Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Memandangkan Avani Sepang Goldcoast Resort sudah kembali menerima penginap, kami ingin berkongsi sedikitlah pengalaman kami menginap 2 Hari 1 Malam di hotel ini. Avani ni merupakan di antara hotel paling mahal lah yang pernah kami cuba, jadi kami punya expectation tu memang melambung tinggi lah. Haha. Lebih lebih lagi kami stay tu untuk meraikan anniversary perkahwinan kami yang pertama. Ok jom kita tour ini hotel!
Kami sampai agak tengahhari dan sementara menunggu untuk check in pada jam 3.00pm, kami makan lunch dahulu di Hai Sang Lou, salah sebuah restoran yang terdapat di Avani ni. Korang boleh baca review kami untuk restoran tu di sini. Selepas makan, kami sempat menjengah kepala tengok diorang punya spa. Mampu jengah ja guys, tak mampu nak book. Haha.