Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat sejahtera belaka ya. Memandangkan kami sekarang setiap bulan pasti akan ke negara jiran se ASEAN kita iaitu Philippines atas urusan kerja, kami rasa wajarlah untuk kami kongsikan dekat CTS ni process untuk masuk ke Philippines ni in case ada antara korang yang tengah planning nak masuk ke sana dan nak tahu proses masuk ke Philippines - post covid19 - as of 11 September 2022. Spoiler alert, prosesnya sangat mudah and this is going to be a short post.
1. One Health Pass | Semua yang nak masuk ke Philippines WAJIB isi dan lengkapkan ONE Health Pass ni, online sahaja guys. Borang ini hanya boleh diisi within 72jam sebelum ketibaan korang ke Philippines. Basically ONE Health Pass ni macam kita punya MySejahtera la. Korang kena declare health status korang, upload Vaccine cert, declare kat mana nak stay di Philippines dan sebagainya. Kejap ja isi borang ni , tak sampai 10 minit https://www.onehealthpass.com.ph/. Jangan terlepas isi tau, takut problem dekat airport dan imigresen.
2. Vaccine Cert | Sijil Vaksin . Untuk dokumen yang ni korang cuma perlu make sure MySejahtera korang updated dan boleh tunjuk Sijil Vaksin korang. Make sure dah vaksin sampai booster shot okay. Diorang memang akan tanya dah booster atau belum. Kalau nak tunjuk semangat sikit, boleh download dan print siap-siap sijil vaksin korang tu okay!
3. Passport | Yang ni tak payah explain kot kan?
4. Arrival Card | Bila sampai dekat Airport di Philippines, akan ada satu lagi form kena isi on the spot kat sana, basically yg ni adalah arrival card untuk declare details penginapan korang di Philippines. Also very simple form.
Oh ya, lupa nak mention, untuk masuk ke Philippines korang tak perlu buat PCR atau apa apa Covid19 test, NONE. Dan juga TIADA kuarantin bila dah sampai sana. So memang sangat mudah documentation dan juga process nak travel masuk ke Philippines. Seperti yang kami cakap tadi, entry kali ni pendek sahaja. Harap menjawab la soalan buat korang yang nak tau dokumen apa yang diperlukan untuk masuk Philippines post Covid19 ni. Jumpa lagi di lain entry guys!
0 comments:
Post a Comment