Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, March 12, 2022

Pengalaman Mendaki Bohey Dulang Di Semporna | Berbaloikah Panjat Sampai Ke Puncak?

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Seperti biasa, kami buka entri ini dengan mendoakan korang semua sentiasa sihat dan happy selalu. Baru baru ni kami di CTS telah terbang ke Sabah untuk teroka Tawau dan Semporna. It was a really great trip and we were so amazed by how magnificent our islands are over there in Semporna. Kami memang selalu dengar yang pulau2 di Semporna sana memang cantik tapi sebab sepanjang hidup tak pernah tengok pulau yang betul-betul cantik, so memang kami langsung tak tau what to expect. Even the photos you see online don't do justice to them.

Jadi, beberapa entri yang akan kami tuliskan di CTS selepas ni adalah berkaitan dengan trip kami ke Tawau & Semporna tempoh hari ya! Untuk entri kali ni, kami nak kongsikan pengalaman kami di pulau pertama yang kami lawati di Semporna iaitu, Pulau Bohey Dulang. So apa yang menariknya Bohey Dulang ni? 



Untuk trip Semporna ni CTS telah mengambil khidmat tourguide dari Zafqan Travel & Tour. Nanti kami akan tulis overall pengalaman kami bersama dengan Zafqan Travel & Tour ni okay. Untuk hari pertama island hopping, tourguide dah atur untuk kami melawat Pulau Bohey Dulang terlebih dahulu. By now, korang pun dah kenal kami ni macamna kan? Jenis tak reti nak buat research betul2 terlebih dahulu sebelum pergi mana-mana. Memang follow sajalah apa yang tourguide sarankan.



Kami gerak naik boat dari Jeti Semporna menuju ke Bohey Dulang sedikit lewat dalam jam 12:00pm macamtu. Ohh ya lupa nak bagitau, kat Bohey Dulang tu sag kami dimaklumkan kena hiking tau. Haha. Masa tu macam ragu2 lah betulkah nak hiking tengah tengah hari merembang ni kan. Tapi takpa, kita onz ja dulu. 


Selepas lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki boat, kami sampai di Pulau Bohey Dulang. Sepanjang perjalanan tu kami disajikan dengan pemandangan cantik pulau pulau sekitar situ dan juga water bungalow & chalet yang berdekatan. Setiba di Bohey Dulang, kami disambut pemandangan air laut yang sangat jernih sampai boleh nampak lah ikan-ikan , batu karang, tapak sulaiman apa suma. Dari jauh nampak warna biru kehijauan, bila dekat sangat jernih. Tergamam sekejap. Atas boat kami tu boleh dengar la orang dok "wow", "cantik gilaaaa", "paduuuu beb!", ok yang last tu tipu.  Tapi sumpah memang cantik sangat. 



At the back, kami juga nampak hutan dan bukit yang kami mungkin kena naik sebentar lagi. Bayangkan guys, waktu tu lebih kurang 12:30pm. Haha. Memang panas terik. Tapi guide kami kata, pasti berbaloi kalau naik. Kami pun setuju untuk proceed naik.


Setelah semua ready, kami pun mulakan pendakian. Of course ada briefing tentang route yang boleh dilalui dan perkara perkara yang boleh dan tak boleh buat sepanjang pendakian. Total distance pendakian adalah 700m dan mengambil masa kurang lebih satu jam. Depending on how fast korang panjat la kan. 


Route yang available masa kami hike haritu boleh diletakkan dalam kategori Tak Berapa Mencabar. Laluan semua elok, ada part yang ada tangga dan takda yang kena lalu denai2 yang yang banyak pokok. So kalau korang jenis yang jarang-jarang hike, jgn risau. Laluan ni sesuai untuk semua orang. Penat itu memang pasti la.



Memandangkan waktu kami pergi tu dah lewat, jadi orang pun dah tak ramai. Literally waktu naik tu memang kami sahaja dengan sepasang lagi suami isteri yang datang satu boat dengan kami. Sepanjang perjalanan kami ada juga bertembung dengan group group yang sedang dalam perjalanan turun. Memang pakat pakat dok kata kat kami, 'sikit lagi nak sampai dah', 'view mmg berbaloi!'. Peramah semuanya ya. 

Laluan sepanjang pendakian memang bersih , takda sampah sarap ka apa sekitar laluan. Confirmlah ada pasukan pasukan yang maintain keselamatan dan kebersihan kat sini. This is one of the most famous and must visit location in Semporna kot!




Setelah lebih sejam mendaki, akhirnya sampai juga ke puncak Bohey Dulang! SubhanAllah memang view atas ni super gila guys. World class! Level2 Nusa Penida kat Bali sana tu. Memang korang akan terkesima lebih kurang 2-3 minit cmtu. haha. Like speechless. Hilang sekejap getar getar di kaki. Waktu kami sampai tu memang takda  orang lain, so nak tangkap gambar segala jenis posing dan angle memang takda masalah. Cuma panas merembang je lah yang menghalang kami dari duduk atas tu lama2. Kalau tak, nak stay sampai petang! Tak percaya? Meh tengok viewnya.









Oh ya, dekat atas tu ada sorang brother ni jual air. Cuma harga dia tu, dia letak mengikut ketinggian dari paras laut jugak kot. haha. Tp kita faham je lah, dia angkut sekotak air tu dari bawah, so mmg patutlah mahal sikit. Lepas lepak dekat atas tu dlm lebih kurang sejam jugak, kami pun bergerak turun ke bawah semula. 


Seriously, sampai ke saat coretan ini ditulis pun kami masih lagi kagum dengan kecantikan view dekat atas tu. Rasa macam tak cukup ja ambik gambar haritu. Teramatlah recommended kalau korang sampai ke Semporna, untuk naik Bohey Dulang dan see that view. Kalau ada rasa rasa malas untuk mendaki tu, sila buang jauh2 atau lempar dalam laut bagi ikan makan! MESTI naik, okay! Here is a vlog of our hike.


So itulah sedikit sebanyak pengalaman kami mendaki Bohey Dulang dan menyaksikan keindahan pemandangan dekat atas sana tu. Harap dengan baca perkongsian ni, korang yang memang tengah tunggu time untuk pergi ke sana akan makin excited la ya! Kalau masih dok merancang dan survey tourguide, boleh try contact Zafqan Travel and Tours yang bawa kami haritu. Klik SINI sahaja untuk contact diorang. Itu saja for now, see you in the next entri!


Previous Post
Next Post

post written by:

1 comments:

Anonymous said...

These 원 엑스 벳 are specialist on line casino software corporations with their very own reside on line casino studios. American Rouletteis a game of a wheel and 38 slots the place a ball can land. That’s why this game is commonly known as a “double zero” roulette. The slots from 1 to 36 are coloured both black or purple and the slots numbered 0 and 00 are coloured green.