Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, October 18, 2022

Tempat Makan Best di Alor Setar | Steak Terbaik di The Place Steak Houze !
Assalamualaikum & Hello Sunchasers |  Pada entry kali ni kami akan kongsikan satu tempat makan steak best di Alor Setar Kedah. Bukan setakat makanan level 5 bintang, tapi dekorasi tempatnya pun tak kurang kalahnya. Dekorasi bertemakan industrial dipadankan pula dengan brick wall dan nature element, memang best! Rasa macam dekat Kenny Hills pula. Harap menjawab la persoalan korang yang mencari tempat makan best di Alor Setar



Menu utama dekat sini ialah steak, ada macam-macam jenis daging. Tomahawk yang sekilo tu pun ada. Memandangkan Kimi memang peminat tegar steak, kami order The Green Lamb, which consist of herbs crusted lamb rack served with mashed potato and sauteed vegies. Rasa lamb dia memang terbaik, dan portion pun banyak. Boleh dikatakan proper steak yang macam makan dekat fine dining tu. 



Kami juga order Gucci nachos (portion dia banyak!) dan a slice of Nutella Cheese Cake. Yang minat Spaghetti boleh try order juga, tengok ada banyak jenis juga menu spaghetti kat situ. 

Here are some things yang kami suka tentang The Place Steak Houze ni.
  1. Waiting time for appetizer tak sampai 5 minit dah siap
  2. Ambience kedai makan sangat selesa dan mewah
  3. Deco dalam ni lawa gila, memang menjemput untuk di viralkan di Socmed!
  4. Makanan memang sedap dan portion banyak jadi padanlah dengan harga
  5. Pekerja semua ramah ramah dan tak lokek langsung dengan senyuman
  6. Tempat solat yang dekat dengan ruang makan dan bersih
  7. Parking banyak!




Okey, itu sahaja untuk entry kali ni. Kalau jelajah ke Utara dan teringin nak makan steak, boleh la try kat kedai ni, betul-betul dekat dengan simpang nk masuk plus highway. Boleh refer location kat bawah ni yaa.  Jumpa lagi di lain entry!

Apa Proses Untuk Masuk Seoul, Korea ? Update Terkini Oktober 2022!
Salam Autumn in My Heart dari Seoul, 18 Oct 2022. Alhamdulillah syukur atas rezeki dan nikmat Allah. Selepas hampir 3 tahun tak travel overseas, dapat jugak aku jejakkan kaki untuk kesekian kalinya ke Seoul, my favourite city yg tanpa segan silunya aku panggil ‘kampungku’.

This is my second trip after the Covid outbreak on Jan 2020. Last time travel time covid pun pegi Seoul jugak, Feb 2020. Tapi masa tu Covid cases kat sini baru berapa kerat je. Kalau tak silap aku masa tu tak ramai lagi manusia pakai facemask tapi untuk indoor wajib pakai sebab kalau tak pakai depa tak kasi masuk kedai. Dan untuk arrival & departure kat airport pun tak strict sangat.


Aku tak sure negara lain macam mana atau sama ke tak dengan procedure nak masuk South Korea. Korang boleh google je nanti ok. Untuk trip kali ni 16 Oct 2022, cara nak masuk sini tu sangatlah jauh berbeza dari sebelum ni. Antara benda yg korang kena setelkan sebelum berlepas adalah..

Make Sure Passport Tak Expired


Paling penting sebelum korang plan nak travel overseas, kena pastikan yang passport korang tu masih sah. Kalau dah expired, boleh la cepat-cepat pegi renew online jangan jadi macam aku. Caranya mudah je, korang boleh baca kat website myimms atau tengok tutorial kat youtube.

Friday, October 7, 2022

Itinerary Ho Chi Minh & Dalat 4 hari 3 malam | Aktiviti Wajib Buat @ Ho Chi Minh & Dalat!
Assalamualaikum & Hello sunchasers | Pada entry kali ini, kami akan kongsikan itinerary secara ringkas tentang tempat-tempat yang kami lawati di Dalat, Vietnam selama 4 hari 3 malam. Kepada yang akan ke Vietnam, kalau korang ada extra time, please visit Dalat! Memang best, angin sejuk dia pun dah lain macam. Makanan halal pun tak ada masalah, ada je restoran makanan halal di sana. Rasanya kami akan ambil masa lebih sikit nak hilangkan post-vacation syndrome kali ini! Jadi jom kami kongsikan pengalaman kami dan tempat-tempat best nak melawat di Ho Chi Minh & Dalat!


Ticket flight
RM370 return (PEN-HCM-PEN).
First time cuba beli through Hopper sebab dengar banyak positif review. Yes, dapat banyak diskaun!

Day 1
  • Tiba di Ho Chi Minh jam 1.00 p.m. Grab ke Restaurant Hajah Basiroh for lunch. (Tambang Grab= 134,000 VND/RM 26. Around RM6.50 seorang untuk kami berempat). Menu pertama yang kami cuba sudah semestinya pho daging dan vietnamese roll. Kami order 4 set pho daging, 4 kopi susu dan 1 set Vietnamese Roll. Total semua sekali 480,000 VND/RM93. Around RM23 seorang). Kami solat Asar di restaurant.
  • Jalan kaki selama 5 minit dari Hajah Basiroh ke Ben Thanh Market. Shopping fridge magnet dan kopi.
  • Jalan kaki ke Saigon SkyDeck untuk tengok night view. Entrance fees 200,000VND/RM38 seorang. Dekat sini air mineral free flow dan toilet bersih sangat!
  • Jalan kaki ke Saigon Central Mosque untuk solat Maghrib dan Isha'. (tempat wudu' wanita di bahagian bawah ye, kene turun tangga sebelah kiri).
  • Grab ke pickup point sleeper bus di Office 10 district. Sementara tunggu bas sampai, kami sempat pekena coffee di Kopi Kai, berhadapan dengan pickup point.
  • 10.00 p.m: Naik sleeper bus dari Ho Chi Minh ke Dalat. Bas ni memang best, boleh baring and ada tirai boleh tutup for extra privacy. Boleh charge phone juga sebab ada USB, lega! Harga ticket bus RM152 seorang (return trip).