Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, December 31, 2022

Nature Retreat Paling Best di Kuching, Sarawak : Pengalaman Di The Culvert Hotel Resort Kuching!

Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Pada entry kali ini kami akan review sebuah hotel berkonsepkan nature retreat yang best giler di Kuching, Sarawak iaitu The Culvert Hotel Resort Kuching. Hotel ini unik kerana para pengunjung berpeluang tidur di dalam gelung bulat yang dilengkapi dengan private bathroom. Kepada korang yang dok mencari kat mana nak merasa nature retreat yang mantap di Sarawak ni, hotel ni kena ada dalam list korang okay!

Lokasi | Hotel ini terletak di Santubong Damai iaitu lebih kurang 30 minit dari bandar Kuching. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana terletak 5 minit sahaja dari Kampung Budaya Sarawak yang boleh dikatakan lokasi wajib para pengunjung yang datang ke Kuching. Kepada hikers pula, korang hanya perlu berjalan kaki 20-25 minit sahaja untuk ke pejabat ranger Santubong National Park, where your journey to Santubong begins! Kepada yang nak santai-santai je dan datang untuk healing, korang boleh chill je dekat hotel sambil dengar bunyi deruan ombak. Memang tak menyesal lah kalau korang ke sini, dah la dekat dengan laut, dikelilingi pula hutan yang hijau, memang healing! Yang seronoknya hotel ni tak tersorok pun, senang je nak jumpa, sebelah jalan besar.