Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, December 6, 2019

Tempat Makan Best Di Kulim | Restoran Makanan Western S'Antik Cafe

Assalamualaikum & Hello Sunchasers| Harap korang semua sihat walafiat belaka lah ya. Kami berdua Alhamdulillah baik baik sahaja. Entri kali ni saya nak kongsikan dengan korang satu restoran yang agak unik di Kulim ni. Restoran ni kami jumpa secara tak sengaja sebenarnya, minggu lepas, Hana teringin nak makan western dan memandangkan kami ni jarang sangatlah keluar makan di area Kulim ni, jadinya tak pasti pun restoran mana yang ada western food yang best di Kulim ni. Jadi, kitorang just sepakat untuk berhenti dekat restoran western pertama yang kitorang akan nampak sepanjang perjalanan nak ke Giant Kulim ni. Serah pada takdir gitu kan. Haha. Dan pemenangnya jatuh kepada restoran western S’Antik Cafe! Haa itulah restoran western pertama yang kami nampak sepanjang perjalanan dari rumah kami nak ke Giant Kulim. (Tempat Makan Best Kulim Part 2 & Tempat Makan Best Kulim Part 3)


1. Restoran + Muzium Barangan Antik
Memandangkan kami langsung tak pernah tahu pasal restoran ni, jadi memang takda expectation apa-apa lah. Sekadar untuk memenuhi craving si Hana nak makan western. Bila masuk dalam S’Antik Cafe ni, kami macam terkesima sekejap tengok hiasan dalamnya. Penuh dengan barangan antik. Yang saya ingat, ada 2 buah kereta antik dalam tu, ada beberapa basikal antik dan juga motor antik serta banyak lagi barangan antik lain yang bergantungan di dinding restoran. Kami suka vibe dalam restoran ni! Lain dari yang lain.


2. Portion Makanan, Rasa dan Harga?
Vibe dah cun, tapi macammana pula dengan makanannya? Haa nasib baik makanan pun cun! Kami order Chiken Chop + Butter Rice (RM 13.90) dengan Lamb Grill+ Butter Rice (RM20.90).Portionnya besar dan pada pendapat saya, berbaloi dengan harganya. Saya terpaksa minta pinggan extra sebab bahagian kambing yang diorang bagi memang besar. Haa puas hati!
Untuk S’Antik Cafe ni kita bagi 3.5 Suns out of 5 dan kami reccommend untuk korang datang makan kat sini untuk rasa sendiri pengalaman ala ala makan dalam restoran + muzium barang antik ni. So kalau ada member tanya ‘kedai makan apa yang best kat Kulim?’ boleh la korang include S’Antik Cafe ni alright! Ok, rasanya itu sahaja untuk kali ni. Kalau ada cadangan restoran yang best sekitar utara ni, boleh komen di bawah ya! Jumpa lagi di lain entri! (Tempat Makan Best Kulim Part 2)

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: