Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, September 27, 2020

Tempat Makan Best Di Penang | Korean Food Restaurant Daseo Antara Yang Terbaik di Penang!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Annyeonghaseyo! Ada tak peminat makanan Korea di sini? Untuk post kali ini kami akan share tentang penemuan sebuah cafe Korea di Penang yang sedap gilaaa. Sampai sekarang masih terbayang kesedapan kat situ. Maklumlah, di belah utara tanah air ni, kafe korea tak sebanyak kafe-kafe Korea di Kuala Lumpur. Nak jumpa yang betul-betul sedap tu memang memerlukan pencarian dan kesabaran yang tinggi!

Alhamdulillah, baru-baru ini kami telah ke Taman Negara Pulau Pinang. Selepas penat-penat jungle trekking, tergerak pula untuk cuba satu kafe Korea ni iaitu Daseo yang terletak di dalam Queensbay Mall, Penang. Memang tepat pilihan kami kali ni, kalau tidak, tak merasa lah penangan makanan korea ni.