Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, November 30, 2022

Assalamualaikum & hello Sunchasers | Pada entry kali ini, kami akan kongsikan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di negeri Perlis Indera Kayangan! Semenjak dua menjak ni kalau korang perasan, ramai sangat orang share lokasi-lokasi menarik di negeri Perlis, daripada port tangkap gambar OOTD sampailah ke port makan menarik, semuanya ada! Disebabkan kerap sangat lalu dekat timeline, kami pun ambil keputusan untuk explore negeri Perlis. Banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak cover, inshaAllah akan perli lagi next time.




1. Floating Market JPS Perlis

Kalau korang tak sempat lagi buat passport untuk ke Floating Market di Hatyai, korang boleh try pergi yang local punya dulu dekat JPS Perlis. Cumanya floating market di sini tak sebesar floating market di Thailand lah, mungkin sebab baru lagi kan. Rasanya baru ada dalam 6-7 sampan yang berniaga. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan lain (non-floating) yang dibuka. Overall, memang a nice place untuk santai-santai dengan keluarga, kalau korang nak berkayak di tasik pun boleh.


2. Makan petang ni Ladang Nipah Kipli

Kalau dah alang-alang ke utara, mesti korang teringin nak cari restoran atau warung yang ada jual bihun sup, laksa mi rebus dan sebagainya kan? Korang boleh cuba pergi ke Ladang Nipah Kipli, semuanya ada kat sini. Plus, lokasi tempat ni unik sebab jalan masuk ke sini dipenuhi dengan sawah padi nan hijau dan restoran ni pula terletak dalam kawasan yang dipenuhi pokok nipah. Unik kan! Ada juga menu masakan Thailand seperti somtam, pulut ayam dan macam-macam lagi yang korang boleh cuba.


3. Aktiviti Keluarga di Empangan Timah Tasoh

Ini adalah antara tempat yang viral di Perlis sejak kebelakangan ini dan menjadi port lepak seisi keluarga. Memang cantik tempat ni, ada taman bunga, photo booth, keretapi untuk kanak-kanak dan sebagainya. Korang juga boleh buat aktiviti lain seperti memancing, berkhemah atau berkayak. Tempat ini juga boleh dilawati pada waktu malam sebab ada banyak lampu berwarna warni di sini.

4. Menikmati Panorama Indah dari Wang Kelian View Point

Korang kena jalan sedikit kalau ke sini, sebab kereta perlu parking di bahagian bawah. Ala, tak jauh pun. Memanhg seronok menikmati pemandangan di sini, angin pun kuat terasa nyaman je. Korang juga boleh makan di gerai-gerai jualan di sini. Cumanya, kalau tak silap, gerai jualan di sini hanya dibuka daripada hari Jumaat sehingga Ahad sahaja. 


5. Sunset walk di The Ocean Glow, Kuala Perlis

Lepas dah penat jalan seharian, korang boleh pergi ke Kuala Perlis untuk melihat matahari terbenam. Tempat ini dipanggil ocean glow sebab pasir di kawasan laut cetek akan kelihatan seolah-olah bercahaya. 

6. Solat di Masjid Al- Hussain Kuala Perlis

Masjid ni kelihatan sangat majestic sebab ianya terapung dan dikelilingi lautan. Lokasi masjid ini pula terletak berhampiran sahaja dengan The Ocean Glow, boleh jalan kaki sahaja. Jadi kalau korang dah puas tengok sunset di the Ocean Glow, boleh lah terus ke sini untuk menunaikan solat Maghrib.

7. Makan Ikan Bakar di Nyiru Klasik Ikan Bakar

Restoran ini tidaklah terletak bersebelahan dengan pantai, tetapi memang menjadi kunjungan ramai di negeri Perlis. Seafood dekat sini pun fresh, korang boleh pilih dan minta restoran masak mengikut menu pilihan. Kalau dah ke sini, jangan lupa cuba kerang bakar, saiz dia besar-besar!




Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: