Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, January 3, 2022

Hotel Tour #15 : Rimba Jonker Melaka Heritage Residence | Untuk Yang Mahu Experience Jonker Street Sepenuhnya!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni masih lagi sorotan daripada annual year end trip kami ke Melaka tempoh hari. Untuk entri ini kami ingin berkongsi dengan korang sedikit sebanyak tentang hotel cantik yang kami stay untuk satu malam di kawasan Jonker Street. Hotelnya adalah Rimba Jonker, Melaka Heritage Residence yg terletak kurang 5 minit dari pintu gerbang Jonker Walk. Sangat strategik! Kalau nak diikutkan, Rimba Jonker ni lebih kepada apartment suites instead of hotel room, tapi still kalau nak book, diorang available jer dekat Booking.com. 

Terletak berdekatan dengan Jonker Street, tempat ni sebenarnya sebuah rumah kedai bangunan heritage yang ditukar completely menjadi sebuah hotel suite. Technically ada tiga buah bilik, tapi setiap bilik tu  ada loteng yang turut disediakan katil and setiap bilik ada 3-4 katil queen. So, Rimba Jonker ni memang sesuai sangat untuk korang yang nak datang 10-15 orang.

Interior Design & Decoration
Kalau korang sukakan Industrial + Rustic design, korang akan sukakan interior Rimba Jonker ni. Walaupun ianya rumah kedai bahagian tengah, bila korang masuk ja ke dalam, langsung tak rasa sempit atau rasa mcm hotel ni diapit, sebab dari ruang tamu depan memang takda dinding langsung hingga ke bilik pertama ditingkat bawah. Banyak juga sudut yang diorang mengunakan pencahayaan natural dari luar untuk buat ruangan dalam ni rasa lebih luas. Unsur unsur nature juga ada, yang mana korang boleh tengok sewaktu menaiki tangga dari tingkat satu ke bilik-bilik di tingkat 2. You will love the interior!

Tuesday, June 30, 2020

Apa Yang Menarik Di ENCORE Melaka | Tentang  Seni , Budaya Dan Sejarah !
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang pernah dengar tentang Encore Melaka? Kalau tak pernah tu jangan risau, kami pun sebenarnya baru sahaja tahu tentang Encore Melaka ni. Melihatkan rupa bentuk bangunannya yang lain macam unik, kami terpanggil untuk datang ke Encore Melaka pada  dan lihat sendiri apa yang ada di dalamnya. Rupa-rupanya Encore Melaka ni masih belum dikenali ramai sebab diorang memang masih baru. Boleh dikira tarikan pelancongan yang paling terbaru sekali lah dekat Melaka ni. Lokasinya adalah di Kota Syahbandar berdekatan dengan Pantai Klebang, jadi korang boleh lah jalan jalan di Klebang pula selepas melawat Encore Melaka.