Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, October 18, 2022

Tempat Makan Best di Alor Setar | Steak Terbaik di The Place Steak Houze !
Assalamualaikum & Hello Sunchasers |  Pada entry kali ni kami akan kongsikan satu tempat makan steak best di Alor Setar Kedah. Bukan setakat makanan level 5 bintang, tapi dekorasi tempatnya pun tak kurang kalahnya. Dekorasi bertemakan industrial dipadankan pula dengan brick wall dan nature element, memang best! Rasa macam dekat Kenny Hills pula. Harap menjawab la persoalan korang yang mencari tempat makan best di Alor Setar



Menu utama dekat sini ialah steak, ada macam-macam jenis daging. Tomahawk yang sekilo tu pun ada. Memandangkan Kimi memang peminat tegar steak, kami order The Green Lamb, which consist of herbs crusted lamb rack served with mashed potato and sauteed vegies. Rasa lamb dia memang terbaik, dan portion pun banyak. Boleh dikatakan proper steak yang macam makan dekat fine dining tu. 



Kami juga order Gucci nachos (portion dia banyak!) dan a slice of Nutella Cheese Cake. Yang minat Spaghetti boleh try order juga, tengok ada banyak jenis juga menu spaghetti kat situ. 

Here are some things yang kami suka tentang The Place Steak Houze ni.
  1. Waiting time for appetizer tak sampai 5 minit dah siap
  2. Ambience kedai makan sangat selesa dan mewah
  3. Deco dalam ni lawa gila, memang menjemput untuk di viralkan di Socmed!
  4. Makanan memang sedap dan portion banyak jadi padanlah dengan harga
  5. Pekerja semua ramah ramah dan tak lokek langsung dengan senyuman
  6. Tempat solat yang dekat dengan ruang makan dan bersih
  7. Parking banyak!




Okey, itu sahaja untuk entry kali ni. Kalau jelajah ke Utara dan teringin nak makan steak, boleh la try kat kedai ni, betul-betul dekat dengan simpang nk masuk plus highway. Boleh refer location kat bawah ni yaa.  Jumpa lagi di lain entry!