Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, December 31, 2019

Berbaloi Ke Pergi Nami Island?
Assalamualaikum & Hello Sunchasers| Pulau Nami yang terletak di Seoul  Korea Selatan merupakan salah satu lokasi wajib  datang  buat  para pelancong yang  berkunjung ke bumi kimchi ni. Rasanya rata rata pelancong dari Malaysia kenal akan pulau comel ini disebabkan penangan drama korea Winter Sonata. Daripada drama tu, kita dapat tengok keindahan Pulau Nami ni waktu musim sejuk yang ternyaa memukau. Saya pun tak terkecuali lah, memang sejenis yang layan drama drama sendu Korea juga masa zaman-zaman baru nak baligh dulu. Cumanya, waktu tengok drama ni dulu, hanya sekadar mampu kagum je lah dengan keindahan negara Korea Selatan ni, especially Pulau Nami,  tapi langsung tak pernah terlintas untuk datang dan tengok  dengan mata kepala sendiri.


Friday, December 6, 2019

Tempat Makan Best Di Kulim | Restoran Makanan Western S'Antik Cafe
Assalamualaikum & Hello Sunchasers| Harap korang semua sihat walafiat belaka lah ya. Kami berdua Alhamdulillah baik baik sahaja. Entri kali ni saya nak kongsikan dengan korang satu restoran yang agak unik di Kulim ni. Restoran ni kami jumpa secara tak sengaja sebenarnya, minggu lepas, Hana teringin nak makan western dan memandangkan kami ni jarang sangatlah keluar makan di area Kulim ni, jadinya tak pasti pun restoran mana yang ada western food yang best di Kulim ni. Jadi, kitorang just sepakat untuk berhenti dekat restoran western pertama yang kitorang akan nampak sepanjang perjalanan nak ke Giant Kulim ni. Serah pada takdir gitu kan. Haha. Dan pemenangnya jatuh kepada restoran western S’Antik Cafe! Haa itulah restoran western pertama yang kami nampak sepanjang perjalanan dari rumah kami nak ke Giant Kulim. (Tempat Makan Best Kulim Part 2 & Tempat Makan Best Kulim Part 3)


Wednesday, December 4, 2019

'Roadtrip' ke Terengganu | Tempat Makan Mesti Cuba di Kuala Terengganu
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni adalah tentang satu roadtrip. Roadtrip ke Kuala Terengganu untuk raikan dua orang rakan baik kami yang bakal berkahwin awal tahun depan. 5 watak utama dalam entri kali ni adalah Hana Kimi, Nurul (Bride), Nashriq (Groom) & Aiman (Biro Aktiviti). Ya, kami ada Biro Aktiviti..Haha over ja kan. Sedikit pengenalan, Nurul kerja sebagai Doktor di Hospital di Kuala Terengganu , Nashrik Cikgu di KL dan Aiman sebagai PA juga di KL. Jadi untuk meraikan The Bride, kami semua setuju untuk buat 'Bachelor/ette ' party ni di Terengganu. Aiman dan Nashriq naik bas manakala saya dan Hana roadtrip naik kereta ke sana. Btw, kalau nak terus baca tentang tempat makan menarik di Kuala Terengganu boleh ctrl+f  "TMBKT".

Saturday, November 16, 2019

Hotel Tour #1 : The Lost Paradise Resort | Bali in Penang
By Chasing The Sun Guest Writer

Assalamualaikum semua Otak seminit.Last minit staycation.Nak share satu tempat cantik and hipster kat Penang,so korang boleh try next time kalau datang Batu Feringghi.So off 5 hari,bebas dari hospital.Weehoo.Sampai rumah duk fikir mana boleh pegi utk chill chill.Kusut la katakan duk hospital,eh memang kusut pon.Takde specific place nak pegi sebab dah bnyk kali explore Penang.Aim nak pegi hotel/resort cantik and specifically tepi pantai untuk berehat.


Friday, November 15, 2019

Lost World of Tambun | Holiday Time - Media Preview
By Chasing The Sun Guest Writer
Aiman Thumb


Salam Sunchasers Sekalian | Diharap korang semua dalam keadaan sihat walafiat okay?Amiinn. Baiklah, untuk entri kali ini saya akan bercerita mengenai pengalaman saya sewaktu bercuti di Lost World of Tambun selama dua hari satu malam.  Alhamdulillah saya bersama dua orang lagi sahabat media telah dijemput dan diberi kesempatan untuk mencuba sendiri aktiviti dan permainan yang ada di sini. Sudah semestinya ada pelbagai hidangan aktiviti dan permainan di Taman Tema Lost World of Tambun ini yang tidak mahu saya dan pasukan lepaskan. 

Apa yang lebih mengujakan ialah ini adalah kali pertama Lost World of Tambun memilih untuk bekerjasama dengan dua buah lagi gergasi permainan terkemuka dunia iaitu `Hot Wheels’ dan juga `Barbie’! Haa, jangan silap perhitungan, pameran `Hot Wheels’ dan juga `Barbie’ ini bakal berlangsung dari 23 November 2019 sehingga 31 Disember 2019 sahaja. Memang mereka tumpu untuk aktiviti sewaktu cuti sekolah lah kan? Para kanak-kanak dan muda remaja mesti ternanti-nanti akan pameran dan permainan berjenama antarabangsa ini. Jadi, apa tunggu lagi?Rugilah tak serbu wey..hahaha




Saturday, November 9, 2019

Tempat Makan Best Di Taiping Perak!
Assalamualaikum dan Hai Semua | Pernah tak korang dan kawan-kawan tiba-tiba rancang puntuk food hunting di Ipoh? Rasanya benda ni sudah tidak asing lagi bagi kita semua kan. Sememangnya tidak dapat dinafikan kota Ipoh sememangnya terkenal dengan makanan-makanan yang boleh membuatkan anda kecur air liur! Bermula daripada sarapan di Hollywood, nasi ganja, laksa saranghae dan macam-macam lagi, ternyata Ipoh tidak pernah mengecewakan kita. Tetapi pernah tak terlintas untuk luaskan sedikit perjalanan dan teruskan penjelajahan jalan-jalan cari makan ke sebuah kota warisan di Perak iaitu Taiping? Beberapa minggu yang lepas, saya dan Kimi telah menjelajah ke Taiping atas tujuan food hunting. Trust me, Taiping has so many good eating places! Sumpah sedap. Jadi, saya akan buat sedikit perkongsian tentang makanan-makanan yang saya dan Kimi sempat cuba di sana. 


Friday, November 1, 2019

Cottiny Cafe : Restoran Makanan Korea di Sungai Petani!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat dan terima kasih sudi singgah di blog kami ni ya. Jadikan persinggahan ini satu tabiat okay! Kalau korang ada baca beberapa entri yang sebelum ni saya ada kongsikan senarai restoran makanan halal di Seoul Korea yang sempat saya kunjungi sewaktu kunjungan saya di sana. Kalau korang perasan, ada satu 'street food' ikonik Korea yang saya tak cuba dan sebut langsung dalam entri berkenaan. Apakah street food tu? Ianya adalah, Tteok-bokki ataupun Topokki. Saya pun tak pasti kenapa langsung tak teringin nak cuba makanan tu di sana, tapi bila dah balik Malaysia baru teringin. Halamak!


Thursday, October 31, 2019

Nikmati Kopi Premium di Harley's Burgers & Roasters!
Assalamualaikum Readers | Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dan sentiasa dalam lindunganNya.



Mengidam nak minum kopi premium? Mengimpikan pencuci mulut yang serba mewah? Pada hari Ahad yang lepas, saya dan beberapa lagi sahabat mendapat permintaan untuk membuat satu review di restoran yang terletak di Cyberjaya. Restoran ini bernama Harley's Burgers and Roasters. Di restoran ini, terdapat beberapa menu utama seperti burger daging, burger ayam, ayam goreng jeluk dan beberapa lagi menu utama yang lain. Tak sangka pula, di sini juga terdapat hidangan kopi premium segar dan juga beberapa pencuci mulut khususnya kek yang sangat sedap. 

Friday, October 18, 2019

4 Restoran Halal Perlu Cuba Di Seoul, Korea.
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dua minggu yang lepas saya telah ke Korea Selatan atas urusan kerja. Ini merupakan kali kedua saya ke sana atas urusan yang sama. Tahun lepas saya datang sewaktu musim panas, tahun ini pula datang pada awal musim luruh. Harapnya tahun depan pergi musim sejuk pula lah. Hehe. Tahun lepas saya turun di Busan dahulu selama dua hari sebelum berangkat ke Seoul menaiki train dari Busan. Disebabkan kurang research dan kurang persediaan, trip saya tahun lepas memang agak kelam kabut sedikit. Jadi mengambil iktibar dari trip tahun lepas, Alhamdulillah trip kali ini lebih teratur. Sempat juga singgah beberapa tarikan utama di Seoul selepas selesai urusan kerja.

Untuk entri kali ini saya akan berkongsi dengan korang tentang restoran makanan halal yang sempat saya kunjungi sepanjang berada di sana. Disebabkan jadual kerja yang padat, bukan sepanjang 6 hari di sana tu saya sempat keluar makan, ada hari yang makan di bilik sahaja. Ini adalah 4 restoran Halal yang sempat saya kunjungi sepanjang di Seoul. Harap dapat membantu para travelers yang sebelum ini rasa sukar untuk temukan restoran makanan Korea Halal di Seoul.

Wednesday, October 9, 2019

MyKori Dessert Cafe Kulim: Lokasi Wajib Datang Penggemar Dessert!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang pernah dengar tak tentang MyKori? Sebelum ni saya pernah  dengar tentang dessert cafe ni sebab baru baru ni MyKori ada buka cawangan terbaru  di Sungai Petani. Dari apa yang saya tengok sambutannya memang hebat. Dengar kata kena beratur sampai ke luar kedai! Saya ni jenis yang tak berapa gigih untuk beratur panjang semata mata untuk makanan, jadi, awalnya memang tak ambik port langsung tentang MyKori ni (Ya saya tahu sangatlah ironik seorang yang nak jadi food blogger tapi tak mampu nak beratur untuk 'food').
Haritu masa kami dalam perjalanan nak beli barang di Giant Kulim, sambil dok borak dengan Hana, terkeluar pula topik MyKori ni. Nak dijadikan cerita rupa-rupanya di Kulim juga ada cawangan MyKori! dan lokasinya betul-betul bertentangan dengan Giant Kulim.

Friday, October 4, 2019

Wednesday, September 25, 2019

Bintang Malaysia: Karya Anak Muda Untuk Rakyat Malaysia
Bersempena dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, sekumpulan belia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah menghasilkan sebuah lagu berserta muzik video yang menampilkan nilai-nilai perpaduan kaum dan etnik di Malaysia. Lagu yang berjudul ‘Bintang Malaysia’ itu merupakan idea asal saudara Muhammad Syafiq Farhan Boo dan digubah oleh saudara Khairul Daniel (KD) serta melibatkan 7 orang penyanyi yang rata-ratanya boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Meernash, Aiman Thumb, Rhainnatasha, Anis Athilah, Priyashankari, Fidelia Johny serta Farhan Boo sendiri telah mengambil masa selama dua hari untuk rakaman vokal bagi lagu Bintang Malaysia tersebut dan hanya mengambil masa sehari bagi rakaman projek muzik video patriotik ketiga peribadi beliau.



Saturday, September 21, 2019

Kembara Sabah V.1 - Tabin Wildlife Resort | 2 Hari 1 Malam Mendekati Alam
Assalamualaikum & Hello Sunchasers! 11hb - 15hb September tempoh hari saya telah berkesempatan untuk menyertai Media FAM Trip ke Lahad Datu & Sandakan Sabah. Sedih terpaksa tinggalkan Hana untuk beberapa hari tapi pada masa yang sama, teruja untuk kenali rakan-rakan baru dan terokai keindahan alam Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Kalau ada yang ikut saya di Instagram (@Kimijamai) pasti perasan untuk gambar-gambar di Sabah tempoh hari, saya turut sertakan #VisitMalaysia2020 dan #VisitSandakan sebagai satu initiatif untuk mempromosikan produk produk perlancongan khususnya di Sandakan dan Lahad Datu, Sabah ini. Untuk perkongsian kali ini, saya ingin membawa korang semua masuk jauh ke dalam hutan, bebas dari sesak dan kekalutan bandar, untuk mendekati alam di Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu.



6 Makanan Tradisi Pantai Timur Kita Perlu Tahu!

Assalamualaikum readers | Negara kita Malaysia sememangnya popular dengan makanan. Sebut sajalah bila dan di mana, rakyat Malaysia pasti tidak akan menolak pelawaan untuk makan kan? Pernah berkunjung ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia? Apa istimewanya yang ada di sini? Menjadi kebiasaan di negara kita untuk mempunyai makanan tradisi masyarakat tempatan walau di mana sahaja kita berada dan negeri-negeri di Semenanjung Pantai Timur juga tidak terkecuali. Berikut adalah makanan tradisi yang popular di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Tuesday, September 17, 2019

Harley's Burgers & Roasters : Burger Segar Untuk Penggemar Burger Sejati
Assalamualaikum Sunchasers! Harap korang semua sihat walafiat dan dalam lindungan dan rahmat Tuhan ok. Saya baru sampai ke rumah selepas 5 Hari 4 Malam meneroka keindahan alam di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Akan saya tuliskan catatan sepanjang saya di sana dalam entri yang lain kerana entri kali ni adalah tentang makanan! 

Sejurus tiba dari Sabah, alang-alang dah berada di KL, saya buat keputusan untuk tambah satu entri bagi kembara makanan untuk Chasing The Sun ni dan kali ini pilihan saya adalah untuk cuba restoran burger yang diinspirasikan daripada In-N-Out Burger dari Amerika Syarikat di mana kesegaran bahan adalah fokus utama. Restoran yang saya maksudkan adalah Harley's Burgers & Roasters yang terletak di Cyberjaya.

Friday, September 6, 2019

Sandakan Food & Agriculture Festival 2019

Sandakan Food Festival Datang Lagi!

Assalamualaikum Sunchasers! Sandakan Food Festival kali ke-2 kembali lagi September ini setelah mendapat permintaan ramai selepas penganjurannya buat kali pertama, kali ini pesta ini datang dalam format baru yang merangkumi pengeluaran pertanian di Bandar Sandakan. Dikenali sekarang sebagai Sandakan Food & Agriculture Festival, ia akan menawarkan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan unik serta hasil pertanian tempatan yang dibawa dari pedalaman Sandakan.

Monday, September 2, 2019

Lopburi : 5 Perkara Perlu Tahu!
Wilayah Bunga Matahari Lopburi, Apa Yang Perlu Anda Tahu!
Assalamualaikum Sunchasers! Harapnya semua berada dalam keadaan yang baik dan semoga apa yang kita buat hari mendekatkan kita dengan impian dan cita-cita kita ok! Anyway, salah satu cita-cita saya untuk blog Chasing The Sun ni adalah untuk berada di halaman pertama di carian Google untuk seberapa banyak keyword yang boleh! Alhamdulillah, semakin hari semakin dekat dengan cita-cita kecil tu. Keyword yang sedang saya cuba untuk dapatkan perhatian google sekarang adalah 'makanan halal manila' dan 'makanan halal lobpuri'. Sekarang ni rasanya berada di halaman pertama ataupun kedua, goal kecil yang berjaya dicapai blog ni! Terima kasih kepada korang semua yang membaca juga ya. Doakan blog ni semakin maju selepas ni ya.

Friday, August 23, 2019

Lebih Pedas Dari Samyang 3X Spicy!

Aglio Olio BigBob Cafe Ini Lebih Pedas Dari Samyang 3X Spicy! 

Berita baik untuk para penggemar makanan pedas di sekitar utara! Kalau korang pernah rasa Samyang 3X Spicy dan korang rasa itu belum cukup pedas, marilah datang ke BigBob Cafe Bertam ni dan pesan Aglio Olio 3X Pedas, pasti korang takkan complain lagi dah! BigBob cafe ada beberapa cawangan di sekitar Pulau Pinang dan pertama kali saya cuba makan di salah satu cawangan BigBob ni adalah beberapa tahun yang lepas dan pada waktu tu memang jelas BigBob Cafe ni berada dalam kelas yang tersendiri untuk masakan western.

Monday, July 29, 2019

Hatyai Quick FoodHunting : 2 Hari 1 Malam
Food Hunting Ringkas Di Hatyai!
Assalamualaikum semua. Harap sesiapa yang baca ni, ke mana pun kaki korang melangkah, korang dalam keadaan yang baik dan dalam lindungan dan rahmat Tuhan. Saya sebenarnya baru sampai rumah dari trip ke Hatyai bersama Hana. Trip yang singkat, 2 hari 1 malam sahaja dan perancangan pun last minit. Memandangkan kami belum pernah dapat peluang untuk teroka, ataupun lebih tepat lagi buat 'foodhunting' di Hatyai, jadi inilah masa yang paling sesuai. Jangan risau, rasanya penulisan kali ni takkan sepanjang yang cerita cerita sebelum ni ok!


Wednesday, July 10, 2019

The Habitat Penang Hill : Fly Like A Colugo!

The Longest Flying Fox I’ve Ever Done!

Kepada korang yang suka menikmati nature sambil lakukan aktiviti outdoor, The Habitat Penang Hill patut masuk dalam bucketlist korang! The Habitat ni sebenarnya mcm satu taman rekreasi yang di dalamnya ada beberapa tarikan utama untuk pengunjung lawati iaitu The Colugo Zipline, Curtis Crest (viewpoint platform tertinggi di Penang) dan Langur Way Canopy Walk. Semua tarikan ni dibina so that pengunjung boleh layan dan hargai nature kat sini dengan pelbagai kaedah.

Saturday, June 29, 2019

The Bali Notes | Tips & Pengalaman Trip Bajet Di Bali
Assalamualaikum semua. terima kasih kerana sudi datang singgah ke travel blog kami ni. Alhamdulillah walaupun baru setahun jagung umur blog ni tapi sambutan dan sokongan yg diberikan sangat luar biasa, lebih lebih lagi di Facebook page Chasing The Sun yang dah reached lebih dari 100,000 org di Facebook. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang dah Like, Share & Comment di perkongsian kami di sana. Besar rupanya komuniti traveler di Malaysia ni.  Oleh sebab tu, kali ni saya nak kongsikan satu lagi kisah pengembaraan saya dan Hana, kali ni di bumi penuh keunikan adat resam, budaya dan alam, Bali. Lets call this catatan, The Bali Notes.

Tuesday, May 28, 2019

D.I.Y Trip To Thailand (Itinerary)

D.I.Y TRIP TO THAILAND | Bangkok-Kanchanaburi-Lopburi

Ini adalah solo travel pertama saya ke bumi Thailand selama 7 Hari 6 Malam. Pengangkutan yang dipilih adalah by Train 🚂 (Bukit Mertajam-Padang Besar-Hatyai-Bangkok) keseluruhan perjalanan adalah 22 jam. Total bajet adalah RM560 (exclude shopping). Rate : RM 1 = 8.02 Baht

Saturday, May 18, 2019

Pengalaman @ ESCAPE Park Penang | Tips

ESCAPE PARK PENANG yang dulu bukanlah yang sekarang!

Assalamualaikum. Siapa kata di utara Malaysia ni tak ada tempat-tempat sukan ekstrem? Haruslah ada. Baru-baru ini saya dan adik saya, Ika telah membuat keputusan untuk ke Penang Escape Theme Park yang terletak di Teluk Bahang. Macam tak sangka plan yang kerap disebut-sebut sejak tiga tahun lepas akhirnya tercapai juga. Nampaknya, plan last minute juga yang selalu berhasil. Walaupun harga tiket untuk masuk ke Escape ni agak mahal namun saya rasa berbaloi dan puas hati sangat. Memang betul-betul escape dari dunia reality sekejap! Di sini saya akan kongsikan beberapa tips dan trick jika anda mahu ke Escape Penang supaya short escape anda lebih berbaloi! (UPDATE TERBARU ESCAPE PARK)


Friday, May 10, 2019

Gopeng Glamping Park & White Water Rafting | A MUST TRY

1st time ever doing Glamping and White Water Rafting

and I can say inshaAllah this will not be the last one! All thanks to the awesome comrade of MP and the very friendly and helpful staff at Gopeng Glamping Park and Radak Adventure. Definitely a great experience and worth the money!

Saturday, April 27, 2019

Bihun Sup & Cendol Pulut Durian Best Di Sungai Petani!

Bihun Sup Daging Overload!

Born & Raised in SP| Sebagai seorang penduduk Sungai Petani (SP), setiap kali ada rakan-rakan yang datang singgah atau 'berjalan' di SP bertanyakan kepada saya soalan "Kat mana yang best nak makan kat SP?", pasti sukar sekali saya nak jawab soalan tu. Bukan sebab kat SP ni banyak sangat tempat makan yang best sampaikan saya tak tahu nak mula dari mana, ataupun bukan juga sebab SP ni langsung tak ada tempat makan yang best, tetapi isunya disini saya sendiri yang tak banyak explore SP ni dari sudut keistimewaan tempat makan/restoran/warungnya.

Friday, April 26, 2019

Sunday, April 14, 2019

Honeymoon in Seoul - Winter 4D3N Itinerary (and bonus for Spring)

Why you should consider honeymoon in the city – especially, Seoul Korea?

Ramai tak memilih untuk berbulan madu di bandar besar seperti Seoul, “Sesak, crowded”, kata mereka. Honeymoon adalah masa untuk bersenang-senang, lari dari kesibukan bandar. Namun Seoul bukanlah bandar yang anda patut elakkan sebagai destinasi berbulan madu. Kesibukan kota Seoul tidak akan menjejaskan percutian romantik anda dan si dia. Perkembangan ekonomi Korea Selatan tidak memberi kesan kepada historical dan cultural negara tersebut disebabkan kerajaan negara tersebut sangat menitikberatkan preservation and conservation of these things, thus, Seoul is the city where the past and present coexist

Monday, April 8, 2019

The Treasured Island: Samoa | Perkara Perlu Tahu Sebelum Korang Pergi Pulau Samoa!
How would I describe Samoa in one word?
"Unique"

Pernah kah anda mendengar tentang negara bernama Samoa ini? Saya rasa, Samoa ini bukan lah destinasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Honestly sebelum bercadang untuk join trip ni, saya sendiri pun satu habuk tak tahu tentang negara ini. Adalah sedikit online research yang saya buat sebelum pergi supaya tak completely jadi rusa masuk kampung. Bimbang jugak rasa pada awalnya sebab melalui online reading, Samoa ni nampaknya agak berbeza sedikit in terms of culture berbanding tempat tempat yang saya pernah lawati sebelum ini. Mereka agak traditional dan sangat menitikberatkan soal adat budaya. Walaupun ada federal government in place, tetapi negara ini sangatlah village-centric di mana penduduk penduduknya belong kepada kampung-kampung tersendiri. Untuk setiap kampung pulak, akan ada 'matai' iaitu chief, dan ada pula village village rules nya. Jadi, trip kali ini sememangnya adalah one of a kind, dan lain dari yang lain. Saya bagaikan ke sebuah negara orang asli, yang kewujudannya kurang diketahui di mata dunia!

Saturday, March 9, 2019

Bertam Eco Residence | Living Like A Boss!

Bagi segelintir orang, rumah merupakan tempat berteduh dan beristirehat sementara menunggu hari berlalu dan memulakan rutin harian pada keesokan harinya.

Namun, ada juga yang menginginkan sebuah kediaman yang dapat memberikan ketenangan dan sedap mata memandang. Bertam Properties Sdn. Bhd,pemaju perumahan yang tidak asing lagi kepada penduduk di kawasan utara tanah air kini tampil lagi dengan projek terbaru mereka iaitu Bertam Eco Residence yang terletak di bahagian utara Kepala Batas. Menurut Pengurus besar BPSB, projek perumahan ini dilengkapi dengan sebuah taman rekreasi bercirikan wetlands dengan sebuah tasik di tengah-tengah.

Tuesday, February 26, 2019

Itinerary Trip Bajet 4Hari 3Malam di Bali! (UNDER RM900)

Ini Itinerary Ringkas Percutian Kami Di Bali Mengunakan Supir dan Motor Selama 4Hari 3Malam! (Kisah Penuh Trip CTS Di Bali)

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dan isteri, Hana ke Bali baru-baru ini selama 4 hari 3 malam. Pada mulanya kami bercadang untuk menggunakan servis supir sahaja sepanjang di sana. Tapi, last minute change of plan, disebabkan banyak yang kata kena try round Bali naik motor kami pun ambil keputusan untuk gunakan supir bagi pickup airport dan hari pertama sahaja kemudian sewa motor for the last 2 days sebab nak explore Bali dengan sendiri.
Utk perkhidmatan supir, kami guna servis dari syarikat Avriel Yantohood, supirnya bernama Pak Black. Memang tiptop servis dia, harga murah dan tiada masalah mencari makanan halal dan solat. Pak Black ni super knowledgeable tentang adat resam dan budaya orang-orang di Bali, jadinya banyak ilmu yg dikongsikan.Sekarang tahulah sikit tentang festival Nyepi , Ogoh Ogoh dan byk lagi sejarah sejarah dan mitos mitos masyarakat di sana.
Untuk sewa motor pula, kami pre booked daripada website klook.com.Berbaloi ambil dekat klook sebab harga murah plus ada banyak kupon. Kat bawah ni saya kongsikan iti kami. (Cerita Penuh Trip Kami Di Bali)

🚌 Sp-TBS : RM40.00
✈️Tbs-KLIA2 : RM11.40(Jetbus)
🏢Hotel for 3 nights : RM167.50 per pax
🛫Return Flight - RM189.00 (promo Air Asia)
🚑AXA insurans- RM12.00 per person
🛵Sewa motor - RM22.00 per day for 2 days from klook.com (please search for Klook coupon before you check out)

🌹20hb Feb🌹
(kami tiba jam 10 p.m.)
🛬Airport- T&J room, Seminyak : 150k
🍛Dinner nasi padang- 115k for 2 pax
*menurut supir kami, make sure pilih sendiri lauk masa masuk restoran tu, kalau pekerja yg serve, harganya jadi mahal. Mereka akan charge makanan yang tak dimakan sekali

🌹21hb Feb 🌹
🌅Sunrise at Pantai Sanur
🗻Gunung Kawi Temple: 30k per pax
*kena turun naik mini bukit sikit
🌋Kintamani and Lake Batur
*bawak sweater kalau pergi waktu pagi
*boleh makan buffet di Grand Batur Sari - 100k per pax. Banyak choice makanan dan view superb
👜Hunting for beg rotan at Ubud
👝Shopping at Agung Bali
🛵Pusing-pusing Kuta town
🌊Jalan-jalan Pantai Seminyak(sebelahan Pantai Kuta)
🌅sunset at Kuta Beach
🍗Dinner Wong Solo
harga supir for the day : 600k
Sim card 7gb : 150k
*pada hari pertama, plan kami lari sikit sebab hujan lebat, hampir banjir sekitar Ubud

🌹22hb🌹
🌾Tegallalang Rice Field : free entrance
Bali Tegallalang Swing : 150k for 2
*memang berbaloi, kena try! (Nego harga!)
Tol- 50k *tersesat jalan ambil highway lalu tol sebab ralik tengok Monumen Garuda yang besar gila even dari jauh pun boleh nampak
Minyak : 20k
🕌Masjid Agung Palapa
🦅Garuda Ngurah Rai
🏞 Sunset at Uluwatu Temple : 30k
*make sure jalan sampai hujung sebab ada view cantik
🍗Dinner Ayam Penyet Surabaya : 76k for 2 pax

🌹23hb🌹
🏞Tanah lot : 60k (parking: 3k)
*shopping sini okeyla murah jugak
🛫Hotel-aiport : 69k
*guna GoCar di sini
Total Ground habis: RM 417.00
Total all in termasuk flight : RM858.00
Itinerary by Hana. 

Saya akan kongsikan banyak lagi cerita-cerita kami sepanjang disana. Entri ini sekadar ingin berkongsi itinerary straightforward yang boleh dijadikan rujukan kalau korang nak travel ke bali dengan bajet bawah RM900. Jumpa lagi di lain Entri!

By Hana Kimi

Sunday, February 17, 2019

Caravan Guide 101: The New Zealand Journey

Tentu anda semua pernah mendengar tentang percutian menaiki caravan bukan? 


Seronok ke travelling menggunakan caravan ni? Berbaloikah menaiki caravan daripada menaiki kenderaan biasa dan tidur di hotel atau Air Bnb? Mencabar kah percutian caravan ni? Dalam entry ini saya bakal menceritakan perkara-perkara yang perlu anda tahu sebelum memilih percutian caravan sebagai percutian pilihan anda, juga beberapa tips untuk percutian menggunakan caravan! Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menaiki caravan selama 7 hari mengelilingi North New Zealand. So kepada yang berminat, stay tuned!

Sunday, January 20, 2019

The Korea Manual : Perkara Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Korea Selatan!

Winter Korea - What Do You Need to Prepare?

Selamat Tahun Baru kepada anda semua semoga tahun 2019 ini membuka lebih banyak peluang kepada anda untuk keluar melihat negara luar sambil menikmati kebesaran-Nya. Seperti yang anda tahu, menjelang akhir tahun sehingga bulan ke-tiga tahun berikutnya merupakan musim sejuk/musim salji di Korea. Untuk post kedua ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang persiapan sebelum bercuti ke Korea pada musim sejuk ini. Pada tahun 2018, musim sejuk di Korea bermula agak awal dan salji pertama turun seawal bulan Oktober. Seperti yg saya sebutkan di post sebelum ini, suhu di ibukota Seoul pada bulan Januari boleh menjangkau -20C dan suhu tertinggi sekitar 6C. Oleh itu, perasaan berada di luar bangunan pada siang hari boleh diibaratkan seperti berada di dalam freezer yang ada di rumah kita, ditambah dengan kipas angin pada level maksima. Pada sebelah malam, bayangkan saja kesejukan pada siang hari di gandakan. Sejuk yang teramat, tetapi anda harus mengalamaninya paling kurang sekali dalam seumur hidup. Sesungguhnya pengalaman yang bermakna bagi kita yang datang dari negara Tropika.

Disebabkan tidak pernah mengalami musim sejuk di Malaysia, apa yang kita harus sediakan sebelum bercuti musim sejuk di Korea? Untuk post kali ini saya bukan saja nak share tips untuk persiapan Korea saja, tetapi juga boleh diguna-pakai untuk negara lain juga.


PAKAIAN
"Berapa helai pakaian saya kena bawa?""Tebal mana jaket yang patut saya beli?"
Persoalan ini yang paling kerap ditanya oleh mereka yang pertama kali bercuti musim sejuk. Untuk suhu sebegitu, seberapa tebal perlu anda pakai untuk mengekalkan suhu badan anda? Jawapannya, terpulang kepada anda. Adakah anda jenis yang tidak tahan sejuk? Sebagai contoh pada musim hujan saja anda tidak memasang kipas apatah lagi penghawa dingin dengan alasan, sejuk. Atau anda jenis yang tahan sejuk tetapi tak tahu sejuk di Korea takat mana? Okay, saya sarankan anda menyediakan 3 perkara wajib di bawah;

1) Heattech atau Long John | Heattech adalah baju dalam yang dipakai sebelum baju harian. Ianya terdiri daripda baju t-shirt lengan panjang dan seluar panjang seakan legging. Heattech diperbuat dari bahan serat (fiber) yang mampu mengekalkan kelembapan/suhu badan anda. Anda akan mudah merasa sejuk apabila suhu badan anda adalah sama dengan suhu di sekitar anda. Jadi, untuk mengelakkan anda merasa sejuk yang teramat di musim salji Korea, pastikan suhu badan anda terkumpul iaitu dengan cara memakai pakaian yang tebal atau pakaian yang diperbuat dari bahan fiber dan wool (bulu). 

Anda boleh dapatkan heattech terbaik di Uniqlo berdekatan anda atau kedai barangan travel seperti Universal Traveller dan Winter Time dengan harga sekitar RM40 - RM120 sehelai, dan RM100 - RM300 sepasang. Sekiranya anda mempunyai bajet yang sedikit, anda boleh beli sacara online melalui Shopee atau Lazada. Tentunya kualiti tidak setanding Uniqlo dan lainnya, tetapi untuk sekali pakai, ianya sangat berbaloi dan menjimatkan. Sekiranya anda tidak memiliki Heattech, anda boleh menggunakan alternatif lain seperti memakai inner sukan atau inner wanita bersama t-shirt lengan panjang.

Berapa helai kena bawa? Bagi saya, sehelai legging Heattech dan dua helai t-shirt Heattech sudah memadai. 

2) Sweater atau baju lengan panjang | Kedua ini merupakan pakaian asas untuk anda. Sweater boleh dipakai bersama t-shirt biasa atau t-shirt Heattech anda. Sekiranya anda ingin tampil cantik dan bergaya, saya cadangkan anda membeli baju lengan panjang yang di perbuat dari wool atau fleece. Apakah beza fleece dan wool? Fleece adalah bulu yang diambil terus dari haiwan dan digunakan untuk membuat pakaian, manakala wool adalah bulu yang telah di proses dan di campur dengan beberapa bahan lain sebelum digunakan sebagai bahan membuat pakaian. Terdapat satu lagi jenis bulu iaitu bulu sintetik; bulu yang tidak datang dari haiwan. Apa kepentingan memakai baju yang diperbuat dari bulu? Bulu dapat mengekalkan suhu badan anda sekaligus membuatkan tubuh badan anda berasa hangat.

Berapa helai kena bawa? Sekiranya anda travel sebagai backpacker, dua pasang sweater sudah cukup. Sehelai dipakai semasa menaiki kapal terbang, dan sehelai lagi sebagai alternatif semasa di destinasi nanti. Tidaklah terlihat boring memakai sweater yang sama setiap hari. Tetapi sekiranya anda sejenis yang pentingkan penampilan, terpulang kepada anda untuk membawa seberapa banyak sweater atau baju lengan panjang yang anda ada.

3) Coat atau jaket tebal | Agak mustahil untuk anda bercuti ke Korea pada musim sejuk sekiranya anda tidak memiliki Coat atau Jaket yang tebal. Mungkin ianya tidak mustahil sekiranya anda memakai 5 hingga 6 lapisan pakaian. Tetapi, nak ke anda memakai 5,6 lapisan pakaian setebal kuih lapis? Pastinya, tidak, kan? Jadi, saya wajibkan anda membawa sekurang-kurangnya sehelai coat. Sama seperti Heattech, anda boleh dapatkan di Uniqlo, Universal Traveller dan Winter Time tetapi dengan harga yang agak mahal iaitu sekitar RM300 – RM2000. Tetapi, anda tak perlu risau kerana Shopee dan Lazada ada. Atau alternatif lain, anda boleh mengunjungi bundle berdekatan anda untuk membeli dengan harga yang jauh lebih murah. Tidak perlu membazir untuk membeli coat yang hanya dipakai sekali percutian sahaja. Lain lah jika anda ada bercadang untuk bercuti musim sejuk di tempat lain pula pada masa akan datang.

Apakah ciri-ciri coat yang anda perlu bawa? Jawapannya, terpulang kepada cita rasa anda, yang penting coat yang anda beli adalah sesuai untuk cuaca musim sejuk dan bukan untuk kegunaan musim luruh. Kerana ketebalan bagi coat kedua musim ini adalah berbeza disebabkan perbezaan suhu. Antara jenis-jenis coat yang popular adalah; 
Padded Jacket
 Parka
Wool Jacket

Kelebihan menggunakan Padded Coat seperti gambar diatas adalah ianya kalis air dan sekiranya hujan atau ketika salji turun, anda tidak perlu risau air yang sejuk akan meresap masuk ke pakaian anda. Tetapi, memakai padded coat membuatkan anda kelihatan lebih besar. Saya secara peribadi tidak berminat pada padded coat disebabkan perkara ini kerana sudah semestinya wanita suka bila kelihatan kecil dan tinggi. Kelebihan Parka dan Wool Jacket pula, anda terlihat lebih bergaya dan kurang puffy. Tetapi, beberapa parka dan wool jacket adalah tidak setebal padded jacket, jadi anda harus bijak mencari parka dan wool jacket yang tebal untuk lebih praktikal disamping bergaya.

Berapa helai kena ada? Satu. Sekiranya anda ingin menukar penampilan, anda boleh bertukar dengan rakan atau ahli keluarga anda. Atau, anda boleh beli coat yang baru di Korea kerana harganya agak berpatutan iaitu RM120 - RM400 di kawasan shopping berdekatan universiti seperti Hongdae dan Edae.


SARUNG TANGAN
Tangan adalah bahagian tubuh yang paling banyak terdedah dengan udara yang sejuk selain muka dan kepala (bagi lelaki). Pernahkah anda memegang ais terlalu lama sehingga tangan anda berasa sangat panas dan seakan tidak berasa apa-apa? Situasi yang sama akan terjadi sekiranya anda tidak menggunakan sarung tangan atau mengeluarkan tangan anda dari poket jaket untuk tempoh yang lama. Saya sarangkan anda menyediakan paling kurang sehelai sarung tangan Daiso yang berharga RM5.90 sahaja. RM5.90 anda akan menyelamatkan tangan anda dari beku yang akan sekaligus menghilangkan mood anda untuk menangkap gambar menggunakan Handphone anda.
Saya personally suka sarung tangan yang boleh digunakkan untuk touch screen seperti diatas, jadi saya tak perlu membuka sarung tangan setiap kali nak menggunakkan handphone.


SCARF / MUFFLER
Apa yang terjadi sekiranya hidung dan mulut anda terdedah dengan udara sejuk terlalu lama? Hidung anda akan bertukar merah seperti badut dan sukar untuk bernafas, manakala bibir akan merasa seolah-olah beku sehinggakan anda megalirkan air liur secara tidak sengaja dan ianya sukar untuk dikawal. Jadi untuk bahagian muka, anda boleh menggunakan scarf atau muffler dan lilitkan di bahagian leher anda kemudian tarik sedikit ke muka sehingga menutupi bahagian hidung dan mulut anda. Sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang lebih, anda boleh menggunakan mana-mana shawl cotton atau pashmina anda. Dan alternatif lain adalah dengan menggunakan face-mask seperti gambar oppa dan nuna Korea. Mask di bawah saya beli di Mr. DIY dengan harga RM1.80 dan mempunyai 10 helai mask. Good deal!


EARMUFF
Untuk lelaki atau yang tidak bertudung, anda boleh melindungi telinga dengan earmuff yang juga boleh didapatkan di kedai-kedai di kaki lima atau di dalam stesen subway/train di Korea. Kerana telinga juga adalah anggota badan yang perlu dilindungi daripada membeku atau bertukar merah seakan goblin. Alternatif bagi earmuff adalah beanie.


HEAT PACK
Sekiranya anda berdegil untuk tidak mahu memakai sarung tangan, anda boleh menggunakan heat pack seperti gambar dibawah. Anda boleh mendapatkan heat pack ini di Daiso berdekatan anda dengan harga RM5.90 untuk 8, 6 atau 3 helai, bergantung kepada saiz. Di Korea, anda boleh mendapatkan heat pack pada harga serendah 800won sehelai, iaitu sekitar RM3. Cara menggunakan heat pack ini senang sahaja. Keluarkan heat pack dari plastik dan goncangkan hanya ketika anda ingin menggunakannya. Goncang sehingga anda mula merasa kehangatan dari heat pack tersebut. Satu heat pack boleh bertahan sehingga 8 jam. Anda boleh meletakkan heat pack di dalam poket jaket anda dan menggunakkannya ketika tangan mula berasa sejuk. Atau anda boleh meletakkan di mana-mana bahagian tubuh yang kerap terasa sejuk seperti betis, tapak kaki dan lain-lain.


BOOTS
Saya cadangkan anda menggunakan boots atau kasut yang mempunyai tapak yang kasar untuk memudahkan anda berjalan dipermukaan ais. Salji yang sudah lama di atas permukaan jalan, akan bertukar menjadi ais dan membentuk permukaan yang sangat licin. Anda boleh dapatkan boots yang bergaya dengan harga berpatutan di Zara atau H&M dengan harga sekitar RM80 keatas. Sekiranya anda inginkan boots yang berkualiti, anda boleh dapatkan boots Timberland atau Dr. Martens bermula dari RM350. Atau, anda boleh dapatkan boots yang jauh lebih murah di Shopee atau Lazada. Saya masih menggunakan Hawkeye’s boots yang saya beli pada tahun 2012 dengan berharga RM230 sehingga sekarang. Boots ini tidak mempunyai tapak yang mencengkam tetapi mamadai untuk cuaca yang sejuk kerana fabriknya adalah kulit yang agak tebal dan selesa dan yang paling penting kalis air.


SARUNG KAKI
Sila dapatkan sarung kaki yang diperbuat dari bulu kerana disamping menghangatkan kaki, fabrik berbulu dapat mengelakkan kaki dari berpeluh. Anda boleh dapatkan sarung kaki berbulu di Sox World dengan harga sekitar RM30-RM60 sepasang. Anda juga boleh memakai sarung kaki yang diperbuat dari cotton, tetapi keburukan dari sarung kaki cotton adalah kaki akan kerap berpeluh. Oleh itu, anda perlu menukar sarung kaki sekurang-kurangnya sehari sekali. Tetapi anda tak perlu risau untuk membawa sarung kaki cotton yang banyak, kerana anda boleh mendapatkan sarung kaki comel di Korea dengan harga serendah 550won sehelai, iaitu lebih kurang RM2. Dengan boots yang saya sebutkan diatas, saya hanya menggunakan sarung kaki biasa yang diperbuat dari kain cotton dan hanya membawa sehelai sarung kaki dari Malaysia dan selebihnya saya borang di Korea.


UBAT-UBATAN
Pada perubahan cuaca dan suhu, badan kita memerlukan masa untuk beradaptasi. Sesetengah orang akan mengalami tidak balas seperti demam, selsema dan batuk. Sesetengah orang yang mengalami alahan seperti asma dan resdung juga berkemungkinan untuk mengalami sedikit ketidak-selesaan. Oleh itu saya cadangkan anda membawa ubat-ubatan dari Malaysia yang sudah semestinya jauh lebih murah dari Korea dan terjamin kandungannya. Untuk membeli ubat-ubatan di Korea, anda perlu memahami tulis Korea untuk mengetahui isi kandungan ubat tersebut, tetapi di Malaysia ianya jauh lebih mudah. Sediakan payung sebelum hujan. Dengan mengambil langkah sebegini, anda dapat berjimat dan dapat mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingin berlaku, seperti terpaksa dimasukkan wad atau sebagainya.

Bonus kepada post kali ini, saya cadangkan anda membeli polisi Travel Insurance sebelum bercuti ke Korea atau kemana-mana sekalipun tidak kira di luar atau di dalam negara kerana malang tidak berbau. Anda mahukan pengalaman percutian yang indah bukan? Jadi, pastikan perjalanan anda dilindungi dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda tidak perlu risau.

Okay, sekian sahaja dari saya untuk post kali ini. Saya akan bercuti ke Korea pada 19hb hingga 27hb Januari 2019 dan saya akan berkongsi lebih banyak lagi di blog peribadi saya dan juga di www.chasingthesuns.com. Jadi, stay tuned sehingga post akan datang, iaitu pada 17hb setiap bulan. Kan boss? Hehe.

By Chasing The Sun Guest Writer




Keperluan Asas Musim Sejuk Korea, Korea, Makanan Halal Korea, Musim Salju Korea, Winter Korea,