Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, September 15, 2022

Japanese Muslim Restaurant Di Shah Alam: Nikusutei Japanese Muslim Restaurant
Assalamualaikum dan hello sunchasers | Sejak kebelakangan ni kerap betul saya dan Kimi ke Kuala Lumpur, boleh dikatakan hampir setiap minggu. Alang-alang dah ke KL ni, kami teringin juga la nk hunting korean atau japanese restaurant kat sana sebabnya di Penang dan Kedah tak sesedap yang di KL. Tapi selalu hajat tak kesampaian sebab selalu penuh. 


Baru-baru ini kami discover satu kedai baru di Jelutong, Shah Alam. Nikusutei Japanese Muslim Restaurant! Yang best tentang restoran ini ialah dia tidak berada di dalam mall dan kawasan persekitaran pun luas. Yang paling penting, nak parking pun senang. Pertama kali juga kami sampai ke kawasan Jalan Bazaar ni, boleh dikatakan bukan kawasan yang orang selalu kunjungi, mungkin sebab baru lagi kot.

In term of menu, boleh la, not bad choices yang ada. Semua makanan yang ada di standard japanese restaurant boleh dikatakan ada di sini. Cuma tak adalah self grill seperti di sukiya tu. 

Antara menu yang kami cuba di Nikusutei ialah: 

1. chawanmushi - selaku penggemar chawanmushi, yang ni memang sedap! Ada seafood, chicken dan mushroom. Banyak pulak tu. Dah banyak kali kecewa makan chawanmushi tempat lain, yang ni memang kaw. 
2. BBQ Beef Teppanyaki- menu ni datang sekali dengan miso soup dan salad. Daging dia menimbun!
3. Grill salmon steak don- sedap! Salmon dia tu sedap ada rasa sesame oil.
4. Gyoza - yang ni biasa sahaja, standar chicken dumpling.
5. Salmon Mentai - portion tak mengecewakan.

Kalau ada peluang datang Shah Alam lagi akan repeat tak? ABSOLUTELY.