Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, November 30, 2018

The Bangkok Journal | Solo Backpacking Train Trip ke Kanchanaburi Thailand!
Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Bumi Gajah Putih, Thailand adalah pada tahun 2014 di bawah kendalian kelab Putra Thai Universiti Putra Malaysia. Sebagai seorang student yang mengambil subjek Bahasa Thai, peluang untuk kesana memang saya look forward sebab dapat melihat sendiri keunikan budaya orang Thailand dan dapat mempraktikkan sedikit ilmu bahasa Thai yang telah dipelajari di dalam kelas. Ternyata pengalaman berada seminggu di negara jiran itu memberi impak yang lebih significant dari apa yang saya harapkan.Lawatan seminggu itu membawa saya dan kawan-kawan dari kelas bahasa Thai ke kawasan pedalaman Phuket , di mana kami berpeluang melawat sebuah perkampungan terapung di sana dan bertemu dengan pelajar sekolah disana. What a humbling experience that was. Banyak lagi perkara menarik yang kami lakukan di sana, namun itu akan saya kongsikan mungkin di entri yang lain. Tahun 2015, Alhamdulillah sekali lagi diberi keizinan untuk ke Thailand dengan misi yang sama cuma kali ini lokasinya adalah Bangkok. Lawatan kali kedua ini lebih fulfilling buat saya kerana kami dapat menyampaikan sedikit ilmu di sebuah sekolah Islam di Bangkok, Anwarul Islam School Bangkok .

Wednesday, November 28, 2018

Yogyakarta in a Glimpse | Lokasi Menarik di Jogjakarta!

Tempat-Tempat Wajib Untuk Dilawati di Yogyakarta (Jogja)

1. Hutan Pinus Mangunan
Hutan Pinus Mangunan ini terletak lebih kurang 25 km dari pekan Jogja. Masuk ke sini ialah percuma tetapi bayaran parking dikenakan kepada kereta iaitu sebanyak 10,000 rp (RM 3). Kalau charge untuk motor lebih murah sikit. Hutan Pinus ini sangat unik kerana pokoknya yang disusun sebaris, sesuai dijadikan lokasi bergambar dan juga lokasi untuk pre wedding photoshoot. Puas saya dan kawan-kawan mencuba bermacam jenis angle semata-mata nak gambar yang cantik. Tapi maklumlah bukan orang berseni, jadi hasilnya biasa saja. Kami bergambar sendiri-sendiri je sebab hammock sentiasa occupied. Kalau teringin nak bergambar di hammock bertingkat boleh je, tapi kena bayar caj tambahan iaitu sebanyak 10,000 rp (RM3). Ok la, tak berapa mahal. Dekat sini ada disediakan juga kemudahan tandas dan surau kepada orang awam. 


2. Sandboarding di Gumuk Pasir, Parangkusumo
Kalau di negara sejuk orang bermain salji, di Jogja pula orang bermain sandboarding. Bentuk muka bumi pantai yang berbukit bukit di sini membolehkan aktiviti sandboarding dijadikan salah satu aktiviti popular di kawasan ini. Dinasihatkan pergi pada sebelah petang sebab tidak terlampau panas dan berangin. Tiada bayaran masuk dikenakan ke tempat ini tapi jika hendak mencuba gumuk pasir harganya ialah 150,000 rp (RM43) untuk satu papan. Boleh je kongsi dengan rakan-rakan yang lain, lebih jimat. Akan ada guide yang datang bagi penerangan dan ajar cara-cara bermain. Bersedia untuk jatuh tergolek golek tapi tak sakit pun sebab berpasir kan. Dah penat bermain, boleh la berjalan di Pantai Parangtritis. Boleh la tengok ombak di lautan hindi. Mesti terkejut sebab tak sama macam laut kita yang tenang. Ada sedikit info yang saya dapat ialah tidak digalakkan duduk di kawasan ini sehingga malam kerana kawasan di sini agak keras bak kata orang. Saya pun tak pasti samada betul atau tidak tapi memang ada aura seram sikit di sini. 


3. Gondola Pantai Timang
Tidak sah percutian ke Jogja kalau tidak pergi ke Pantai Timang. Tempat ini boleh dikatakan highlight percutian pelancong ke Jogja lebih-lebih lagi selepas Running Man sendiri datang ke sini untuk extreme challenge. Pada asalnya gondola ini dibina untuk memudahkan para nelayan menyeberangi lautan untuk menangkap lobster. Tapi sekarang ianya telah dijadikan tempat tarikan pelancong. Gondola ini manual ye. Masa kita naik, memang pekerja-pekerja akan tarik tali gondola sehinggalah kita selamat tiba ke seberang. Pemandangan kat sini memang sangat cantik subhanallah. Air laut di sini warnanya hijau kebiruan. Ombak di Timang sangatlah kuat dan angin juga agak kencang. Bayangkan ombak di bawah boleh naik tinggi sehingga ke gondola yang berada lebih kurang 30 meter tingginya. Untuk masuk ke kawasan gondola timang, kita kena menaiki jeep. Bayaran masuk ke ialah 50,000rp (RM15) dan tidak termasuk bayaran menaiki gondola sebanyak 150,000 (RM45). Boleh hire photographer untuk tangkap gambar di sini, bayar la seikhlas hati. 


Bila dah sampai ke Timang Beach, haruslah makan lobster. Murah sangat kat sini! 450,000 rp (RM150) untuk sekilo. Sekilo ni banyak okayyy. Boleh makan 3 orang. Dia akan masak dua jenis lauk. Gemuk-gemuk lobster kat sini. Mana nak cari harga macam ni untuk makan lobster di tempat lain. Please cuba kalau tak sangat rugi. Sampai sekarang saya masih teringat lagi betapa sedapnya lobster kat sini. Kalau ada peluang datang lagi, saya nak request semua masak pedas. Lagi sedap dari yang goreng!



4. Tube caving di Gua Kidul
Kebiasaannya orang akan ke Pantai Timang dan Gua Kidul untuk tube caving pada hari yang sama kerana berada di laluan yang sama. Jangan lupa bawak selipar dan baju extra sebab memang akan basah. Setiap seorang akan diberi life jacket dan pelampung besar untuk masuk ke dalam gua. Kita akan masuk dalam pelampung dan guide akan tarik masuk ke dalam gua sambil bagi penerangan. Ada banyak stage dalam gua ni. Yang paling epic ialah gelap abadi iaitu memang tiada cahaya langsung di dalam gua. Gelap segelapnya. Lepas dah keluar dari gua, boleh sambung mandi sungai. Bayaran masuk adalah 135,000 rp (RM40) satu kepala. Bagi saya pengalaman di sini biasa saja, tak disyorkan kepada yang rushing tapi boleh saja jika hendak mencuba.


5. Candi Borobudur
Ini juga merupakan highlight para pelancong berkunjung je Jogja. Candi Borobudur ini telah tersenarai dalam one of the 7 wonders of the world. Terkenal dengan batu berbentuk loceng yang besar, candi ini juga mempunyai banyak anak tangga untuk sampai ke atas. Seni bina candi ini sangat unik sehingga membuatkan para pelancong tertanya tanya macam mana candi ini dapat dibina pada zaman dahulu sedangkan tidak ada lagi teknologi seperti sekarang. Bayaran masuk candi ini bagi warga asing ialah 20 USD. Candi ini dibuka setiap hari sehingga jam 5 petang. 

6. Pinus Pengger
Pinus Pengger ni adalah satu kawasan tanah tinggi yang boleh dilawati pada waktu malam. Tips pergi ke sini ialah jangan pergi pada hari minggu sebab kena beratur dengan sangat lama untuk ambil gambar pada satu-satu tempat. Apa yang menariknya di sini ialah semua hiasan adalah menggunakan tema ranting dan dusun. Port yang paling famous ialah replika tapak tangan di mana anda boleh bergambar di atasnya. Harga masuk ialah 2,500 rp seorang. Bergambar adalah percuma tapi ada tabung seikhlas hati.


7. Merapi Tour (3-5 jam)
Gunung Merapi merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Gunung ini sangat famous dengan tagline 'Merapi tak pernah ingkar janji'. Ini kerana gunung ini tidak pernah mugkir janji untuk meletus selang 4 tahun sekali. Kebiasaannya para pelancong akan bergerak seawal jam 4 pagi untuk melihat sunrise di atas Merapi. Perjalanan naik ke atas juga amat mencabar. Kita harus menyewa jeep khas untuk naik ke atas. Saya syorkan ambil merapi tour Pak Eda sebab dia sangat pandai ambil gambar dan humble sangat orangnya. Harga adalah 450,000 rp (RM120) untuk satu jeep. Boleh naik seramai 4 orang. Pemandangan di atas gunung ni memang sangat cantik. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di sini, kita akan belajar sejarah gunung merapi dan kisah-kisah korban Merapi. Lagi satu, kepada penggemar coffee, boleh cuba kopi merapi di sini. 

Personally, saya rasa ibu mengandung tak sesuai ke Merapi kerana perjalanan naik ke atas sangat bahaya dan jeep bergoncang dengan sangat teruk. Make sure pilih jeep yang ada kusyen pelapik tepi. Pengalaman sendiri naik jeep yang tiada pelapik sangatlah nightmare sebab terpaksa menahan kesakitan sepanjang perjalanan apabila kaki sentiasa terhantuk di besi jeep sepanjang trek. Bila da sampai di atas, lupa sekejap sakit sebab terpesona dengan pemandangan Merapi, tapi bila nak balik start nangis balik.





8. Kalibiru
Kalibiru merupakan kawasan tanah tinggi di Jogja. Dari sini kita dapat melihat pemandangan Jogja dari atas. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana lokasinya yang jauh ke dalam. Tarikan utama di Kalibiru ialah beberapa tempat bergambar yang unik iaitu bertemakan pangkin kayu. Terdapat beberapa checkpoint untuk bergambar di sini dan harga yang perlu dibayar ialah mengikut bilangan kepingan gambar yang diambil. Saya tak berapa pasti tentang kadar bayaran sebab saya hanya pergi ke salah satu checkpoint sahaja. 


9. Ayam Penyet Surabaya
Tidak sah melawat Jogja kalau tidak mencuba signature dish indonesia iaitu ayam penyet especially di ayam penyet Surabaya. Bukan sahaja harganya murah tapi memang sedap tahap infiniti. Sambal dia paling legend. Walaupun pedas sampai rasa nak menangis tapi still akan makan sampai bertambah pula. Sesiapa yang pernah ke sini mesti setuju dengan saya yang makanan di sini kena dengan taste orang Malaysia. Kami siap request dekat supir untuk repeat makan di sini pada esok harinya.




10. Jejamuran Resto
Siapa sangka rasa cendawan boleh sama dengan ayam. Dekat restoran ni, semua makanan berunsurkan cendawan. Tapi yang peliknya rasa cendawan ni sedap macam ayam. Harga makanan di sini agak mahal sedikit tapi masih reasonable. Konsep makan di sini ialah nasi berlauk. Jadi, boleh kongsi lauk beramai ramai. Lebih jimat.



11. Makanan signature Jogja
Bagi saya, travel dan makan berpisah tiada. Sudah mebjadi kebiasan untuk saya mencuba sendiri makanan masyarakat tempatan di tempat yang saya lawati. Antara makanan signature di Jogja ialah Gudeg dan satay Kelatak. Kedua-duanya tidak berapa kena dengan tekak saya tapi ada saya kawan-kawan saya yang suka dengan masakan di sini. Well, masing-masing ada citarasa sendiri.


Satay Klathak ni satay arnab ye kawan-kawan. Di sinilah lokasi Rangga dan Cinta makan malam dalam AADC. Boleh sahaja jika hendak cuba.




Sekian sahaja dari saya untuk beberapa tempat menarik di Jogja. Banyak lagi tempat-tempat lain yang saya pergi seperti yang saya ceritakan di dalam post itinerary tetapi ini adalah beberapa tempat yang saya personally rasa unik dan menarik. Kesimpulannya trip ke Jogja ialah trip yang paling memenatkan tapi paling seronok! Till we meet again Jogja. 




Sila refer post itinerary jika hendak tau lokasi penginapan bajet dan supir sporting yang kami ambil sepanjang di Jogja.

By Hana
Credit to my travel buddies: Nurul, Alia and Fajrina.