Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, October 7, 2022

Itinerary Ho Chi Minh & Dalat 4 hari 3 malam | Aktiviti Wajib Buat @ Ho Chi Minh & Dalat!
Assalamualaikum & Hello sunchasers | Pada entry kali ini, kami akan kongsikan itinerary secara ringkas tentang tempat-tempat yang kami lawati di Dalat, Vietnam selama 4 hari 3 malam. Kepada yang akan ke Vietnam, kalau korang ada extra time, please visit Dalat! Memang best, angin sejuk dia pun dah lain macam. Makanan halal pun tak ada masalah, ada je restoran makanan halal di sana. Rasanya kami akan ambil masa lebih sikit nak hilangkan post-vacation syndrome kali ini! Jadi jom kami kongsikan pengalaman kami dan tempat-tempat best nak melawat di Ho Chi Minh & Dalat!


Ticket flight
RM370 return (PEN-HCM-PEN).
First time cuba beli through Hopper sebab dengar banyak positif review. Yes, dapat banyak diskaun!

Day 1
  • Tiba di Ho Chi Minh jam 1.00 p.m. Grab ke Restaurant Hajah Basiroh for lunch. (Tambang Grab= 134,000 VND/RM 26. Around RM6.50 seorang untuk kami berempat). Menu pertama yang kami cuba sudah semestinya pho daging dan vietnamese roll. Kami order 4 set pho daging, 4 kopi susu dan 1 set Vietnamese Roll. Total semua sekali 480,000 VND/RM93. Around RM23 seorang). Kami solat Asar di restaurant.
  • Jalan kaki selama 5 minit dari Hajah Basiroh ke Ben Thanh Market. Shopping fridge magnet dan kopi.
  • Jalan kaki ke Saigon SkyDeck untuk tengok night view. Entrance fees 200,000VND/RM38 seorang. Dekat sini air mineral free flow dan toilet bersih sangat!
  • Jalan kaki ke Saigon Central Mosque untuk solat Maghrib dan Isha'. (tempat wudu' wanita di bahagian bawah ye, kene turun tangga sebelah kiri).
  • Grab ke pickup point sleeper bus di Office 10 district. Sementara tunggu bas sampai, kami sempat pekena coffee di Kopi Kai, berhadapan dengan pickup point.
  • 10.00 p.m: Naik sleeper bus dari Ho Chi Minh ke Dalat. Bas ni memang best, boleh baring and ada tirai boleh tutup for extra privacy. Boleh charge phone juga sebab ada USB, lega! Harga ticket bus RM152 seorang (return trip).