Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, February 4, 2022

Hotel Tour #16 : The Majestic Malacca | Hotel Dengan Unsur Classic Baba Nyonya!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni kami nak bawak korang tour sekitar sebuah hotel yang letaknya di bandar hilir Melaka. Ya, ini masih lagi sambungan dari trip akhir tahun kami ke Melaka tempoh hari. Rasanya ni mungkin entri yang terakhir dah kot untuk trip berkenaan. Hotel yang kami maksudkan itu adalah The Majestic Melaka. Kami sempat stay dekat hotel ni untuk 1 malam sahaja, jadi jom kami kongsikan sikit apa yang menarik dengan The Majestic Melaka ni.


Lokasi The Majestic Melaka ni lebih kurang 10 minit dari Jonker Street, so memang dekat sangatlah dengan tempat yang kami stay malam sebelum tu, Rimba Jonker. Ni pun booking last minute jugak ni. Nasib baik masih ada bilik yang available. Since lepas check out dari Rimba Jonker tu ada a few hours sebelum check in, kami jalan-jalan lepak pantai dulu.

Sampai masa check in tu around 3pm cmtu, lepas check in sementara nak tunggu bilik ready, diorang suruh duduk dulu and then diorang serve kuih muih tradisional dan juga teh baba nyonya. Special ni! Masih ingat lagi couple dari Jepun depan kami, excited sangat depa dapat try kuih kuih kita. 



Sementara menunggu tu sempatlah kami pusing-pusing lobby The Majestic Melaka ni, dah macam muzium Baba Nyonya guys. Haha. Memang menarik! Meh nak kongsi sikit dengan korang.

Bila bilik dah ready, ada staff diorang yang bawak kami ke lift and borak-borak dengan kami, so walaupun lobby tadi macam sangat klasik dan old school, tapi service diorang memang feeling macam stay dekat the hotel - hotel 5 stars urban dekat KL. Very nice. Oh ya lupa nak mention,The Majestic Melaka ni adalah salah satu dari very few hotel dekat Malaysia ni yang tersenarai dalam Small Luxury Hotels of The World, haa kalau nak tau benda apa tu, silakan google okay! Setakat ni kami dah stay dekat 2 hotel yg tersenarai dlm tu. Mantopss! Ok jom tour bilik.





Bilik memang sangat luas dan cantik gila! Masih lagi ada unsur unsur klasik tu dari segi warna dan material perabot dalam bilik. Tapi kami memang dapat rasakan yang ni memang next level punya bilik la. Sesetengah hotel bila cuba utarakan unsur klasik, end up rasa macam bilik hotel hotel lama tapi untuk Majestic ni memang classic dan classy. Rasa mewah lah senang kata.

Untuk utiliti lain, dekat bawah juga ada disediakan gymnasium dan juga swimming pool. Cumanya untuk guna kemudahan kemudahan ni, korang kena call dulu receptionist dan book session korang. Kami cuba book, tapi penuh. tapi (berapa kali tapi daa) nasib baik ada sorang penginap ni baik hati untuk bagi satu slot dekat kami, so dapat lah mandi kolam dengan main gym! 


Untuk breakfast buffet, kami tak sempat ambik gambar, tapi boleh tahan la. Nothing too special. Tapi all the normal breakfast food ada disediakan. 

Itu saja sedikit sebanyak perkongsian yang kami boleh tuliskan tentang penginapan kami dekat The Majestic Melaka. We had a good stay here. Really really appreciate the Baba Nyonya touch yang also konsistent dari luar bangunan, lobby sampailah ke dalam bilik. Somehow they managed to marry a classic theme dengan urban and luxury vibe very well. Kudos. Kami sediakan sedikit video untuk korang tengok kat bawah ni. Until the next time guys! Assalamualaikum.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: