Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, September 11, 2022

Cara Masuk Ke Singapore Melalui Johor Bharu

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Apa khabar semua di luar sana? Mesti ramai yang dah mula travel kan tak kira dalam atau pun luar negara. Post covid ni, kami ada jugak travel ke luar negara tapi yang dekat-dekat sahaja dahulu seperti Thailand dan Singapore dan kedua-duanya menggunakan jalan darat. Pada entry kali ini, saya akan ceritakan pengalaman bercuti 2 hari 1 malam saya dan tiga orang sahabat ke Singapore melalui Johor Bharu menggunakan bas.
Persediaan sebelum ke Singapore (kemasukan terkini Ogos 2022)
Perkara penting yang korang perlu tahu sebelum ke Singapore dengan menggunakan bas adalah di mana entry checkpoint utk cross ke Singapore. Jawapannya ialah Sultan Iskandar CIQ Complex (Johor Bahru Checkpoint). CIQ JB ni besar gila, tapi bila dah masuk dalam tu jangan panik, just ikut sahaja sign yang bawa kita ke immigration Malaysia checkpoint. Kami tiba di CIQ aroud jam 10 pagi macam tu, jadi dah tak sesak sangat sebab dah terlepas kesibukan morning peak hour sekali dengan orang-orang JB yang nak pergi kerja di Singapore. Proses di sini tak lama, rasanya dalam 20 minit dah settle semua. Nak diingatkan juga, bila dah naik floor immigration tu, phone dah tak ada servis tau, jadi kalau nak google apa perlu buat dan sebagainya buat siap-siap. Kami panic la jugak sebab baru nak google apa perlu buat lepas tu. Maklumlah, last minute punya planning untuk cross by land. 

Seterusnya, di sini saya kongsikan juga travel requirements ke Singapore di sini:

1. Tidak perlu buat PCR test atau kuarantin. Sebelum ni semua pelancong kena download Apps kerajaan Singapore (ala-ala macam MySejahtera kalau di Malaysiai) iaitu "TraceTogether" tapi sekarang tak perlu dah. 
2. Isi arrival card 3 hari sebelum ke Singapore di https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard/
3. Buat digital verification untuk status vaksin di https://eservices.ica.gov.sg/STO1/VCP. Senang je, masukkan je pdf copy vaccine certificate dan send. 
4. Kepada yang nak masuk ke Singapore menaiki kenderaan sendiri, jangan lupa apply untuk autopass atau vehicle permit. Yang ni tricky sikit sebabnya once approved, permit tu cuma boleh collect 5 days after. Macam dalam kes kami, hari ke -5 tu jatuh pada hari nak berangkat, dah tak sempat nak pergi collect. Lastly kami decided untuk masuk dengan bas sahaja. 


CIQ JB ke Woodlands Singapore
Lepas dah settle pemeriksaan immigration, kami turun ke terminal bas di bawah sekali dan ambil bas Causeway Link untuk ke Woodlands. Saya tak pasti samada ada lagi bas yang lain yang boleh bawa ke Woodlands sebab semasa kami tiba di situ memang ada bas kuning Causeway ni sahaja. Boleh terus turun ke platform dan bayar 2.6SGD dekat uncle dalam bas. 

Lepas 10 minit naik bas, kami pun tiba di Woodland checkpoint di mana berlaku sekali lagi proses verification passport tapi kali ini oleh Singapore immigration. Make sure korang ingat no bas dan bas jenis apa sebab mereka akan tanya. Lepas dah settle di sini, you are good to go! Eh wait, kenapa passport kosong? Ye memang, dekat Singapore dah takde proses cop passport manually, semuanya digital. Saya sedihla jugak, sebab hasratnya nak dapatkan cop tu buat kenang-kenangan di kala hati gundah gulana memikirkan mana nak travel lepas ni. Bila dah ada dekat Woodlands ni dah senang nak ke mana-mana dalam Singapore, boleh je ambil bas atau naik MRT dari sini.

Beli travel pass atau travel secara 'percuma' dengan debit/kredit card
Mesti excited kan bila dengar perkataan percuma tu, to be honest saya pun terkejut. Sebenarnya, untuk perjalanan sepanjang di Singapore, kami memang dah decide untuk ambil 3 days pass yang berharga 25SGD. Travel pass ni boleh dibeli di beberapa stesen MRT sahaja dan salah satunya ialah di Changi Airport Terminal 3. Kami gigih ke Changi Airport walaupun masuk dengan jalan darat sebab teringin nak pergi Jewel! Gigih kan. Once dah beli travel pass ni, boleh travel unlimited menggunakan mana-mana public transport di Singapore! Sebelum keluar dari Singapore, boleh return pass ni dan SGD10 akan dipulangkan. Nak dijadikan cerita, nasib tak menyebelahi saya, travel pass saya hilang setelah digunakan cuma satu kali sahaja. Sedih sangat, jenuh cari tapi tetap tak jumpa. 

Apa nak buat, saya pun redho je naik bas macam biasa, cadangnya nak bayar guna cash sahaja, tiba- tiba uncle bas tu tanya “debit card tak ada ke, senang sikit”. Dalam kekalutan tu dengan orang ramai nak naik, saya pun terus tap sahaja debit card Maybank dan berjaya masuk. Seterusnya begitulah mod pengangkutan saya di sana, guna debit card sahaja tak kiralah naik bas ke MRT ke. 

Setelah beberapa kali guna kad debit, saya baru perasan yang tak ada sekali pun masuk message di phone saya mengatakan bahawa kad telah digunakan. Apa tunggu lagi, waktu tu juga kalut bukak Maybank2u untuk semak transaction history. Guess what?? Tak potong langsung, percuma! Macam tak percayaaa. Patutla bila saya tap card, dekat benda bip bip tu akan naik ‘simply go’ whereas kawan- kawan saya punya naik benda lain. Rupa-rupanya bila saya baca pengalaman orang lain yang ke Singapore, memang ada yg commute around secara percuma dengan menggunakan kredit/debit card. Alhamdulillah, rezeki saya yang hilang travel pass, tak perlu keluarkan extra money. Cuma yang saya tak pasti, adakah memang sentiasa macam ni atau ada promosi ke apa-apa masa tu. Jadi yang nak guna kaedah ni, boleh try test run dulu. Time kami datang ni Sentosa Express untuk masuk ke Sentosa Island yang ada USS tu buat promotion, so percuma saja tak perlu bayar apa-apa. 

Kalau nak tahu, tujuan kami ke Singapore kali ini ialah untuk pergi ke USS sahaja sebab kami semua dah pernah ke Singapore sebelum ni dan pergi ke tourist attraction. So niat masuk kali ni memang jalan-jalan leisure sahaja dan masuk ke USS esoknya. Saya akan kongsikan pengalaman di USS dalam entry yang berikutnya, inshaAllah. Apa pun, memang best gila! Tak menyesal pergi.

Guna Apps "Moovit" sebagai travel guide di Singapore
Kalau korang nak tahu, ada satu apps ni function sangat. Moovit ni dia macam waze la tapi lagi dasyat, cumanya hanya boleh digunakan di Singapore sahaja. Apps ni akan detect location korang berada kat mana, so korang just tulis je destinasi nak ke mana dan apps ni akan guide all the way. Dari bas no apa nak naik, naik di bus stop mana, lepas tu turun bas nak naik MRT mana, semuanya lengkap A-Z. Yang bestnya, arah jalan kaki nak pergi the nearest bus stop pun dia tunjuk weh. Serious function teruk. Kalau naik bas atau MRT, dia detect tau kita dah berhenti dekat stesen mana etc, so tak perlu risau lost count berapa stesen dah berhenti. So, please please use this Apps if you are travelling to Singapore.


Cara keluar dari Singapore ke CIQ JB
Pada pendapat saya, nak keluar ke dari Singapore ke CIQ JB ni lebih complicated sikit berbanding nak masuk, bergantung kepada di mana last destination korang masa tu. Destinasi terakhir kami di Singapore ialah USS, jadinya kami perlu mencari pengangkutan dari Sentosa Island untuk ke Woodlands dan seterusnya cross masuk ke JB. Kalau nak senang, dari Sentosa tu boleh je ambil bas direct ke Woodlands checkpoint, tapi malangnya saya dan seorang lagi sahabat ada flight to catch from JB to KL, jadi timing kami tak kena dengan schedule bas tu. Nak tak nak, kami commute sendiri bertukar-tukar bas dan MRT untuk ke Woodlands. Rumit sikit, tapi alhamdulillah sampai je di Woodlands. Step yang sama masa nak masuk, naik bas dengan harga SGD2.6 untuk dari Woodlands untuk ke CIQ JB. Semuanya smooth je hinggalah kami sampai ke CIQ JB. 

Tak sangka rupanya proses immigration checking di checkpoint Malaysia tu ambil masa yang lama. Masa ni kami dah mula panik, sebabnya kami nak kena rushing ke Senai Airport lagi. Setelah selesai immigation punya checking, kami berdepan dengan masalah lagi iaitu susah gila nak dapatkan grab untuk ke Airport. Banyak kali sangat kami book, tapi semuanya kena cancel. Rasanya driver pun tak sanggup nak bersesak-sesak di kawasan CIQ JB tu sebab jem dia masyaalah, dengan lautan manusianya lagi. Maybe sebab clash dengan timing orang balik kerja kot, plus Jumaat pulak tu, even jam dah pukul 10.00 malam. Nasib baiklah kami ada kawan, so kami end up naik dengan dia je ke Senai Airport, itupun sangat rushing dan memang berlari-lari all the way. Kalau korang tengah rushing, please consider all this ya sebab we almost missed our flight! What a day to remember.

Oh btw, kalau korang nak beli tiket bus dari Malaysia masuk ke Singapore, boleh beli di 12GO Asia ni. Cepat, Mudah, Murah dan Efficient website and staff diorang . Ni link 12GO Asia.



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: