Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, December 31, 2021

 8 Aktiviti Wajib Buat Jika Jalan Jalan Cari Makan Di Bandar Melaka | Rujukan untuk First-timer!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat belaka ya. Entri ini ditulis pada 1:21am pada tarikh 1/1/2022. Jadi sebelum apa-apa, kami nak ucapkan selamat tahun baru kepada korang semua pembaca di CTS. We hope that 2021 was nice to all of you guys despite of everything that happened and we wish that 2022 will be much much much better for everyone here! 

Ok, kembali kepada entri blog pertama untuk tahun 2022! Seperti tahun tahun yang lepas, kami Hana Kimi akan buat annual year end CTS roadtrip yang mana bertujuan untuk meraikan penghujung tahun dan juga bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami. Untuk tahun 2021, destinasi roadtrip kami adalah, Melaka! 

Trip kali ni agak menarik sebab kami dapat explore Melaka dengan perspektif yang sedikit berbeza. Untuk pengetahuan korang, kami berdua pernah duduk di Melaka sebelum ni. Hana stay di Melaka waktu kecil dulu, dan Kimi pula stay di Melaka waktu asasi. Jadi Melaka memang tak asing buat kami. Tapi kalini kami pergi memang untuk explore sebagai pelancong. Kami pergi dengan para penulis di CTS (Aiman, Nurul & Nashrik). We had a really good time and so , Jom kami kongsikan dengan korang aktiviti yang kami buat dan korang kena buat kalau ada short trip ke Melaka.

Sunday, November 7, 2021

Hotel Tour #14 : Ehsan Seaview Hotel , Port Dickson | Sesuai Untuk Korang Tengok View Sunset Thorbaik!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Hujung minggu ni (30/10/2021 - 31/10/2021), kitorang ke Port Dickson pulak. Duk scroll scroll FB, ternampak page Ehsan Seaview Hotel lintas di newsfeed.

Hotel ni menarik perhatian sbb terletak betul2 di tepi pantai. Alamatnya di Batu 1,Port Dickson. Ia adalah refurbished hotel, dulunya dikenali sebagai Legacy Hotel, PD. Ehsan Seaview baru mula beroperasi 15 Okt 2021.Belum beroperasi sepenuhnya, buat masa sekarang lebih kurang 60 bilik telah mula digunakan. Masih banyak bilik yg masih dibaiki dan dinaiktaraf setelah sekian lama MCO.


Booking Kami booking hotel melalui whatsapp, En Ridzuan(0129603434).Memandangkan booking last minit, bilik yg available utk tarikh 30/10/21-31/10/21 hanyalah bilik standard. Harga utk bilik standard hanya RM168 termasuk breakfast buffet utk 2 orang. Next time kalau korg nak pergi , book awal2 bilik seaview.

Friday, October 29, 2021

Pengalaman Sunset Walk di The Habitat Penang Hill | A MUST Try Experience For Nature Lovers!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | So baru - baru ni kitorang pergi staycation di Penang, sejak dah boleh rentas negeri ni memang balas dendam sungguh. Rasanya setiap minggu pergi staycation! haha. Takpa, sementara mampu dan selagi boleh kita bantu untuk meriahkan balik tourism industry di Malaysia ni. Untuk staycation ni, kami stay di Macalister Hotel (post untuk hotel tour sedang dikarang buat masa ini). Semestinya lokasi yang wajib dikunjungi bila dah sampai Penang ni, haruslah Penang Hill dan lebih spesifik lagi, The Habitat

Ni dah kali ketiga kami datang ke The Habitat dan setiap lawatan kami tu kami cuba aktiviti yang berbeza dekat sini. Untuk staycation kali ni, kami cuba Sunset Walk @ The Habitat. Spoiler alert, it was an amazing experience!

Saturday, October 23, 2021

Lokasi Bergambar Di Penang | Kampung Agong Lokasi Viral Di Penaga!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Diharapkan supaya anda semua sihat walafiat hendaknya. Bertemu lagi kita di ruangan blog Chasing The Suns. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi tentang percutian di dalam negara kita. Musim-musim PKP ni mesti ramai sangat dah jadi tepu kan. Yelah, mana tak nya dah lama sangat duk terperuk je dalam rumah, nak pergi sana sini pun dah tak boleh macam dulu kan. Ya Allah, hapuskanlah wabak Covid-19 ini secepat mungkin dari dunia ini Ya Allah, amiinn.  (Jom pakat amiinkan bersama)

Kalau sebut je pasal melancong, mesti ramai sangat yang membayangkan percutian ke luar negara seperti Eropah, Amerika bahkan ke Afrika sekalipun. Namun begitu, tahukah anda bahawa negara kita Malaysia juga tidak kurang hebatnya untuk dijadikan destinasi pelancongan korang. Salah satunya tempat yang bernama Kampung Agong yang terletak di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saturday, October 16, 2021

Tempat Makan Best Di Baling | Mesti Try Nasi Dalca PappaAbu's Kopitiam ni Kalau Sampai Baling!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Alhamdulillah guyss! Kita dah boleh travel rentas negeri semula. Lega sangat sangat sebab lepas ni dah boleh kembali ke jadual travel untuk CTS ni seperti biasa. Lepas ni tak perlu sangkut dalam jem dekat SJR dah. Tapi ingat ye korang, patuhi SOP sebaik yang mungkin. Sama-sama kita jadi rakyat yang bertanggungjawab okay!

Dalam entri kali ni kami nak kongsikan satu lokasi tempat makan yang best dekat Baling, Kedah. Ni kira lokasi yang sedang viral dan bakal bertambah viral la lepas ni memandangkan org ramai dah boleh travel semula kan. Lokasinya adalah Nasi Dalca PappaAbu's Kopitiam . Beberapa hari yang lepas, kami ada urusan di Baling dan ada yang recommend untuk kami cuba Nasi Dalca di sini. Curious dan teringin nak tau apa yang best dekat sini, kami pun try.

Saturday, October 2, 2021

Hotel Tour #13 : Lone Pine, Batu Ferringhi Penang | Berbaloi Ke Stay Kat Hotel Tepi Pantai Ni?


Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat. Entri kali ni kami nak bawa korang tour di sebuah hotel yang selalu sahaja berada dalam senarai senarai hotel paling best di Penang. Hotel apakah itu? Haa namanya Lone Pine, lokasinya di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Sedikit nak kongsi dengan korang, kami memang dah lama dah tau tentang Lone Pine ni, setiap kali terasa nak stay somewhere yg fancy di Penang, mesti nama Lone Pine ni akan naik. Tapi sebelum ni tak pernah plan sampai jadi. Kalini, sebab dah lama dok menabung (PKP punya pasai), so kita redah kasi jadi! Jom kita ronda ronda Lone Pine



Lokasi | Macam yang kami cakap tadi, Lone Pine ni terletak di Batu Ferringhi, entrance dia memang betul betul depan Petronas Batu Ferringhi tu, so bab location, memang terbaik lah. Ada access terus ke pantai dan kedai kedai makan pun sangat dekat, jalan kaki je kalau nak jalan cari makan kat area situ. Also dekat compound Lone Pine ni ada kawasan private yang customers diorang boleh picnic di bawah pohon pohon pokok Pine. Nice gila.

Saturday, September 25, 2021

Hotel Tour #12 :  Zetter Suite Arte Mont Kiara | Apartment Suite Mewah Dengan Interior Unik!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dah lama teringin nak pergi, so dpt jugak merasa. Kerap dah lalu bngunan kembar tiga Arte Montkiara ni masa ulang alik ke PPV  MITEC. Ada 3 bangunan utama dekat sini - Zetter Suite, Ami Suite & Thomas Chan. Jom kita review penginapan di Zetter Suite Arte Mont Kiara .


Price | Sgt berpatutan. Book direct di website artezettersuites.com . Book 1 bedroom dgn harga rm129 without breakfast, Alhamdulilah dpt free upgrade to 2 bedroom.

Thursday, September 23, 2021

Tempat Makan Best Di Kota Bharu | Top 5 Restoran Nasi Kandar di KB!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Rakyat Malaysia secara umumnya memang suka makan. Sebut saja Nasi Kandar, saya percaya ramai sangat yang tak pernah tak makan bukan? Nasi kandar atau lebih sinonim disebut sebagai ‘Nasi Kandaq’ memang  berasal dari Pulau Pinang. Mengikut catatan sejarah, ianya dibawa oleh golongan lelaki-lelaki India Ketika menaiki kapal (juga dipanggil ‘Mamak Tongkang’) Ketika datang ke Tanah Melayu.

Itu cerita bab dulu-dulu lah, tapi sekarang nie nasi kandaq bukan hanya boleh didapati di negeri-negeri utara tanah air tetapi dah berada di banyak negeri-negeri dalam Malaysia nie tau. Jangan pulak terkejut apabila saya bagitau dekat Kelantan pun dah makin banyak wujud kedai-kedai dan restoran-restoran nasi kandaq tau. Dalam entri kali ini saya akan senaraikan beberapa buah kedai dan restoran yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang nie
Jom kita mula!

Sunday, July 25, 2021

Update from Chasing The Sun | Kimi Masuk TV3 and MORE!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat ya. Insha Allah, sama samalah kita jaga diri masing masing dan harapnya ada lah cahaya dan hikmah disebalik pengorbanan dan kesukaran yang kita hadapi ni.

Seperti yang korang boleh tengok di blog kami ni, kami pun macam dah hilang semangat sekejap untuk update anything kat sini. Well sebenarnya bukan dah hilang semangat, cuma literally dah tak boleh nak travel, so tiadalah cerita yang nak dikongsi.

Anyway, entri kali ni sekadar nak kongsi sedikit update terbaru dari kami berkaitan (mungkin ada yang tak berapa nak berkaitan sangat) dengan blog ni. Korang layan sajalah ya.


1. Kimi Masuk TV | Baru baru ni kalau korang tengok I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 Episode 9, tetiba ada muka Kimi kat dalam tu masuk sebagai "Penyanyi Sebenar" dan membawa watak Travel Blogger. Memang lain macam sungguh pengalaman recording untuk rancangan TV ni. Dan waktu tayangan tu, berdebar dia dah hampir sama macam berdebar nak kahwin oi! haha. ICYVM MUSIM 4 EPISODE 9 

Ada yang tanya, kenapa tak plug or sebut nama blog waktu show tu berlangsung. Well actually, tak dibenarkan pun nak plug blog waktu tu, so thats why. Apa apa pun, it was a good experience! Tapi takmau dahhh go through the nervousness!


2. Chasing The Sun Bakal Pindah Office | Untuk pengetahuan korang, kami bakal berpindah ke rumah baru, InshaAllah pertengahan bulan 8 ni. Process pembelian dah hampir sangat nak selesai tapi sebab PKP, beberapa step akhir tergendala seketika. Doakan semuanya berjalan lancar ya! Kalau ada peluang, nanti kami buat a little house and office tour okay. 

Monday, April 19, 2021

 Jom Pergi Bercuti Bersama KOPETRO Travel & Tours!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Siapa kata musim PKP ni kita tak boleh pergi bercuti? Boleh sebenarnya! Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dah umumkan baru-baru ni, aktiviti pelancongan rentas negeri dah pun dibenarkan tetapi di bawah program “Gelembung Pelancongan Bersasar”. Senang cakap, “Gelembung Pelancongan” tu maksudnya melancong dengan menggunakan servis agensi pelancongan. Bukan sebarang agensi ye, agensi tu mestilah berdaftar dengan Kementerian dan kena patuh dengan segala SOP ketat. 


Sekarang kita dah tau, apa lagi, cepat-cepatlah contact KOPETRO Travel & Tours. Agensi ni memang recommended. Boleh dipercayai dan cukup profesional sebab dah 30 tahun berkecimpung dalam industri travel ni. Benda ni penting tau, sebab musim PKP ni, kita nak pastikan kita travel ikut peraturan dan SOP, jangan la sampai kena saman pulak nanti.


Apa yang best dengan KOPETRO Travel & Tours ni ialah, agensi ni boleh bagi kita pakej bercuti mampu milik yang ikut taste dan bajet kita. Sesuai la dengan slogan agensi ni - ‘made for you’. Macam yang disyaratkan dalam program “Gelembung Pelancongan Bersasar”, semua aturan pasal percutian kita mestilah diuruskan oleh satu agensi. So kita tak perlu risau, sebab KOPETRO Travel & Tours boleh handle semuanya. Dari planning, ke booking hotel, sampai ke sewa transport pun agensi ni boleh handle. Barulah betul percutian yang “made for you”, kita tinggal packing beg aje.




Follow terus akaun Facebook dan Instagram KOPETRO Travel & Tours sebab agensi ni selalu je post promo-promo yang limited. Kira siapa cepat, dia dapat. Contoh sekarang ni ada promo diskaun RM100 untuk 50 orang pertama yang booking pakej Pool Site Suite The Pines, Melaka ataupun pakej Golden Sands, Pulau Pinang. Wow! Lokasi-lokasi terbaik tu! Kita cuma kena masukkan password 'KOPETRO Made For You' waktu kita buat booking online kat whatsapp di 012-5657709, terus kita dapat diskaun RM100 tu. Senang, tak payah nak reka slogan ke bagai. Masih ada lagi ni, so kalau berminat, cepat-cepat la booking! Semuanya online tau. Tak perlu la nak ulang-alik ke ofis agensi ni.

Nak lagi mantap, boleh jugak skodeng promo-promo kat website dia atau kalau nak lagi cepat, call je terus ofis dia - 03-21641577 atau whatsapp 012-5657709 untuk booking. Dah penat kan duduk rumah aje? Apa lagi, jom lah pergi bercuti!





Thursday, April 15, 2021

Ada Apa Di Puncak Gunung Jerai Sekarang | A Farewell Trip For Ima
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Apa khabar semua tatkala border antara negeri masih lagi belum dibuka? Mesti masing-masing rindu nak travel dan jalan-jalan kan? Tak mengapa, apa kata ambil peluang ni untuk jalan-jalan dekat negeri sendiri,  boleh lah cover tempat-tempat yang tak biasa pergi lagi.

Kali ni, kami akan kongsi sedikit pengalaman Hana, Kimi dan Ima ke puncak tertinggi di negeri Kedah, GUNUNG JERAI (14 March 2021). Kami sebenarnya agak sedih sebab sahabat baik kami, si Ima ni akan berhijrah dari Kedah dan kembali ke sisi keluarga di KL. Jadi, wajiblah kami paksa dia tawan dulu puncak tertinggi di negeri Kedah. Make sure betul-betul persiapkan diri kalau nk trekking ke atas ye, 3 jam juga la untuk level kami-kami ni. Itu kepada yang nak trekking lah, kami drive ke atas 😜


Dah lama sebenarnya Hana dan Kimi tak ke Gunug Jerai, last pergi pun masa zaman sekolah menengah! Hampir tak cam weh, Gunung Jerai yang dulu bukanlah yang sekarang. Gunung Jerai sekarang ada vibe Cameron Highlands sikit sebabnya pokok-pokok yang selalunya tumbuh di Cameron ada di sini! Suasana di puncak Gunung Jerai jadi macam berganda-ganda lebih cantik dari dahulu semenjak kemunculan Jerai Hill Resort. Sayangnya kami tak plan untuk bermalam, memang sangat tempting untuk tidur di Jerai Hill.






Memandangkan masih pagi lagi semasa sampai ke puncak Jerai, kami mengambil keputusan untuk mengopi di restoran di situ berlatarbelakangkan keindahan langit biru tatkala berada di puncak tertinggi negeri Kedah itu. 



Sedikit peringatan untuk semua, harga makanan di atas walaupun bertemakan pastry, tetapi agak mahal ye. Harga minuman semuanya level-level harga Starbucks ye. Tapi tak apa lah, sekali sekala kan. 

Semasa berada di Puncak, kami amat tertarik dengan sebuah villa yang memang lain macam dia punya kemewahan tu, besar gila! Puas kami scroll instagram dan agoda untuk cari berapa rate villa tu tapi memang tak wujud. Guess what? Itu rupanya villa untuk kerabat diraja Kedah sahaja. Patut la tak ada. 


Lepas dah puas jamu mata dengan pemandangan kat atas, perut pun dah kenyang kami pun ambil keputusan untuk turun ke bawah. Next destination kami adalah Sotong buncit jahat di Top D Gurun pula! 


Sekian sahaja untuk post kali ini! Assalamualaikum.

Friday, April 9, 2021

12 Jam Perjalanan Dari Kulim ke Langkawi

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Alamak lama gila tak letak apa apa post baru dekat blog ni. Harap korang semua mengerti la yer, disebabkan Covid19 ni travelling kan tak boleh, hence no story to share here. 90% of the content of this blog adalah perkongsian pengalaman kami travel, so no travel, no post. 

Jadi dengan adanya post baru kali ni adakah ini bermaksud kami pergi travel somewhere? yaa tepat sekali. Lebih tepat lagi, Langkawi. Almaklumlah, sempadan antara negeri masih belum dibuka untuk lagi, jadi kita travel dengan selamat di dalam Kedah sahaja dulu. Cerita kalini bukanlah nak recommend hotel ataupun tempat makan best di Langkawi tapi lebih kepada nak kongsi perjalanan kami. Haa joms!


Kami buat keputusan untuk pergi ke Langkawi tu pada pagi Sabtu (20/3/2021), rasanya lebih kurang jam 9pagi camtu. Ada beberapa perkara yang menyumbang kepada tercetusnya idea nak pergi Langkawi ni dan pagi tu baru Kimi said, lets make it happen. Setelah dikira kira dan di semak di laman web Ferry Langkawi, ada tiket Ferry available pukul 2:00pm. Hana perlu ke Penang atas urusan kerja dalam jam 10:30am -11:00am. So, if everything goes according to our calculation, memang sempat sangat untuk dapat naik Ferry pukul 2:00pm. Oh, kami pergi ni sekali dengan family Hana. Jadi setelah Hana Kimi pasti dengan rencana ni, terus dimaklumkand dekat family Hana and diorang pun terus bersiap siaga lah.

Kimi got all the timing sorted out already dalam kepala, around 10.15am, tayar bergolek untuk ke Penang dahulu untuk settle kan kerja Hana. Dekat Tasek Gelugor to be exact, which is just 30 minit dari rumah kami di Kulim ni. Or so it should have been if we didnt get lost. Haha. Yes, insident pertama. Tuan kedai yang Hana patut jumpa tu dia tak berapa familiar dengan sharing location on Whatsapp, so kami cuma cari location kedai dia berdasarkan alamat dan naluri. haha. Dan thanks to our naluri, we arrived in the middle of sawah padi with only bengkel2 lama on our sight. So, we were lost and luckily someone dekat kedai client Hana tu bantu untuk share location. So dlm pukul 11 lebih kami sampai ke lokasi yang dituju.

Tunggu punya tunggu, 12.30pm baru Hana settle kerja di Tasek Gelugor tu. Kami terus pecut menuju ke Kuala Kedah. Family Hana dah gerak terlebih dahulu sebab risau takut kami lambat. Timing kami memang dah off, memang tawakal saja ni. Sempat tak sempat, belakang kira, sekarang pecut dulu. 

1.50pm, kami sampai di exit Alor Setar Selatan. Cuba teka apa yang berlaku? Ya, roadblock. Elok2 lepas roadblock tu memang dah lepas pukul 2.00pm, tp kami dok rasa mcm masih ada harapan walaupun tersangatlah tipis. Oh ya, dlm kekalutan nak kejar masa ni, kami juga tersedar yang kami xda cash di tangan untuk bayar parking japgi.. Tak lama lepas tu, dapat panggilan dari adik Hana bagitahu yang Ferry telah pun berlepas. Haha. Menangis tak berlagu la kami berdua.

Bila dah tau memang dah terlepas Ferry tu, kami pun dah anxious or rushing nak kejar Ferry dah. Cuma sedikit anxious sebab takda duit nak bayar parking. Usually paling cikai pun parking area Jetty tu RM10 jugak. Waktu tu literally ada beberapa kepingan duit syiling ja guys. Haha. Mujurlah, dalam kami dok cari parking tu, kami tertegur sorang tokey warung dekat area2 parking tu. "Jom ikut pakcik p Surau, parking sana ja, parking sebelah kereta pakcik". Haa begitulah ayat dia menjemput kami parking free dekat surau. Dia kemudiannya naik sekali dengan kami menuju ke surau. Nak dijadikan ceritanya, pakcik ni Bendahari agung surau dekat kampung tepi jetty tu. Dia siap ada designated parking area okay. Diaa suruh parking jer kat tepi kereta dia, malam satg dia akan lock pagar surau, so inshaAllah selamat. Itulah rezeki namanya.

Selepas parking, kami pun berjalan lah menuju ke Jetty, dlm 5 minit walking ja dari surau tu. Saja nak mencuba nasib nak tanya kalau kalau ada kerusi kosong untuk next Ferry, walaupun kami dah memang tengok dalam sistem online cuma ada Ferry jamp 7:00PM yg masih available. Gila apa nak tunggu dari 2.30pm sampai pukul 7.00pm untuk stay separuh malam ja di Langkawi. haha. 

Tapi setelah di kira kira dan berbincang di Marry Brown tepi Jetty tu, kami buat keputusan untuk beli jugaklah tiket pukul 7.00pm tu. Alang2 dah sampai sini kan, kita redah sajalah. Lepas beli tiket tu, kami pun kepishangan la tunggu sampai pukul 7.00pm. Pukul 6.30pm kami dah berdiri beratur nak masuk. Alhamdulillah setelah beberapa jam yang memenatkan, akhirnya kami berjaya berada di atas Ferry. Buat korang yang wondering mcmmana ramai tak orang untuk trip pukul 7.00pm ni, jawapannya, masih RAMAI. Sadly, takda social distance pun dekat seat. Seat number yang diberikan memang takda selang2, so kalau follow number seat dekat tiket tu, memang akan dudut rapat2 lah dengan orang sebelah. Me and Hana we did still try to jarakkan kan sikit dengan another person yang duduk di row kami tu. Akhirnya kami dalam perjalanan atas Ferry menuju ke Langkawi.


NAMUN. Cerita masih belum berakhir guys, selepas 30 minit Ferry berlepas dari Jetty, kapten Ferry bagi announcement. Kami tak dengar dengan jelas tapi menurut the other person yang duduk dekat row kami tu, kapten bagitau ada kerosakan pada gear Ferry. So diorang tak boleh go full speed, so instead Ferry akan go half the normal speed, juga bermaksud, perjalanan yang selalunya sejam setengah akan jadi 3 jam. Ni kalau naik kereta dah sampai KL ya kawan kawan. Haha. Apaboleh buat, redha saja lah. Tambah anxious bila bateri phone kami dua dua dah nak habis. 

Korang patut tengok keadaan atas Ferry tu. After 2 hours, semua orang dah tak senang duduk. Budak budak dah mula berlari sana sini. Orang orang tua pun dah lenguh duduk, masing masing jalan merata. It was such a bizare view to see on a ferry. Nampak mcm dalam mall dah. 


Selepas 3 jam lebih dan beberapa awkward conversation dengan kitorang punya row-mate, akhirnya sampai jugak ke Jetty Langkawi dalam pukul 10.15pm cmtu. Fuhh tak pernah lagi buat kerja macam ni sebelum ni. Keluar je jetty tu  nak book Grab pulak tak boleh sebab batery phone habis. Masuk lah balik dalam jetty tu kena charge phone dulu. MashaAllah dugaan. Dengan penat nak pengsan nya. haha. Kami akhirnya berjaya book Grab dan sampai di Berjaya Resort  Langkawi pukul 11.30pm.

Begitulah ceritanya perjalanan kami dari Kulim sampai ke Langkawi yang mengambil masa lebih 12 Jam. Haha. Belajarlah untuk tidak jadi macam kami ya. Esoknya kami sempat ronda ronda Langkawi sikit dan naik Ferry pulang ke mainland pukul 4.30pm. Whatever it is, we had fun and no stress, memang biasa dah dugaan dugaan macamni melanda kami waktu travel. Ok guys, terima kasih kalau kroang masih membaca sampai sini. Entry ni literally macam takda point pun. Saja nak kongsi that crazy experience that we went through. Sampai sini dulu. Take care korang semua! Assalamualaikum.











Friday, January 8, 2021

Tempat Makan Best Di Sungai Petani | Mari Chill & Lepak di The Kafeina Depot SP!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang penduduk Sungai Petani dan sedang mencari port untuk chill dan lepak sambil nikmati kopi dan juga layan ambience yang super retro, haa kami ada nak rekemen satu tempat makan best ni dekat SP. Kami pun baru ja discover cafe ni, tu pun parents Kimi yang suggest. Haaa nampak tak betapa up to date nya our folks. Haha. Cafe yang kami maksudkan adalah The Kafeina Depot SP. 



Ambience | Kami nak rekemen cafe ni mainly sebab the ambience is super cool. Dia macam a mixture between retro and vintage plus a little bit of boho punya style. A lot of oldies stuff (radio, basikal & macam macam lagi!). Tumbuhan dan pokok pun banyak dijadikan dekorasi di kafe ni ! Kombinasi yang menarik! And yang lagi uniknya, dalam cafe ni siap ada sebuah kedai baju bundle lagi tau! They definitlely nailed the ambience department. So, kudos! 7/10. Meh tengok!