Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, September 16, 2020

7 Aktiviti Wajib Buat Jika Jalan Jalan Cari Makan Di Ipoh | Rujukan untuk First-timer!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang setuju tak kalau kami kata yang Ipoh merupakan salah satu lokasi favourite bagi rakyat Malaysia untuk 'travel locally'? Kalau datang ke Ipoh ni, banyak sudut yang kita boleh cover ataupun boleh include dalam travel itinerary kita. Sejarah, Nature & Makanan, tiga benda ni merupakan perkara utama yang selalunya kami akan pastikan ada dalam itinerary kami dan easily dekat Ipoh ni memang lengkap kesemua aspek ni. So memang selayaknya lah bila kerajaan umumkan yang rakyat Malaysia dah boleh travel locally, Ipoh memang dibanjiri pengunjung habis habisan. 

Kalau korang ni memang selalu datang JJCM di Ipoh, rasanya entri ni korang boleh skip kot sebab korang mesti dah tau apa nak buat bila di Ipoh. Entri ni ditujukan khas kepada mereka-mereka diluar sana yang tak pasti apa nak buat bila di Ipoh. Haaa jomss!