Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, September 2, 2019

Wilayah Bunga Matahari Lopburi, Apa Yang Perlu Anda Tahu!
Assalamualaikum Sunchasers! Harapnya semua berada dalam keadaan yang baik dan semoga apa yang kita buat hari mendekatkan kita dengan impian dan cita-cita kita ok! Anyway, salah satu cita-cita saya untuk blog Chasing The Sun ni adalah untuk berada di halaman pertama di carian Google untuk seberapa banyak keyword yang boleh! Alhamdulillah, semakin hari semakin dekat dengan cita-cita kecil tu. Keyword yang sedang saya cuba untuk dapatkan perhatian google sekarang adalah 'makanan halal manila' dan 'makanan halal lobpuri'. Sekarang ni rasanya berada di halaman pertama ataupun kedua, goal kecil yang berjaya dicapai blog ni! Terima kasih kepada korang semua yang membaca juga ya. Doakan blog ni semakin maju selepas ni ya.
Kali ni saya akan kongsikan sedikit info berkaitan dengan lokasi pertama saya dan Hana travel berdua pada tahun lepas, Lopburi Wilayah Bunga Matahari. Berdasarkan pengalaman kami dua hari di sana, saya nak kongsikan, 5 perkara yang korang kena tahu sebelum pergi ke Lopburi supaya korang boleh atur perjalanan korang di sana dengan lebih baik. Ini hanya berdasarkan pengalaman kami sahaja ya, jadi jika ada perkara-perkara yang tidak disebut dalam ni korang boleh kongsikan view korang di bahagian komen di bawah ya.

1. Musim Bunga Matahari
Kebanyakkan orang dari Malaysia datang ke Lopburi untuk melihat ladang Bunga Matahari yang memang nyata seluas mata memandang dan memang satu pengalaman yang saya sendiri amat sarankan kepada korang yang travel untuk nature. Jadi, korang kena lah pastikan timing korang tu tepat pada waktu bunga matahari ni mekar, matang dan kembang, barulah puas hati tengok! Musim Bunga Matahari adalah bermula November sehinggalah Januari setiap tahun. Kami pergi tahun lepas pada bulan Disember dan bunga mataharinya memang sedang berkembang molek! Jadi saranan saya, pergi di pertengahan musim lah ya untuk lebih jaminan bunga sudah kembang dan belum kering, Disember adalah yang terbaik!
2. Tarikan Di Lopburi?
Tarikan utama di Lopburi ni memang sudah jelas adalah ladang Bunga Matahari nya, selain dari itu sebenarnya terdapat juga tinggalan kuil purba yang korang boleh lihat di sekitar bandar Lopburi, antara yang paling popular ialah Prang Sam Yod ataupun turut dikenali sebagai the Monkey Temple, memang banyak gila monyet kat situ. Kepada yang takut monyet, sila berhati hati ya. Kalau korang plan nak datang ke Lopburi pada hujung November, korang juga boleh sertai Lopburi Monkey Festival yang diadakan pada Ahad terakhir November. Secara peribadi saya sendiri tak pernah sertai festival ni tapi daripada apa yang saya tahu,  semasa Lopburi Monkey Festival ini penduduk tempatan serta pelancong akan berikan makanan yang banyak kepada monyet-monyet di sekitar Lopburi. Itulah tiga perkara yang menjadi tarikan utama di Lopburi. Mungkin tak sebanyak mana tarikannya kalau nak dibandingkan dengan Bangkok, tetapi bagi saya, ada sesuatu yang istimewa tentang bandar kecil Lopburi ni dan amat saya sarankan untuk korang datang sini walaupun sekejap!
3. Berapa Hari Yang Diperlukan?
Semasa trip kami tahun lepas, kami habiskan dua hari di Lopburi, tetapi, apa yang membuatkan kami spent dua hari adalah hotel yang kami inap sewaktu di sana. Hotelnya adalah The Paklop Resort, kelebihan utama hotel ni adalah, harga agak murah tetapi dapat penginapan yang sama taraf dengan hotel mewah (di Malaysia). Dengan harga RM120 (kadar tukaran ketika trip kami tahun lepas), kami dapat sebuah bilik hotel mewah, dengan bath tub, private garden, swimming pool, private parking serta interior design yang memang terasa seperti hotel berbintang bintang di Malaysia. Jika bukan kerana hotel tu, sehari sebenarnya sudah memadai untuk teroka sekitar Lopburi ni. Mungkin korang boleh jadikan Bangkok sebagai lokasi utama dan Lopburi sebagai salah satu hentian dalam itinerary korang.
4.Makanan Halal Banyak?
Kalau dibaca balik catatan trip kami ke Lopburi tahun lepas tu, konflik utama yang kami hadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan makanan halal. Yang kami jumpa hanya dua kedai makanan Halal, yang mana satunya hanya buka pada waktu Malam hari hari tertentu, dan satu laginya terletak di lorong yang boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui. Mungkin ada lagi kedai makanan halal di sana tetapi berdasarkan bacaan kami di blog-blog, memang majoritinya bercakap mengenai dua kedai ni. Kalau korang lapar sangat sangat, boleh la alas perut dengan buah buahan dahulu ataupun masuk ke 7 Eleven yang ada juga menjual makanan halal. Kalau korang cuma pergi separuh hari dan kemudian terus pulang ke Bangkok, tak perlu risau tentang hal ini.
5. Sewa Motor atau Grab atau Songthaew?
Kalau korang nak spend seharian atau bermalam di Lopburi ni, sewalah motor ya. Senang untuk bergerak ke mana-mana dan kalau lapar tengah tengah malam boleh dengan mudah keluar dan cari 7 Eleven. Lagi satu, ladang Bunga Matahari yang terkenal kat situ, Jumpee Sunflower Farm berada agak jauh dari pusat bandar Lopburi, so kalaulah korang naik Songthaew, kena pastikan Songthaew tu tunggu sampai korang habis aktiviti dekat ladang tu, sebab saya percaya susah untuk dapatkan Songthaew di kawasan sekitar itu. Untuk Grab pula, buat masa ini memang Grab belum sampai ke daerah Lopburi ni. Jadi, boleh letak tepi dulu aplikasi Grab tu ya. Untuk sewa motor boleh sewa di NooM Guesthouse dengan bayaran 300 Bhat (RM40) sehari. Proses sangat mudah dan cepat, kondisi motor pun tiptop! Kalau korang ada bajet lebih dan datang dalam kelompok yang ramai, sewa terus van dari Bangkok buat pusing-pusing Lopburi ni ok! Settle masalah.
Okay, itu sahaja sedikit perkongsian dari saya berdasarkan pengalaman saya dan Hana di Lopburi dalam misi kami untuk melihat ladang Bunga Matahari di sana. Pengalaman yang menarik dan akan diingati sampai bila-bila. Diharapkan dengan sedikit info yang saya kongsikan ini korang lebih bersedia untuk melawat wilayah Bunga Matahari ini dan trip korang jadi lebih lancar. Kalau ada antara pembaca disini yang punyai info tentang makanan halal di Lopburi ni boleh komen di bawah ya. Kita sama-sama bantu rakan rakan yang lain! Setakat itu dahulu untuk kali ni. Kita jumpa di lain entri. Seterusnya, kembara Chasing The Sun di bumi Sabah!

Previous Post
Next Post

post written by:

6 comments:

Ruggedmom com said...

Saya pernah pergi awal Februari, memang seperti dijangka dah habis dituai. Mujur ada lagi sikit seluas lot banglo, dapatlah tengok.

Umi Nazrah said...

ya Allah cantiknya ladang bunga matahari tu. kalau dapat pi situ, terus nak pasang lagu hindustan. haha

Chasing The Sun said...

@ruggedmomcom aduh sayangnya.. takpa tahun ni masih sempat!

Chasing The Sun said...

@Umi Nazrah
Memang cantik sangat. Sangat disarankan!

Chasing The Sun said...

Memang cantik sangat. Sangat disarankan!

Chasing The Sun said...

duh sayangnya.. takpa tahun ni masih sempat!