Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, October 23, 2021

Lokasi Bergambar Di Penang | Kampung Agong Lokasi Viral Di Penaga!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Diharapkan supaya anda semua sihat walafiat hendaknya. Bertemu lagi kita di ruangan blog Chasing The Suns. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi tentang percutian di dalam negara kita. Musim-musim PKP ni mesti ramai sangat dah jadi tepu kan. Yelah, mana tak nya dah lama sangat duk terperuk je dalam rumah, nak pergi sana sini pun dah tak boleh macam dulu kan. Ya Allah, hapuskanlah wabak Covid-19 ini secepat mungkin dari dunia ini Ya Allah, amiinn.  (Jom pakat amiinkan bersama)

Kalau sebut je pasal melancong, mesti ramai sangat yang membayangkan percutian ke luar negara seperti Eropah, Amerika bahkan ke Afrika sekalipun. Namun begitu, tahukah anda bahawa negara kita Malaysia juga tidak kurang hebatnya untuk dijadikan destinasi pelancongan korang. Salah satunya tempat yang bernama Kampung Agong yang terletak di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saturday, October 2, 2021

Hotel Tour #13 : Lone Pine, Batu Ferringhi Penang | Berbaloi Ke Stay Kat Hotel Tepi Pantai Ni?


Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat. Entri kali ni kami nak bawa korang tour di sebuah hotel yang selalu sahaja berada dalam senarai senarai hotel paling best di Penang. Hotel apakah itu? Haa namanya Lone Pine, lokasinya di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Sedikit nak kongsi dengan korang, kami memang dah lama dah tau tentang Lone Pine ni, setiap kali terasa nak stay somewhere yg fancy di Penang, mesti nama Lone Pine ni akan naik. Tapi sebelum ni tak pernah plan sampai jadi. Kalini, sebab dah lama dok menabung (PKP punya pasai), so kita redah kasi jadi! Jom kita ronda ronda Lone Pine



Lokasi | Macam yang kami cakap tadi, Lone Pine ni terletak di Batu Ferringhi, entrance dia memang betul betul depan Petronas Batu Ferringhi tu, so bab location, memang terbaik lah. Ada access terus ke pantai dan kedai kedai makan pun sangat dekat, jalan kaki je kalau nak jalan cari makan kat area situ. Also dekat compound Lone Pine ni ada kawasan private yang customers diorang boleh picnic di bawah pohon pohon pokok Pine. Nice gila.

Friday, December 25, 2020

Hotel Tour #11 : The Lost Paradise Resort, Penang | Pengalaman Seperti Berada Di Bali | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Sampai sudah kita ke penghujung roadtrip kami. Ending roadtrip ni cun cun dengan tarikh anniversary kami iaitu 22 December. Lokasi terakhir ataupun penutup bagi tahun 2020 ini ialah satu resort yang sangat unik dan cantik! Bertemakan motif , design dan corak di Bali, hotel yang kami maksudkan adalah The Lost Paradise Resort, Penang. What a beautiful ending to an amazing roadtrip! We're gonna need to put extra effort next year to top this year's roadtrip. Let's see!


Walaupun penginapan kami disini cuma sebentar sahaja, tapi itu sudah cukup untuk membuatkan kami jatuh cinta dengan resort ni.  Kami Senaraikan dekat bawah ni perkara perkara yang kami sukakan tentang resort ni.