Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, February 17, 2022

Hotel Tour #17 : Macalister Hotel | Hotel Paling Berbaloi to Stay in Georgetown?


Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ini, kami akan kongsikan pengalaman kami di Penang dimana kami berdua telah memilih untuk stay di Georgetown area. Kami perasan bahawa pengunjung yang datang ke Penang ni ada dua categories, satu yang nak stay di area pantai seperti Batu Feringghi dan Tanjung Bungah, manakala satu jenis lagi adalah yang nk stay di town. Kat mana yang best nak stay kalau di Georgetown?

Kami memang dah banyak kali staycation berdekatan dengan area pantai, jadi kali ini nak tukar angin sikit untuk stay area town. Apa yang menariknya apabila kita stay di town area ni, kita dapat betul-betul menghayati binaan-binaan bangunan yang bercirikan colonial heritage yang amat unik dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Memang tak jemu lah pusing-pusing town ni bagi mereka yang sukakan konsep seperti ini. Dimanakah kami stay? This time kami stay di Macalister Hotel by PHC yang terletak di Jalan Macalister!


Lobby | Untuk lobby Macalister Hotel ni, bila korang masuk jer, a complete different mood terus dari apa yang korang tengok di bangunan dia diluar. Luar kan tadi kami kata colonial heritage, tapi bila masuk dalam lobby, its very modern dan mewah. Lobby nya kecik ja tapi ada lah tempat duduk untuk menunggu dan lobby nya juga bergabung dengan kawasan kafe. Jadi selesalah sementara nak tunggu turn untuk check in tu.






Bilik | Dekat hotel ni, ada beberapa jenis bilik, depends on budget masing2. Kami telah memilih untuk stay di Family 2 Bedroom Suite. Sebaik sahaja ambil kunci dan masuk ke dalam bilik, rasa tak percaya sekejap, luasnya! Dan yang paling penting dia punya deko tu cantikk, especially bathroom dia punya design memang kebaboom. Boleh dikatakan one of the best bathrooms yang kami pernah tengok. A good way to put it is, setiap sudut di dalam bilik ni macam sudut2 di IKEA showroom. Bilik Family 2 Bedroom Suite ni memang sangat sesuai dan berbaloi untuk korang yang plan nak datang ke Penang ni dengan keluarga ataupun a group of friends. 







Selain dari Family 2 Bedroom Suite ni, ada lagi beberapa pilihan suites yang lain, kalau tak silap ada lagi 3 jenis suites yang lain dan semuanya ada tarikan dan kelebihan yang tersendiri la. Ada suites yang biliknya high ceiling untuk korang yang sukakan ruangan yang mcmtu. Ada suites yang boleh buat light cooking sebab ada dapur dan ada jugak suites yang memang just teramat besar! haha. 




Untuk bilik yang bukan suites pun available. Kami emphasize kan dekat suites ni sebab bagi kami, ini memang tarikan utama dekat sini. Suites yang luas dan super cantik dan kemas dengan harga yang surprisingly affordable. 

Lokasi | Macalister Road ni kita macam selalu dengar kan? Tapi apa sebenarnya yang ada kat sini, korang pernah try cari tengok tak? haha. Actually, selepas bersembang dengan manager hotel ni, kitorang baru tahu, di sekitar hotel ni rupanya terdapat banyak port port makan best yang hanya local Penangites saja tau. And yang menariknya, terdapat port lepak and makan best untuk semua bangsa. Like literally port makan ni semua seberang jalan daripada Hotel Macalister. Kalau local Penangites mesti pernah dengar Pak Yusoff Nasi Melayu. Haa kat sini lah weh! Meh tengok video bawah ni untuk nampak lagi jelas apa yang kami maksudkan.


Street Art & Heritage Buildings | Pencinta landscape dan bangunan macam kami memang sangat appreciate the location of this hotel. Dekat keliling hotel ni memang padat dengan bangunan bangunan lama yang Instagramable. Street Art pun ada di sekitar kawasan Hotel Macalister ni. Walking distance sahaja. Boleh tengok gambar yang sempat kami snap kat bawah. Jadi kalau korang tak larat nak pusing Georgetown, jalan sekitar hotel pun dah mencukupi untuk rasai pengalaman hunting street art and old buildings.





Easy Access to Shop Lots | Ni satu lagi perkara yang kami appreciate tentang hotel ni. Hotel Macalister ni berkongsi satu bangunan dengan Watson, Kedai Serbaneka 24jam, Kedai Kopi Frank Laurent, cafe HAP and also a SALON! haha. Basically memang sangat memudahkan segala urusan kami la. Macam yang kami cakap tadi, those yang datang dengan family, anak anak kecik, korang mesti akan appreciate sangat Watson dgn Kedai 24hours tu.




Rasanya satu lagi perkara yang korang perlu take note, dekat hotel ni takde designated parking area, tapi tak de masalah pun nak parking dekat tepi-tepi jalan banyak je. Road depan, kiri kanan tengah semua boleh lah parking. Setakat yang kami duduk ni, after few times keluar masuk pun alhamdulillah dapat parking dekat depan hotel.

Overall, we had a wonderful stay dekat Hotel Macalister By PHC ni. Bilik hotelnya super clean and kemas. Lokasi pun best, sebab dekat dengan convenience stores dan ada tarikan pelancong di sekitar hotel. Tempat makan pun dekat. So kalau korang yang datang Penang dan mahukan sedikit kelainan, instead of staying by the beach, why not try staying in town. Try Macalister. Boleh book diorng di booking apps /platforms atau boleh pergi terus ke website diorang WEBSITE MACALISTER . Itu saja untuk entri kalini.  Assalamualaikum.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: