Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, December 17, 2022

Tempat Makan Best Di Penang | Nikmati Menu Makanan Korea Halal di Meokja Cafe

Hi & Assalamualaikum Sunchasers | Adakah korang sedang mencari tempat best untuk makan makanan Korean di sekitar Penang? Kitorang sebagai penggemar makanan Korea ni ada nak recommend satu tempat atau restaurant yang memang setakat ni boleh dikira paling sedap among yang kitorang pernah pergi! Restaurant yang kami maksudkan adalah Meokja Cafe yang terletak di Bandar Seberang Jaya, Penang. 

Sedikit background tentang restaurant ni, diorang baru dibuka awal tahun 2022 haritu dan tema serta menu pun memang berasaskan makanan dari Korea Selatan. Kepada yang pernah ke Korea, Meokja punya masakan memang boleh mengubat rindu korang terhadap makanan di Korea sebab rasa dia authentic but at the same time masih masuk dengan tekak orang Malaysia.

Dari segi dekorasi dalaman restoran ni memang sangat cantik dan kemas. Sangat selesa dan ada lah feeling feeling makan di cafe cafe di Korea, mainly sebab the vibrant colour of everything kat dalam restorant tu.