Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, November 30, 2018

Ada Apa dengan Jogja | Itinerari Untuk Travel Backpacking di Jogjakarta!

Ada Apa Dengan Cinta| Kata orang Yogjakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja adalah sebuah kota cinta lebih-lebih lagi setelah pengambaran sebuah karya romantis Ada Apa Dengan Cinta dijalankan di sana.
Disebabkan perasaan ingin tahu, ditambah pula dengan review- review positif di blog dan facebook, saya dan tiga orang  rakan telah menjejakkan sendiri kaki ke Bumi Jogja dan ternyata kota ini tidak mengecewakan sama sekali. Dari kehijauan alam semulajadinya, kebiruan air lautan hindi dan juga gahnya pemandangan Gunung Merapi, kota cinta ini memang tidak akan terlepas untuk tersenarai dalam salah satu bucket list geng-geng backpacker dan juga para pelancong termasuklah saya sendiri ;)

The Planning| Idea ke Jogja ini sebenarnya datan dari kawan baik saya, Nurul sempena dia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Manakala saya pula ketika itu baru sahaja long call. Jadi kami berdua mengambil peluang ini untuk bercuti seketika sebelum memulakan alam pekerjaan. Terus sahaja kami book flight ticket ke Jogja. Disebabkan percutian ini agak ad hoc dan bukan pada musim free seat Air Asia, ticket return flight ialah sebanyak RM380. Satu peringatan di sini, jika hendak ke Jogja tolong lah beli ticket semasa free seat Air Asia, bayangkan dengan harga serendah RM180 dah boleh dapat return flight! Sedikit penyesalan di situ tapi tak mengapa. Seperti biasa, kami akan mula buat research dan susun itinerary untuk 4 hari 3 malam di sana.
Disebabkan Jogja mempunyai terlalu banyak tempat-tempat yang sangat unik dan menarik, peruntukkan sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam di sana kerana bukan selalu kita dapat peluang untuk ke sana. Itu pun masih tak berapa mencukupi dan terkejar sebab ticket flight kami pada hari keempat adalah pada sebelah pagi.

Saya dan Nurul book hotel in advance dari Malaysia lagi bagi memudahkan urusan di sana. At the very last minute, 2 orang lagi sahabat buat keputusan untuk join the trip. So there were four of us.   Untungnya pergi berempat ini ialah kos akan menjadi lebih jimat kerana boleh berkongsi bayaran supir. Penginapan bajet kami sepanjang 4 hari di Jogja ialah di Pop Hotel Timoho. Hotel ini seriously cantik dan bersih sangat! Satu sahaja kekurangan di sini ialah mereka tidak menyediakan seterika. Nasib baik Supir kami pinjamkan kalau tak bayangkan lah bagaimans bentuk tudung masing-masing. Untuk hotel ini, saya bagi rate 8.5/10! Lokasi tip top dan harga hotel ni pun boleh  dikatakan murah iaitu hanya RM70 untuk satu malam.

Supir | Untuk supir pula, kami ambil pakej dari supir Jati. Saya cadangkan ambillah supir dan jangan bergerak sendiri di Jogja. Ini kerana Jogja mempunyai terlalu banyak attractions yang perlu cover plus jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh dan terpencil. Saya tak rasa boleh grab atau dapatkan teksi di kawasan-kawasan tersebut. Lagi satu, jalan di jogja agak extreme dan bahaya. Berderau jugak darah apabila kami selisih dengan bas sewaktu di kawasan berbukit. Satu lagi kelebihan ambil supir ialah aktiviti di Jogja ini sangat memenatkan. Jadi waktu dalam perjalanan lah boleh digunakan untuk recharge balik energy.

Nama supir kami ialah Ari. Ari ni adalah sahabat merangkap pekerja Jati. Dia bukan saja sporting dan kelakar, tapi sanggup bawa kami ke banyak lagi tempat even yang tiada dalam pakej. Ari ni memang jenis yang tak berkira dan yang paling penting dia sangat tepati masa. Dia Siap belanja kami makan satay lagi. Urusan solat pun alhamdulillah senang. Pakej Jati ni all in RM471 termasuk makan dan bayaran masuk. Bagi saya harga ini sangat berpatutan setelah mengambil kira kos perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
From left, Jati, Fajrina, Alia, Nurul, me and Ari.

Itinery Jogjakarta |Saya kongsikan itinery kami sepanjang di sana. Di sana saya hanya senaraikan plan perjalanan kami setiap hari setelah mengambil kira lokasi dan jarak perjalanan. Bagi pengalaman di setiap tempat termasuk harga tiket, saya kongsikan dalam entry yang ini.

Day 1
1. 11.15 a.m- tiba di Adisujipto Airport (Ari pickup kami di airport)
2. Makan tengahari di kedai Nasi Padang. Makan nasi campur. 
3. Melawat Kilang Kopi Luwak, kilang silver dan Tugu Chocolate di Mataram.
4. Hutan Pinus Mangunan
5.Sandboarding di Gumuk Pasir, Parangkusumo
6. Sunset di Pantai Parangtritis
7. Dinner di Ayam Penyet Surabaya. 
Day 2 
1. Breakfast di Gudeg Yu Djum, Gunung Kidul
2. Gondola Pantai Timang 
3. Lunch at Lobster House at Timang.
 4. Cave Tubing di Goa Pindul 
5. Hutan Pinus Pengger
6. Dinner di Sate Klatak Pak Bari (lokasi AADC). 
Day 3
1. Merapi tour (5 jam) dan lihat sunrise di Gunung Merapi
2. Breakfast di Merapi
3. Lunch di Jejamuran Resto
4. Candi Borobudur 
5. Gereja Ayam AADC
6. Kalibiru 
7. Shopping at Batik Seri Rejeki
8. Shopping at Bakpia Soemadigo
9. Shopping at Malioboro Street
Day 4- Balik KL

Setakat itu perkongsian saya. Till we meet again Yogyakarta. Sila refer post ini untuk tempat-tempat menarik di Jogja beserta harga masuk dan kos-kos lain. Boleh contact saya jika hendak dapatkan no. telefon Jati dan Ari. 


Word of wisdom from Jogja:
SESUNGGUHNYA REZEKI ITU TIDAK AKAN TERTUKAR -Ari, 2017. 

Sekian.

By Hana






Previous Post
Next Post

post written by:

4 comments:

Unknown said...

bole sy tau kos semua untuk 1 org?..

Chasing The Sun said...
This comment has been removed by the author.
Chasing The Sun said...

Total 4H 3M termasuk flight pergi dan balik ialah RM1300.

Jati Wijaya said...

Terimakasih suda amik service kami Hana, Fajrina, Alia, Nurul.. semoga jumpa lain masa :)