Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, July 11, 2020

Top 30 Malaysian Travel Bloggers 2020 | Chasing The Sun Latest Milestone!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni kita tulis pendek-pendek sahaja ya. Sekadar untuk kongsikan dengan korang semua yang blog kecil kami ini telah disenaraikan oleh Feedspot.com sebagai salah satu Top 30 Malaysian Travel Bloggers untuk tahun 2020 ni! Haa marilah tepuk beramai-ramai! Alhamdulillah!


Btw, untuk tersenarai dalam list feedspot ni, saya telah mencalonkan blog ni kepada team feedspot dan menurut wakil Feedspot, para juri dari pihak Feedspot.com telah menilai dari segi content value dan juga performance SEO blog ini secara kritikal sebelum mencapai persetujuan untuk memasukkan kami ke dalam senarai berkenaan.

Untuk tersenarai dalam satu list bersama dengan beberapa idola kami seperti Pojiegraphy.com, The Island Drum, Faizal Fredly dan juga Gaya Travel merupakan satu penghargaan yang besar dan satu milestone yang membakar semangat kami untuk terus menulis dan membantu para pembaca di luar sana. Boleh lihat senarai ni kat sini Top 30 Malaysian Travel Bloggers. Kami bertuah sebab ada rakan-rakan yang sangat supportive dan turut sama berkongsi karya penulisan travel di blog ni. Korang Sunchasers juga merupakan faktor utama untuk kami terus bersemangat menulis disini, jadi teruskan menyokong ya. We love you 3000!


Semoga dengan pencapaian ini, blog Chasing The Sun ini akan terus hidup dan terus memberi impak positif kepada sesiapa sahaja yang singgah di sini. InshaAllah banyak lagi yang kami bakal kongsikan disini. Terima kasih sekali lagi, jumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum.