Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, March 3, 2020

Tempat Makan Best Di Kulim | Padu Kah Pad Thai di Restoran Meeting Point?
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kembali lagi ke segment Tempat Makan Best Di Kulim! Acewah sejak bila pula ada segment segment kat sini kan? Haaa segment tu acah sahaja ya rakan rakan. Tapi kami memang nak tuliskan satu recommendation kedai makan best untuk korang especially yang menetap di Kulim. Again kami cuba makan di restoran ni by accident, sama macam S'Antik Cafe haritu. Tiada siapa yang cadangkan , tapi kami syukur sangat-sangat yang kami dipertemukan dengan restoran ni. Nama restorannya adalah Meeting Point (by 61 Rest) dan restoran ni menawarkan masakan Thai, Western dan Bingsu! (Tempat Makan Best Kulim : Kuey Teow)


Wednesday, October 9, 2019

MyKori Dessert Cafe Kulim: Lokasi Wajib Datang Penggemar Dessert!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang pernah dengar tak tentang MyKori? Sebelum ni saya pernah  dengar tentang dessert cafe ni sebab baru baru ni MyKori ada buka cawangan terbaru  di Sungai Petani. Dari apa yang saya tengok sambutannya memang hebat. Dengar kata kena beratur sampai ke luar kedai! Saya ni jenis yang tak berapa gigih untuk beratur panjang semata mata untuk makanan, jadi, awalnya memang tak ambik port langsung tentang MyKori ni (Ya saya tahu sangatlah ironik seorang yang nak jadi food blogger tapi tak mampu nak beratur untuk 'food').
Haritu masa kami dalam perjalanan nak beli barang di Giant Kulim, sambil dok borak dengan Hana, terkeluar pula topik MyKori ni. Nak dijadikan cerita rupa-rupanya di Kulim juga ada cawangan MyKori! dan lokasinya betul-betul bertentangan dengan Giant Kulim.