. Caravan ini turut dilengkapi dengan selimut, tilam, dan bantal yang cukup. Empuk lah jugak. Jadi, tak perlu nak bawa siap siap dari rumah. 

Dapur| Dapur caravan ini walaupun kecil tapi sangatlah lengkap. Ada empat stove electric, microwave, peti ais dan perkakasan memasak dan makan yang lengkap. Cukup lah tu, bukannya nak buat pertandingan Masterchef kannn. Yang tidak yakin dengan status kelengkapan ini bolehlah bawa sabun samak untuk basuh dulu kelengkapan tersebut. Dalam caravan ni jugak ada banyak storage area untuk anda simpan makanan dan barang-barang lain. Sepanjang seminggu kami mengembara menggunakan caravan, kami memang masak sepenuhnya menggunakan dapur ini. Sangatlah jimat dari segi kos makanan.

Water tank, dump tank, electricity| Di dalam caravan, ada meter yang menunjukkan volume air, dump tank dan electricity yang berbaki. Sumber air di dapur dan bilik mandi datangnya dari water tank caravan. Saya pun dah tak ingat berapa banyak volume air yang boleh ditampung oleh tank ini, namun agak banyak juga. Kami sangatlah berjimat dari segi penggunaan air, dan sebolehnya cuba untuk pergi ke public toilet dan mandi di public shower. Air sangat penting di dalam caravan okeiii rakan rakan. Sekiranya betul betul berjimat, air water tank ini cukup untuk memasak, basuh pinggan, dan untuk penggunaan emergency bilik mandi/tandas untuk dua hari. Ini kerana kami hanya masuk ke powered site setiap dua hari. Saya akan jelaskan lebih lanjut tentang powered site di point yang seterusnya nanti.

Another reason kami cuba mengelakkan menggunakan toilet caravan ialah kerana dump tank! Dump tank inilah yang menyimpan segala mak nenek benda yang kita keluarkan apabila ke tandas. Huhu. Penggunaan dump tank ini tak ada masalah, dan takda bau pun dalam caravan. Tetapiiii, ia mestilah dikosongkan apabila penuh! Haa ni yang ngeri ni. Part ini lah yang paling semua orang takuti. Makanya, kami buat rules bahawa sesiapa yang gunakan toilet, dia lah yang bertanggungjawab untuk clearkan dump tank apabila kami masuk ke powered site. Haaaa pandai pandai lah kau. Haha.

Caravan juga turut dilengkapi dengan sumber electricity untuk kegunaan mengecas peralatan, juga untuk penggunaan electric stove, peti ais dan microwave. Untuk topup balik sumber electricity ni, caravan perlu di-recharge di powered site.

3. Caravan Site
Caravan site ialah tempat untuk kita parking caravan untuk tidur/masak/mandi di waktu malam. Adalah menjadi suatu kesalahan untuk parking caravan overnight di tempat selain caravan site dan boleh disaman. Kalau ke negara seperti New Zealand di mana percutian caravan memang popular, sangatlah banyak caravan site yang boleh masuk. Namun, sangatlah recommended untuk rancang perjalanan siap-siap dan tentukan site manakah yang akan disinggahi setiap malam. Manalah tahu tempat yang kita pergi nanti tu tak ada caravan site yang berdekatan ke, kan dah menjadi masalah untuk berhenti bermalam?

Caravan site ni terbahagi kepada dua jenis. Unpowered site dan powered site. Unpowered site ialah site tak berbayar, tapi tak ada facility lah untuk recharge dan refill caravan. Basically ia hanyalah sebuat site untuk parking caravan untuk bermalam. Namun, pilihlah site yang ada public shower dan toilet supaya kita tidak perlu menggunakan air dari water tank caravan untuk mandi dan cleaning. Save air. Sekiranya anda bijak merancang dan memilih,  boleh dapat unpowered caravan site yang view tip top, seperti yang kami dapat di Owhiri Bay. View menghadap laut yang memang cantik, lengkap dengan toilet dan shower room yang selesa. Ada jugak yang view ladang, boleh tengok lembu dengan sheep pagi pagi. Baru lah dapat feel New Zealand tu kan! :P

Ini view from one of the sites, cantik sangat pagi pagi!

Powered site pula merupakan site yang dilengkapi dengan facilities khas untuk recharge dan refill caravan. Tapi kami hanya masuk ke powered site setiap dua hari, kerana powered site ini berbayar.  Nak save cost maklumlah students. On average, bayaran masuk ke powered sites di NZ adalah dalam linkungan $12 ke $22 (equivalent to RM 36 to RM 66) per head. Di New Zealand, banyak juga powered site yang merupakan site percutian untuk keluarga-keluarga camping dan bersantai. Jadi tolonglahhhh survey betul betul dan pilih site yang facilities best dan boleh buat activities okey!! Sepanjang pengembaraan kami dekat New Zealand, kami memang sangat ternanti-nanti malam yang boleh masuk ke powered site, sebab memang best! Di powered site ni, setiap caravan akan dapat unit tapaknya yang tersendiri, dan setiap unit akan ada facilities untuk recharge electric dan refill air caravan. Juga ada site untuk kosongkan dump tank kepada yang perlu bertanggungjawab hewhew. Cara untuk recharge electric dan refill water storage caravan jugak sebenarnya senang je. Dah ada port port di caravan ini yang dikhaskan untuk tujuan ni. Jadi cuma perlu attach kan cable dan hose ke port nya yang betul dan detach balik apabila dah full. Tak perlu pun nak angkat angkat tangki air bagai. Senang je.

Selalunya, caravan site jugak ada bilik air dan kitchennya yang tersendiri. So memang senang untuk mandi dan masak. Kami memang hit a jackpot with one of our powered site choices. Te Aroha Holiday Park namanya. Tempat ni memang best. Ada banyak tempat untuk bersantai. Siap ada game room untuk lepak main board game dan snooker. Kemudian ada mini go cart untuk round keliling park, ada trampoline besar dan beberapa aktiviti high ropes yang macam flying fox. Best sangat. Kawasannya pun bersih dan cantik.

4. Pembahagian tugas
Memang penting untuk mempunyai pembahagian tugas apabila travel menggunakan caravan. Walaupun kelihatan seperti remeh, kerana kita menghabiskan kebanyakan masa percutian di dalam caravan, memang cepat stress kalau tugas tak dibahagi betul-betul. Jadi, buatlah duty roster siap-siap. Yang simple simple sahaja dah cukup. Tentukan siapa yang bertanggungjawab drive, co-drive, masak, basuh pinggan, mengemas caravan dan plan perjalanan setiap hari. Sebelum masuk ke powered site juga, bahagikan tugas seperti siapa yang akan refill air caravan, charge battery, kosongkan dump tank supaya tak ada tugas yang tertinggal.

5. Stock up
Di New Zealand (saya percaya ini juga applicable kepada banyak negara lain), kawasan caravan travel selalunya ialah kawasan yang kurang developed. Selalunya adalah area area yang penuh dengan nature sahaja, dan sekali sekala je akan singgah masuk bandar. Jadi, setiap kali masuk bandar, remember to stock up on makanan dan bahan masakan! Saya dan rakan-rakan sememangnya tak banyak bawa makanan dari rumah kerana kami nak save luggage space kami untuk barang barang yang lebih penting. Jadi whenever caravan kami singgah sahaja di bandar, kami akan terus pergi ke supermarket (Woolworths for NZ because you can get everything hereeee) untuk stock up bahan masakan dan snacks. Tolonglah beli snacks banyak banyak sebab trust me the long hours you spend in the caravan will make you want to munch on something. Untuk memudahkan pengembaraan, tolong lah jugak beli air dalam tank yang ada dispenser macam ni untuk keperluan minum sepanjang perjalanan. Jimat dan mudah.

Beli yang macam ni. Murah lepastu ramai orang boleh minum. Saya and kawan kawan kalau pergi road trip around Australia pun selalunya akan beli air macam ni.

Jenis bahan masakan yang saya recommend beli adalah jenis makanan yang senang dimasak. Contohnya seperti spaghetti, sauce spaghetti, telur dan paste paste dalam jar atau tin. Jangan lupa beli keperluan memasak seperti minyak masak, kicap, garam gula, bawang, dan beras juga! For breakfast, boleh beli loaf bread yang banyak banyak tu and pelbagaikan dengan tuna, telur rebus, jam, nutella etc, supaya anda tak bosan makan the same thing je everyday. This is why percutian caravan adalah lebih berbaloi dan best apabila anda bercuti dalam group. Kerana kita boleh berkongsi kos makanan, we can afford to have more variation in our meals!  Makanan banyak = happy tummy = happy people! Untuk saya dan rakan-rakan yang memang tekak melayu, kami memang aim nak makan nasi at least sehari sekali (either lunch or dinner), so kami bawa rice cooker siap-siap dari rumah untuk masak nasi. Gigih tau.

6. Rancang perjalanan
Sebelum memulakan percutian caravan, sangatlah disarankan untuk anda plan dulu tempat-tempat yang akan anda lawati atau singgahi. Map kan siap siap laluan anda. Ini adalah kerana di negara-negara seperti New Zealand, jarak dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah agak jauh. Jadi, plan kan perjalanan anda supaya anda tidak berulang alik dari satu tempat ke satu tempat. Optimise kan perjalanan kerana time is gold okay!! Ini adalah apa yang kawan-kawan saya buat menggunakan Google Maps untuk journey kami. Pandai sangat diorang ni tauuuuuuu.


For your reference, boleh view dekat sini

Tempat tempat yang kami nak singgah kami dah mark siap siap dalam map. So, semasa perjalanan boleh check je apa the next place in map. Jarak dan ETA semua dah ditunjukkkan oleh Google Maps, so senang lah sikit kehidupan di situ kann. One thing yang penting untuk take into account when mapping your journey adalah untuk make sure yang apabila malam, anda berada di kawasan yang ada caravan site okay! Karang tak pasal pasal kena drive sepanjang malam huhuhu. Alsooo another important bit to consider ialah, tempat tempat nature kiri kanan ada sheep je ni, banyak yang tak ada mobile coverage! So, masukkan siap siap destination yang nak dituju tu dalam GPS caravan. Kalau coverage takda, sekurang kurangnya tak ada lah sesat jalan (This is another reason we chose Britz. Caravan dia dah diequipped dengan GPS siap siap so we don’t have to fully depend on GPS telephone). Oh satu pesanan dari sis adalah, plan tu plan jugak, but be flexible in your planning okay!
Ini lah serba sedikit tips dan pendedahan tentang percutian menggunakan caravan. Percutian caravan memang boleh jadi meletihkan kerana anda makan, tidur dan travel in just one shared tiny space for a week. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat juga selalunya adalah sangat panjang. Perasaannya adalah seperti anda pergi bercamping. Boleh jadi stressful sekiranya anda tak ada apa apa aktiviti untuk dilakukan dalam caravan.  Jadi, always try to find some stuff to do with your friends supaya anda tak berasa bosan dan stress terperangkap di suatu ruangan yang sama. Also, don’t forget to fully take in and enjoy the amazing view throughout your journey! It will definitely be a worthwhile trip. Walaupun kedengaran seperti mencabar, percutian caravan sebenarnya tidak lah sesusah mana, jadi jangan bimbang! Just go for it! After all, travelling is all about experiencing new things, right?


By Chasing The Sun Guest Writer

New Zealand, Caravan, Travel North New Zealand, Road Trip New Zealand, New Zealand Muslim Travel Guide

Previous Post
Next Post

post written by:

6 comments:

Kak Feni said...

Thanks. Info bagus nak travel ni.

Chasing The Sun said...
This comment has been removed by the author.
Chasing The Sun said...

@Kak Feni You are most welcome. Semoga bermanfaat ya.

demorigin said...

Perjalanan dari Auckland sehingga ke Wellington termasuk time singgah2 bermalam di tempat2 tertentu mengambil masa berapa hari/ minggu?

Chasing The Sun said...

@demorigin If takda singgah mana mana, around 8 hours dah boleh sampai Wellington from Auckland. Ini kalau mengikut jalan ke arah selatan seperti dekat kiri map dekat atas. Disebabkan saya singgah singgah di tempat lain dalam perjalanan, so take almost one day untuk sampai Wellington. Then dari Wellington kami sambung road trip up north pula (yang right side of map) sehingga sampai balik ke Auckland. Yang ni take around 5 days sebab banyak singgah singgah.

demorigin said...

Ok, Terbaik dan Terima kasih👍🏼