Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, May 28, 2019

D.I.Y TRIP TO THAILAND | Bangkok-Kanchanaburi-Lopburi

Ini adalah solo travel pertama saya ke bumi Thailand selama 7 Hari 6 Malam. Pengangkutan yang dipilih adalah by Train 🚂 (Bukit Mertajam-Padang Besar-Hatyai-Bangkok) keseluruhan perjalanan adalah 22 jam. Total bajet adalah RM560 (exclude shopping). Rate : RM 1 = 8.02 Baht
3 benda penting yang perlu kita titik beratkan kalau nak travel ke mana mana negara           adalah Penginapan, Pengangkutan & Makan Minum.



PENGINAPAN
  • Charoendee Boutique Hostel, KhaoSan Road (Single Room without Bathroom-RM32/night)
  • VN Guesthouse, Kanchanaburi (Single Room with Bathroom - RM 48/night)
  • Pop Art Bangkok, Hua Lampong (Dormitory - RM 40 for 2 nights)
  TOTAL PENGINAPAN  : RM 120
   P/S : Booking by booking.com & Direct email to VN Guesthouse.
______________________________________________________________________________


PENGANGKUTAN

1. Train 
  • Bukit Mertajam - Padang Besar = RM 10.70
  • Padang Besar - Hatyai = 70 Baht/ RM 8.70
  • Hatyai - Bangkok = 605 Baht/ RM 76 (Sleeper Lower Berth 2nd Class Fan)
Total = RM 95 ( Return RM 190 )
  •  Hua Lampong - Lopburi = 100 Baht / RM 12.50 (Return)
2. Bas 
  • Sai Tai Mai - Kanchanaburi = 200 Baht/ RM 25 (Return)
  • Kanchanaburi - Erawan Falls = 100 Baht/ RM 12.50
3. Public Transport 
  • MRT, BTS, GRAB, Taxi Meter & Moto Sapu. (Anggaran total RM 60 something)
TOTAL PENGANGKUTAN : RM 300

P/S: Disebabkan last minit plan tak sempat nak buat research mengenai transport satu tempat ke satu tempat, so naik je yang mana ada. Transport kat sana agak mahal kecuali bas awam.
______________________________________________________________________________

MAKAN & MINUM
  • Disebabkan makanan di Thailand sangat sedap dan murah so aku spend agak banyak. Anggaran lebih kurang RM 100

TOTAL MAKAN MINUM : RM 100
P/S : Agak susah untuk jumpa makanan halal di Bangkok. Tapi jangan risau 7E ada dimana mana sahaja. Ada setengah 7E ada makanan frozen yang halal so kena pandai cari. Kalau nak mudah bawa je pek Brahim's.
______________________________________________________________________________

PELBAGAI
  • Erawan Falls Ticket (300 Baht/ RM40)
TOTAL PELBAGAI : RM 40

______________________________________________________________________________

KESIMPULAN
  • Penginapan RM 120
  • Pengangkutan RM 300
  • Makan&Minum RM 100
  • Pelbagai RM 40
  • JUMLAH RM 560 💸
P/S : Sebenarnya boleh kurang lagi cost ni kalau buat plan yang lebih terperinci. Area Khao San sangat banyak hostel yang lebih jauh murah, walk in pun boleh. Untuk transport better buat research betul betul supaya mudah dan jimat bajet. Jangan sesekali naik Tuk Tuk sangat cekik darah.

By Chasing The Sun Guest Writer
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: