Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, September 25, 2022

Assalamualaikum & Hello sunchasers | Pada entry kali ini saya akan share beberapa tempat yang korang boleh pergi sekiranya bercuti ke Semporna, Sabah. Harapnya menjawab lah persoalan korang yang masih tercari-cari tempat-tempat best untuk dilawati di Tawau & Semporna tu yer.

1. Jalan- Jalan di Pasar Malam Jalan Chester, Tawau Sabah

Kalau korang sampai ke Tawau awal dan ada sedikit masa lagi sebelum bergerak ke Semporna, korang boleh pusing-pusing kejap di pasar malam ini. Lebih kurang sama macam tempat kita tapi uptown style la, tutup lewat. Boleh la jalan-jalan kalau ada apa-apa lagi yang perlu dibeli sebelum bertolak ke Semporna sebab nanti dah duduk atas laut tu, kalau x bawa shade ke topi ke memang susah ye nak cari kat sana. Nanti tak lengkap pulak nak OOTD kan. 


2. Makan Nasi Lalap & Ais Kacang

Dekat Tawau, rata-rata kedai ada jual nasi @ nasi goreng lalap. Basically dalam set ni akan ada nasi @ nasi goreng, ulam ulaman, telur mata kerbau dan dan ayam goreng. Kalau korang dah ambil nasi lalap jangan pulak pergi order ayam goreng asing, nanti dapat double ayam sebab nasi tu dah sekali dengan ayam goreng. Boleh jugan ganti nasi dengan indo mi. Kalau korang nak try nasi lalap ni, kami nak recommend satu gerai sahabat kami di pekan tawau iaitu Nasi Lalap & Ais Kacang. 



3. Mee Tauhu, Tawau

Tak sah kalau pergi ke Tawau dan tak rasa signature dish kat sana, bukan? Sebelum gerak ke Semporna kami sempat singgah dulu di satu restoran mi tauhu yang agak famous di Tawau. First time juga kami rasa mi tauhu ni, agak unik rasa dia, tak pernah terfikir kan boleh ada gabungan mi goreng kicap dan kuah tauhu pekat.

4. Hiking di Pulau Bohey Dulang

Yang dah sampai ke Semporna tu, tolong lah naik ke Bohey Dulang. Tak tipu, memang penat sangat dan rasa nak give up sebab tak sampai-sampai ke puncak. But trust me, pemandangan kat atas tu cantik sangat and berbaloi all the effort mendaki! Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang pengalaman kami mendaki bukit Bohey Dulang, boleh baca post kami di SINI. Nampak tak betapa bestnya Bohey Dulang sampai kami terpaksa buat post asing untuk cerita tentang pengalaman kami mendaki. Naik jangan tak naik ya!




5. Snorkeling di pulau-pulau cantik di Sabah

As we all know, dekat Semporna ni ada banyak pulau-pulau kecil. Tetapi, sekiranya korang kesuntukan masa dan tak boleh nak cover all of the islands, please make sure that you narrow down your selection to pulau-pulau yang ada banyak coral yang cantik dan unik. Antara pulau-pulau yang korang wajib pergi ialah Pulau Sibuan, Pulau Mataking Besar & Kecil, Pulau Bohey Dulang, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Pom-Pom, Pulau Timba-Timba dan Pulau Matabuan. Peronally, kami suka sangat pengalaman snorkeling di Pulau Pom-Pom. Rasanya coral dan ikan paling cantik di sini! Air laut di sana pula tak payah cakap la, warna biru turqiose seluas mata memandang. Kadang-kadang kita rasa macam cetek je kawasan yang nak snorkeling tu sebab boleh nampak dasar laut dari atas boat, tapi bila dah masuk dalam air baru tau dalam sebenarnya. Disebabkan air kat sana sangat jernih, boleh nampak sehingga ke dasar laut!

Antara aktiviti-aktiviti air yang selalu orang buat di Semporna ialah snorkeling, free diving dan scuba diving. Memang rasa seronok join ikan-ikan berenang, macam ada a whole different world down there. Korang juga boleh try kayaking dengan menggunakan transparent canoe, best boleh nampak ikan-ikan kat bawah masa sedang berkayak. 



6. Makan seafood di DNR Santai Cafe, Semporna

Dah datang ke pulau ni tak lengkap lah kan sekiranya tidak mencuba seafood di Sabah. Kepada yang craving seafood gemuk-gemuk dan fresh boleh berkunjung ke DNR Santai Cafe yang terletak berdekatan dengan kem askar. Banyak pilihan seafood di sini, dan yang paling best sebab semuanya fresh dan harga pun murah.

7. Shopping Souvenirs di Pemborong Kristal Mutiara by Emas Bangkok Murah

Sebelum berlepas pulau, boleh la singgah dahulu di kedai mutiara asli untuk beli souvenirs seperti gelang mutiara, butang baju melayu mutiara, keronsang, keychain, fridge magnet dan sebagainya di sini. Kedai yang kami pergi ni dekat cornet lot, sign board warna pink.

8. Bergambar di I Love Tawau

Kalau sempat, korang boleh juga ambil gambar di one of the landmarks in Tawau yang ada tulis perkataan Tawau sebagai kenang kenangan.


9. Shopping di Pasar Tanjung

Sebelum balik ke Semenanjung, korang wajib pergi Pasar Tanjung untuk beli barangan kering seperti ikan bilis, ikan masin, amplang, kuih cincin dan macam-macam lagi. Pokoknya kalau korang ke Tawau, dan tak singgah di Pasar Tanjung memang confirm kena marah dengan mak nanti sebab tak beli ikan bilis mata biru murah. Macam-macam makanan yang hanya ada di Sabah pun boleh dapat di sini. Bagi kami yang penggemar amplang ni siap suruh dia masukkan dalam kotak lagi untuk dibawa balik ke Semenanjung.





Sekian sahaja daripada kami untuk entry kali ni. Memang puas hati sangat trip kami ke Sabah kali ni dan yang pasti kami memang tak akan boleh move on dengan kebiruan air laut turqoise di Semporna. Selamat bercuti ke Sabah negeri di bawah bayu!



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: