Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, January 3, 2022

Chasing The Sun masuk The Star!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | This entry will be a short one! Just nak share dengan korang yang sentiasa datang baca dan support CTS. Recently on the 1st of January 2022, Hana Kimi from CTS got featured in The Star Newspaper untuk segment travel diorang. Sebenarnya 2 minggu lepas lagi kami di contact oleh Chester daripada The Star berkenaan article ni. Chester sempat interview kami dan seterusnya proceed kepada article ini. 

Sebagai travel blogger yang masih baru dalam industri ini, kami sangat bangga dan berbesar hati bila akhbar sebesar The Star sudi untuk feature kami dalam salah satu segment diorang. Thank you so much The Star and Chester. Dan juga thank you so much korang yang sentiasa doa dan sokong perjalanan Chasing The Sun ni. Cheers to more great adventures in 2022 okay! Lets joms!




Hotel Tour #15 : Rimba Jonker Melaka Heritage Residence | Untuk Yang Mahu Experience Jonker Street Sepenuhnya!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni masih lagi sorotan daripada annual year end trip kami ke Melaka tempoh hari. Untuk entri ini kami ingin berkongsi dengan korang sedikit sebanyak tentang hotel cantik yang kami stay untuk satu malam di kawasan Jonker Street. Hotelnya adalah Rimba Jonker, Melaka Heritage Residence yg terletak kurang 5 minit dari pintu gerbang Jonker Walk. Sangat strategik! Kalau nak diikutkan, Rimba Jonker ni lebih kepada apartment suites instead of hotel room, tapi still kalau nak book, diorang available jer dekat Booking.com. 

Terletak berdekatan dengan Jonker Street, tempat ni sebenarnya sebuah rumah kedai bangunan heritage yang ditukar completely menjadi sebuah hotel suite. Technically ada tiga buah bilik, tapi setiap bilik tu  ada loteng yang turut disediakan katil and setiap bilik ada 3-4 katil queen. So, Rimba Jonker ni memang sesuai sangat untuk korang yang nak datang 10-15 orang.

Interior Design & Decoration
Kalau korang sukakan Industrial + Rustic design, korang akan sukakan interior Rimba Jonker ni. Walaupun ianya rumah kedai bahagian tengah, bila korang masuk ja ke dalam, langsung tak rasa sempit atau rasa mcm hotel ni diapit, sebab dari ruang tamu depan memang takda dinding langsung hingga ke bilik pertama ditingkat bawah. Banyak juga sudut yang diorang mengunakan pencahayaan natural dari luar untuk buat ruangan dalam ni rasa lebih luas. Unsur unsur nature juga ada, yang mana korang boleh tengok sewaktu menaiki tangga dari tingkat satu ke bilik-bilik di tingkat 2. You will love the interior!