Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, November 15, 2019

Lost World of Tambun | Holiday Time - Media Preview

By Chasing The Sun Guest Writer
Aiman Thumb


Salam Sunchasers Sekalian | Diharap korang semua dalam keadaan sihat walafiat okay?Amiinn. Baiklah, untuk entri kali ini saya akan bercerita mengenai pengalaman saya sewaktu bercuti di Lost World of Tambun selama dua hari satu malam.  Alhamdulillah saya bersama dua orang lagi sahabat media telah dijemput dan diberi kesempatan untuk mencuba sendiri aktiviti dan permainan yang ada di sini. Sudah semestinya ada pelbagai hidangan aktiviti dan permainan di Taman Tema Lost World of Tambun ini yang tidak mahu saya dan pasukan lepaskan. 

Apa yang lebih mengujakan ialah ini adalah kali pertama Lost World of Tambun memilih untuk bekerjasama dengan dua buah lagi gergasi permainan terkemuka dunia iaitu `Hot Wheels’ dan juga `Barbie’! Haa, jangan silap perhitungan, pameran `Hot Wheels’ dan juga `Barbie’ ini bakal berlangsung dari 23 November 2019 sehingga 31 Disember 2019 sahaja. Memang mereka tumpu untuk aktiviti sewaktu cuti sekolah lah kan? Para kanak-kanak dan muda remaja mesti ternanti-nanti akan pameran dan permainan berjenama antarabangsa ini. Jadi, apa tunggu lagi?Rugilah tak serbu wey..hahaha




Usai ketibaan kami di sana, kami disambut dengan meriah oleh para staff dan pegawai bertugas di Lost World of Tambun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai aktiviti-aktiviti pada waktu siang dan malam, kami para team media dibawa menaiki van mini dan seorang tour guide yang bernama Becky telah menerangkan tentang aktiviti yang terdapat di Taman Tema Lost World of Tambun dengan lebih lanjut lagi. Bermula daripada aktiviti bermain air di Lost World Water Park yang mempunyai pelbagai permainan menarik sehinggalah kepada Lost World Adventure Park yang mampu mencabar daya ketahanan mental dan juga fizikal para pengunjung.

Bersesuaian dengan tujuan asalnya dibina sebagai taman tema, terdapat lebih kurang lima belas tema permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya ialah Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Hot Springs & Night Park dan banyak lagi. Memang tak payah risau akan bosan lah kalau berkunjung ke mari.


Mengambil pendekatan keluarga diutamakan, kesemua aktiviti di sini disediakan bersesuaian untuk kesemua peringkat umur. Selain daripada aktiviti pameran dan permainan `Hot Wheels’ dan `Barbie’ yang saya sebutkan di atas, kanak-kanak kecil boleh bermain aktiviti air di Lost World Water Park sepuasnya kerana selain dari saiz kolamnya yang luas dan selamat, di sini juga terdapat gelongsor air daripada pelbagai saiz dan panjang.  Silap-silap tak nak naik ke darat dah,hahaha.




Buat para ibu bapa yang ingin melakukan aktiviti air yang lebih santai, cuba rasai kehangatan kolam air panas di Lost World Hot Springs pada waktu malam, boleh hilang semua lenguh-lenguh di badan. Tambahan lagi, ada juga Foot Spa bagi melegakan tekanan di kaki. Lepas dah berendam dalam air panas yang menenangkan dan memijak batu-batu dalam Foot Spa, korang pasti terus tidur lena. Ohh, syahdunyaa.
  
Untuk remaja dan belia pula, janganlah fikir korang akan diabaikan pula kerana ada pelbagai aktiviti yang besesuaian untuk korang sebagai contoh berkayak dan mendaki serta melakukan aktiviti lasak di hutan secara berkumpulan. Selain itu, korang boleh merasai pengalaman tidur malam berbumbungkan langit dan ditemani cahaya bintang dengan tidur dalam khemah yang bersaiz sederhana besar. Dilengkapi dengan katil dan hiasan yang menarik seperti di dalam bangunan hotel yang sebenar, korang tak perlu meninggalkan sisi mewah kerana itulah eleman yang diterapkan dalam aktiviti `glamping’ di Lost World Adventure Park ini. Alah, macam aktiviti `glamping’ yang kita tonton dalam cerita orang putih tu.hehe.. Tapi buat anda yang tetap mengimpikan untuk bermalam dalam hotel, di sini juga disediakan Lost World Hotel yang selesa untuk korang bermalam pada kadar harga satu malam yang amat berpatutan.


Akhir sekali, kalau korang nak rehatkan minda dan badan, boleh lah melawat dan tengok aktiviti haiwan-haiwan yang ada di sini seperti Kucing, Harimau, Badak Sumbu, Caiman, bangau merah jambu dan pelbagai spesies lagi masing-masing di kawasan yang tersendiri. Dijamin tak puas melihat telatah comel mereka beraksi!

Jika saya ingin menerangkan secara terperinci tentang kesemua aktiviti yang berada di sini, nescaya memang tiga hari tiga malam pun tak habis. Hahaha .. Jadi para Sunchasers sekalian, terutama sekali para ibu bapa; korang amat digalakkan untuk datang dan mencuba sendiri pengalaman melakukan pelbagai aktiviti yang berada di Lost World of Tambun dan saya jamin, korang pasti akan puas hati dan ingin datang lagi! Jangan lupa angkut satu kampung ke mari yaa.. Kalau jumpa, tegur-tegur lah ya..Assalamualaikum.



 Untuk maklumat lanjur berkaitan dengan tarikan di Lost World of Tambun, sila layari sunwaylostworldoftambun.com



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: