Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, January 10, 2020

Hai Sang Lou @ Avani Sepang Goldcoast Resort | Makanan Lazat dan Restoran Cantik !

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang sihat walafiat semua ya. Untuk pengetahuan korang hujung bulan tahun lepas, pada tarikh 22 December 2019 kami berdua berkesempatan menginap di salah satu hotel idaman kami kat Malaysia ni iaitu Avani Sepang Goldcoast Resort. Ni boleh kira percutian sempena penutup tahun 2019 dan juga sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Kononnya, saya nak buat surprise dekat Hana, rupa rupanya dia dah tahu tentang ‘surprise’ ni sejak sebulan lepas lagi. Haha..Anyway, yang bestnya adalah pihak pengurusan Avani bermurah hati untuk upgrade bilik kami ke bilik diorang yang baru siap renovated dengan susun atur dan gabungan warna yang baru untuk  kami share dengan pembaca di Chasing The Sun. Waktu kami stay kat situ, bilik dengan design baru tu msih belum open untuk pelanggan yang lain,  in fact sekarang pun diorang masih  belum lancarkan lagi design tu, jadi sebagai menghormati pihak Avani, kami takkan share lagi gambar gambar dalam bilik tu ya. 


So, apa benda yang nak dikongsikan ni Kimi? Haaa, selain dari menginap kat situ, kami juga sempat merasa makan di salah satu restoran yang terdapat di Avani Sepang Goldcoast Resort ni. Untuk pengetahuan, kesemua restaurant yang terdapat di Avani ni adalah porkfree. Antara restoran yang terdapat di Avani ni adalah Sepoi Sepoi , Bila Bila, Hai Sang Lou dan Perahu. Restoran yang kami cuba adalah Hai Sang Lou, sebab dengar cerita Dim Sum dia authentic dan paduu.

Antara menu signature yang disarankan kepada kami adalah Har Gow Dumpling , then ada Siew Mai, ada juga Deep Fried Chicken Dumpling, Kungpao Chicken, Hai Sang Lou Signature Fried Rice, Butter Prawn (the besttt) dan sayur sayuran.Banyak bebenau kan? Jangan risau, kami tak bazirkan, kami bawa pulang ke bilik untuk dinner pula malamnya. Anyway nak highlight sekali lagi, Butter Prawn dia memang out of this world! Lemak, Juicy dan Cruncy! Ahh teringat ingat lagi ni.



Pengalaman makan di Hai Sang Lou ni bukan sahaja best sebab makanan makanan yang dihidangkan ,tetapi turut dibantu oleh susun atur dan interior di dalam restoran ni yang sangat elegan dan sesuai bagi keluarga yang nak santai santai makan tengahari sambil tengok pemandangan laut serta sekitar resort. Kami pula masa tu dibawa masuk ke bilik VIP diorang, pergh memang A++ viewnya.


Sebagai penutup makan tengah hari kami di Hai Sang Lou Avani ni, kami dihidangkan dengan pencuci mulut yang juga menu special kat sini iaitu Manggo Sago Dessert. Fuhh, kalau dah makan sini tapi tak try dessert ni memang rugi lah tuan tuan puan puan ya. It's the perfect dish to complete the whole lunch experience! Lengkap makan tengah hari kami hari ni!



Untuk Hai Sang Lou ni, the whole experience left us smiling sampai ke Kedah. Haha. Memang kesemua hidangannya bertaraf 5 bintang lah. With extra bintang goes to the Butter Prawn. So, really no complaint. Chasing The Sun memang bagi 5 Suns of out 5 lah kan ceritanya! Kat sini kami nak ucapkan terima kasih dekat pengurusan Avani dan Hai Sang Lou atas layanan dan hospitality yang diberikan. Thank youuu.. Haa lupa nak bagitau, sambil kami dok pekena Manggo Sago tu, Chef dia datang ke bilik kami makan tu untuk say Hi dan tengok muka kami dua yang makan macam ngan hapo ni..Haha.. What an experience! Thanks Again! Ini part 1 untuk cerita kami di Avani. Beberapa perkongsian akan follow nanti ya! Stay tuned ok.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: